Bab-37: Cousin

4.2K 287 3
                                    

Luna berjalan-jalan di halaman belakang Istana. Sambil itu boleh juga menonton latihan perlawanan oleh Luke dan Ryan. Bunyi pedang yang berlaga satu sama lain dengan pantas dan kuat. Tidak menjadi masalah untuk kanak-kanak seperti Ryan bermain pedang tajam.

"Hey," satu suara asing menyentakkan Luna. Dia menoleh ke belakang dan melihat susuk tubuh seseorang yang mendekati dirinya.

"Buat apa termenung ni," sambungnya lagi.

"Ah, ni ha tengok Elan dengan Ryan," Luna mengambil tempat duduk di bangku yang ada disitu.

"Hey Daisy, pandai kan kau rahsiakan tentang kau." Daisy tersenyum nipis mendengar kata-kata Luna. Dia duduk di sebelah Luna.

"Demi kebaikan semua juga," kata Daisy mendatar. Dia termenung mengenang kisah silam semasa menjadi guru kepada Luna.

"So, pertunangan kau dengan Elan bagaimana?" tanya Luna dengan senyuman lebar. Luke akan mengambil alih tahkta dan semestinya perlukan pasangan untuk mentadbir.

"Hampir siap," kata Daisy sambil menghadiahkan senyuman yang manis.

"Tak sangka sepupu aku nak kahwin." usik Luna dan mencubit kedua-dua belah pipi Daisy secara mengejut. Gadis itu hanya merelakan dirinya dibuat sebegitu.

"how are you with that crown prince?"

"Him?"

Daisy angguk. Ada tanda teruja diwajahnya. Dan itu membuat Luna cringe.

"Just wait and see." Luna mengenyitkan matanya dan Daisy membuat 'Roll eyes' kerana menyampah.

"Okay, my Queen-to be. Aku pergi dulu ya." Ujar Luna sambil bangun dari duduknya dan melambai-lambai kearah Daisy seperti mahu pergi jauh.

"Whatever, cousin." kata Daisy penuh menyampah. Yup, selama ini mereka ada hubungan sepupu dan Luke tahu semua ini. Ada juga Luna rasa nak hempuk dia sebab tidak beritahu hal kecil seperti ini.

Iyalah hal kecil.

Tak habis pun beras dekat rumah kau.

Sedang Luna berjalan, dia terjumpa dayang yang menguruskan bahagian ruang tamu istana. Sangat besar sebesar padang bola.

Cukup memuatkan sepuluh ribu orang dalam satu masa.

"Macam mana persediaan?" tanya Luna sambil menilik bunga-bungaan di dalam pasu yang elok disusun rapi.

"Sudah hampir selesai, tuanku." kata mereka hampir serentak sambil menundukkan kepala mereka tanda hormat.

Luna hanya menguntum senyuman dan mengangguk lalu berlalu pergi. Bagaimana majlis nanti ya?

Majlis yang akan diadakan besar-besaran sempena kemunculan semula Raja Elions dan Permaisuri Alana. Dan tidak lupa juga kepada Khai Adam yang akan diiktiraf sebagai Putera Mahkota Querna Lands nanti. Sangat mengujakan lagi apabila Luke yang akan mengumumkan tentang pertunangan dia dengan Daisy.

Dan ianya akan menjadi memori abadi keada rakyat Wonderland atas kesemua berita gembira ini.

Luna?

Dia...

"Ish! Ketatlah baju ni! Tak boleh ke saya tukar baju lain?" rayu Luna kepada seorang pembantu istana yang menyiaokan dirinya.

"Err, tidak boleh. Patik sudah dititahkan untuk menyiapkan tuanku Luna dengan busana ini." kata gadis yang menjadi pembantu Luna itu. Luna mengeluh pasrah.

"Terpaksalah saya seksakan diri ini," ujar Luna mendatar. Tapi mengingatkan kembali yang dia tidak pernah hadiri acara sebegini, di turutkan jua akhirnya.

Dress labuh berwarna emas berbelang merah itu sangat padan dengan Luna. Rambut merahnya dibiar ikal tanpa diikat.

Sangat elegan.

"Patik minta diri dulu, tuanku."

Luna masih merenung cermin itu tanpa menghiraukan pembantu tadi.

"Kau nak tahu tak?"

Satu suara asing menyentakkan Luna.

"Kalau kau tenung cermin tu lagi...pecah dia." kata nya sambil ketawa kecil dihujung. Luna menoleh kebelakang dan daat dilihat sosok tubuh seorang lelaki yang sedang bersandar di dinding.

"Kalau aku tenung kau?" tanya Luna polos.

"Kalau kau tenung aku? Hati aku yang pecah," kata Khai selamba sambil menyilangkan tangannya ke dada.

"Eh, bukan kau kena ada dekat bawah ke? Kenapa naik?" tanya Luna pelik. Seingat dia, Khai perlu ada bersama Raja yang lain.

"Saja, aku nak tengok kau untuk kali terakhir sebagai seorang kawan sebelum..."

Khai mendekati Luna.

"Aku tengok kau sebagai seorang kekasih." sambung Khai lalu mencuit hidung Luna dan melangkah keluar dari bilik Luna.

"Gila," kata Luna sepatah dan senyuman lebar menghiasi wajahnya.

Luna turun ke bawah.

"Yang dinantikan, ketibaan Puteri Luna Elina anakanda Raja Elions dan Permaisuri Alana!"

Luna menjadi perhatian seluruh dewan istana. Dia menguntumkan satu senyuman manis.

"Dia...Puteri Phoenix. The heirs of the legend power." bisik Luke perlahan. Jejaka itu tersenyum.

"And she's my twin."

♚♚♚

To Be Continued...

[Edited]





(S1) Phoenix: The Legend Power✔Där berättelser lever. Upptäck nu