Bab-18: Mystery girl

6K 353 7
                                    


Khai duduk di jendela melihat ke arah langit gelap. Cantik.

"Tunggu aku Luna." Khai bangun menutup tingkap dan berlalu ke.arah katil untuk masuk ke alam mimpi.

♚♚♚

"Semua dah sedia?" Redza bertanya ke arah rakannya sebelum membuka portal.

"Sudah!" jerit mereka serentak. Mereka kini dalam perjalanan untuk misi mereka. Redza membuka portal. Mereka semua melangkah masuk.

"Woah." Miya melihat kearah sekeliling setelah keluar dari portal. Diikuti dengan Lizz kemudian Ray seterusnya Khai dan akhirnya Redza.

"Spirit Forest. Hutan yang penuh dengan helah dan magis." Lizz melihat sekeliling sambil berkata. Lizz yang mempunyai kuasa tumbuhan sedikit sebanyak memberikan penjelasan.

"Yup. Kita akan bermula dari sini." Kata Redza. Khai hanya mendiamkan diri.

♚♚♚

Sudah beberapa jam berlalu. Mereka berhenti di sebuah pokok.

"Huarghh.. sakit pinggang aku." Ray menguap dan duduk bersandar di pokok.

"Kesian. Tua dah rupanya kau ni." Lizz tersenyum sinis.

"Hek eleh. Cakap orang. Dia tu pun sama."

"Oh. Kau nak cakap aku tua lah ni?" Lizz mengetap gigi.

"Yelah. Dah dari tadi asyik mengadu. Aduh sakit kaki la.. Aduh tangan aku kena gigit dengan pokok. Aduh Ray taknak dukung aku. Aduh-"

"Woi! Aku tak hamak lah kau dukung aku. Bila masa aku cakap?!" Lizz memintas percakapan Ray.

"Shhh. Ada sesuatu datang." Kata Miya sekaligus menghentikan pergaduhan ribena mereka. Mereka semua bangun dan bersedia dengan pedang yang tersisip di pinggang masing-masing.

"Siapa tu?" Ray menyorok di belakang Lizz.

"Ish! Tepilah!" Lizz berbisik keras.

"Keluar!" Khai berkata sedikit kuat. Lalu keluar lah seorang budak lelaki dalam lingkungan umur 6-7 tahun. Mereka melepaskan keluhan lega. Ingatkan demon ke apa tadi. Baru nak tunjuk skill sikit.

"Adik dari mana? Kenapa ada dekat sini? Bahaya tau." Kata Miya lembut.

"...."

"Adik jangan takut. Kami semua baik." Redza mencuba nasib.

"Saya-." Satu suara yang tiba-tiba muncul membuatkan budak itu tidak dapat meneruskan percakapan.

"Ooh. Kat sini rupanya kamu! Puas akak cari kau Ryan!" Seorang remaja perempuan yang memakai kerudung atau hoodie datang dan menarik telinga budak yang bernama Ryan itu.

"Aah adeh. Jangan kak. Ryan janji takkan lari lagi." Ryan mengaduh sakit apabila telinganya ditarik.

Mereka hanya melihat perempuan itu sehingga terperasan sesuatu. Mata khai membulat. Sama.

"Haa. Janji tu bagi betul sikit. Dari hati bukan di mulut je." Perempuan itu membebel setelah melepaskan tangannya dari telinga Ryan.

"Ya.. Ryan janji takkan lari dari berlatih lagi." Ryan menggosok telinganya dengan tangan kecilnya.

"Good boy." Perempuan itu melihat ke arah mereka.

"Kenapa kau semua ada disini." Perempuan itu bertanya.

"Kami ingin mencari kawan kami." Khai berkata perlahan namun dinginnya masih ada.

"Kalau begitu teruskan. Dia mungkin menunggumu." Perempuan.berhoodie  itu membuka portal dan berlalu pergi bersama Ryan.

"Pelik." Kata Ray.

"Dah. Mari kita teruskan. Nanti kita cari tempat sesuai untuk bermalam." Kata Lizz.

                                                 ♚♚♚
"Aku rasa kat sini okey kot." Ray meninjau kawasan.

"Kalau macamtu kita bermalam dekat sini." Kata Redza.

"Aku buat rumah." Ray menggunakan kuasa tanahnya dan membuat 2 buah rumah kecil cukup untuk satu malam.

"Unggun api dah siap?" Tanya Miya.

"On the way." Kata Redza.

"So take aim and fire away. The fire burning in my eyes. Nanananana on my way." Ray menyanyikan satu lagu yang sedang popular.

"Aku cakap on the way. Bukan on my way. Bongok." Redza menjeling. Dah masak dengan perangai tak matang Ray.

"Esok kita cuba cari perempuan tadi. Aku rasa macam ada benda tak kena lah." Kata Lizz. Mereka berlima duduk mengelilingi unggun api.

"Betul. Aku rasa macam kenal dia. Tapi siapa dia?" Kata Ray dengan muka dibuat buat serius.

"Aku pun." Khai bersuara.

"Hari dah lewat. Kitorang masuk tidur dulu ek? Korang kena berkawal kan?" Kata Miya sambil tersengih.

"Haa. Pergilah." Kata Redza rela tak rela. Penat woi!

"Huarghh..  aku pun.. selamat malam." Ray bangun kamu duduk semula selepas ditarik oleh Redza.

"Kau jangan berani nak lari." Redza memberikan amaran.

"Alohh.. baru nak rest." Ray memuncungkan mulut. Khai hanya melihat.

                                                ♚♚♚
"Pagi yang indah!!" Ray menjerit sambil menggeliat.

"Sarapan dah siap!" Miya menjerit di hujung.

"Kita makan sikit. Lepastu kita teruskan misi kita." Kata khai yang dah duduk.

"Baik. Semua dah siap?" Kata Redza.

"Yup."

Mereka semua berjalan lagi sehingga terjumpa perkampungan.

"Aku tak sangka kat sini ada penduduk." Kata Ray. Yelah dalan hutan kot.

"Bagus jugak tu. Boleh try tanya penduduk dekat sini." Cadang Miya.

"Haah kan."

"Woi budak!! Jangan lari!" Satu suara menjerit sambil berlari mengejar seorang budak lelaki. Mereka berlari melintasi Miya.

"Eh? Tu bukan budak yang nama Ryan tu ke?" Miya mencari kepastian.

"Weh. Betul la tu. Kalau dia ada dekat sini. Mesti perempuan tu ada dekat dekat sini jugak kan?" Kata Redza.

"Apa Ryan tu buat sampai kena kejar?" Tanya Lizz.

"Kau tanya aku?" Ray menunjuk karah dirinya.

"Taklah. Perasan." Lizz menjeling.

"Jom kita cari budak tu." Kata Miya.

"Mystery girl. Wait for me." Kata Khai perlahan. Biarlah hanya dia seorang yang mendengarnya.

♚♚♚

To Be Continued...

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[Edited]



(S1) Phoenix: The Legend Power✔Where stories live. Discover now