Bab-31: Queen Alana

4.4K 296 13
                                    

Sang Phoenix membawa Luna ke suatu tempat. Kelajuannya membelah langit biru. Dan sang Phoenix berhenti mendarat di atas lantai awan. Dia menundukkan kepalanya dan melebarkan sayapnya ke tanah. Luna terpaku dan perlahan-lahan dia turun dari belakang badan phoenix.

Kawasan itu seperti kayangan. Atau sememangnya itu kayangan. Bunga-bunga yang memenuhi kawasan itu mengembang. Perlahan-lahan Luna berjalan di ladang bunga itu.

"Do you like it, princess?" Dengan pantas Luna berpaling. Seorang wanita dengan gaun putih itu tersenyum. Luna terpaku sekali lagi.

"B—bonda?" Permaisuri Alana senyum dan membelakangi Luna. Luna hanya melihat wanita itu berjalan.

"Kamu sihat?" Tanya dia. Luna teragak-agak dengan mata yang hampir berair. Namun dia mengangguk jua.

"Kalau begitu, pulanglah. Mereka perlukan kamu. Cukup Bonda dapat melihatmu, anakanda." Permaisuri Alana memusingkan tubuhnya dan berhadapan dengan Luna.

"I know...ini bukan masa yang sesuai. But I have to know why—" percakapan Luna tergantung apabila Permaisuri Alana memeluknya.

"Why I leave you? Right?" Wanita itu melepaskan pelukkannya dan memegang wajah Luna. "Kenapa kamu tanya sedangkan kamu sudah tahu, anakanda."

"Pulanglah. Bonda dan ayahanda menunggumu kembali."

"Tuanku?" Phoenix mendekati. Dia menunduk hormat.

"Lily, jaga my twins. Bantu Luna." Permaisuri Alana menilik amulet di leher Luna. Batu permata merah bercorak naga itu disentuh. "You too. Help 'her' and take care of 'her'." Bisiknya perlahan.

Phoenix menunduk hormat sekali lagi. "Mari Luna."

"Anakanda akan kembali selamatkan bonda dan ayahanda." Kata Luna perlahan. Dia menunggang Phoenix. Cecair jernih jatuh dan mengalir di pipinya.

Sang Phoenix mengibaskan sayapnya. "Kenapa Kau bawa aku kesini."

"Kenapa kau tanya sedangkan kau tahu? Kau tahu segalanya. Di masa lalu. Dan masa hadapan. Segalanya." Luna mengeluh.

♚♚♚

"Beautiful." Karnos menyeringai melihat darah dan manusia yang bertempiaran. Seperti tiada harapan untuk menang.

"Mossie, tangkap keturunan Alana tu. Aku akan dapatkan kuasanya!" Karnos menunjuk langit hitam yang berguruh itu.

Mossie hanya diam dan itu sudah cukup untuk Karnos kerana Karnos tahu Mossie pengikut setianya.

"Do your job." Karnos menyeringai. "HAHAHAHA!" Ketawanya bergema.

♚♚♚

Di medan perang kelihatan Miya, Lizz, Redza dan Ray sedang pertahankan diri masing-masing. Demon menyerang mereka dan Demon diserang mereka.

Eh.

Awan dilangit mula gelap diikuti guruh yang memancar berdentum kuat. Semua penduduk bumi terdiam.

Guruh.

Awan mula berpusing.

Guruh.

Mereka melihat langit.

Kibasan sayap kuat hingga angin menjadi ribut.

"The Legend," Miya menggumam. "Is true."

Phoenix keluar dari celahan awan. Bersamanya Luna. Mereka mendarat di tanah rata.

Kehadirannya membawa semangat baru kepada askar pejuang dan Raja.

Luna melihat sekeliling. Matanya membulat.

"Kejap. Siapa bawa budak tu masuk?" Luna menunjuk suatu tempat.

'Budak' yang dimaksudkan Luna menoleh pantas.

"Oh budak tu ke? Entahlah. Macam mana terlepas aku tak tahu." Kata Lizz dan ketawa Ray dengan Redza terlepas.

"Budak eh?" 'Budak' itu menjeling. "Boleh main-main kan waktu macam ni?" Kata 'budak' itu.

"Eh jangan marah, Elan." Luke masih menjeling Luna.

"Dah. Serius!" Kata Luna semangat walau dalam hati merisaukan lebih dari itu.

"Hey. Tengok siapa aku bawa." Kata Luke yang menepis demon dan melihat Luna kembali. Luna mengerutkan dahinya.

"Tengok sana." Luna melihat arah yang ditunjukkan oleh Luke. Seorang gadis yang berusaha menyerang satu persatu demons dan membunuhnya. Gadis itu menoleh belakang apabila merasa ada yang merenungnya. Dia tersengih. "Hai."

"Daisy?" Luna melihat Daisy tidak berkelip. "Ok, lepas semua ni tamat aku nak kau cerita dekat aku dari awal sampai akhir. Muktamad!" Daisy sekali lagi tersengih. "Err."

"Phoenix, lets go. Kita cari that bitch." Dia menaiki Phoenix. Ray cuba menyentuh sayap Phoenix yang berapi itu. "Kau rasa panas tak?" Dia tanya Luna.

"Kau rasa?" Luna masih melihat Ray pelik. "Kalau tangan aku melecur?" Tanya Ray lagi. "Tu masalah kau, bukan aku." Jawab Luna malas. Semua yang berada disitu berhenti seketika melihat Ray.

"Kalau jari aku terbakar?"

"Aku tak kisah."

"Kalau kau terbakar?!" Jerit dia.

"Aku tak mati."

"Kalau—"

"Eh kau diam boleh tak?"

Phoenix menggelengkan kepalanya. Macam mana la Khai boleh terpikat? Ituuuu rahsia.

"Okey!" Ray acah merajuk. Lizz menggulingkan matanya.

"Lets go Lily."

♚♚♚

To Be Continued...

[Edited]

(S1) Phoenix: The Legend Power✔Where stories live. Discover now