Bab-20: Their Secret

5.6K 348 14
                                    

Mata mereka tidak berkelip memandang gadis itu. Kini mereka semua dalam perjalan ke suatu tempat. Jalan yang mereka lalui kini bercahaya dan di sepanjang laluan itu terdapat figura patung batu yang berbentuk haiwan mistik.

Diantaranya Phoenix dan Naga yang terletak elok di setiap hujung pintu gerbang.

"Tunggu sini." Kata gadis itu. Dia sudah memakai kembali hoodienya.

Gadis itu berjalan ke hadapan dan membuka satu pintu gerbang yang megah.

"Kau pasti itu dia?" Ray berbisik kepada Redza yang masih melihat segala kelakuan gadis itu. Ianya sungguh menakjubkan.

Redza menoleh kearah Ray. "Aku pasti. Lagipun kau tengok Khai."

Mata Khai tidak lepas memandang gadis itu. Segala gerak gerinya diperhati. Sungguh dia tidak pernah berbuat sebegini dengan mana-mana perempuan selain dia.

"Mari masuk." Gadis itu menoleh ke belakang dimana lima orang remaja itu berada. Ryan dari awal sudah berlari masuk kedalam. Hailah budak.

Kelima-lima mereka masuk dan terpegun dengan persekitaran istana itu.

Yup. Ianya sebuah istana yang gah. Istana itu bagaikan halimunan kerana ianya terselindung disebalik satu kuasa yang amat kuat dan terletak jauh di hutan.

"Woah. Pertama kali aku lihat istana sebegini rupa." Kepala Miya berpusing 360° melihat persekitaran.

"Tuanku!" Seorang lelaki berbadan sasa dan berbaju perisai datang dan menunduk kearah gadis itu.

"Mereka tetamu beta. Bawa mereka masuk." Gadis itu berlalu pergi tanpa menoleh.

"Ikut aku." Pengawal itu mengiringi mereka kedalam istana.

'Hebat'

♚♚♚

"Kau yakin kau kenal aku?"

Mereka kini berada di satu meja makan yang panjang dan gadis itu berada dihujung sekali. Kedudukan mereka ialah khai, Redza, Ray duduk sebaris berhadapan dengan Miya dan Lizz.

"Firasat aku tak pernah silap untuk katakan bahawa itu kau." Tenang Khai berkata.

"Yakin betul kau. Putera Khai." Sinis gadis itu berbicara. Yang lain hanya senyap. Takut nak menyampuk. Nanti ada yang lebam kejap lagi. Biarlah mereka yang bercakap.

"Kau nak bukti? Puteri Luna." Kata Khai tak kalah sinisnya.

Gadis yang bernama Luna itu berdecit. "Maaf. Aku tak kenal kau semua. Sekali lagi kau cakap yang kau kenal aku. Aku tak teragak agak nak bunuh." Selamba Luna berbicara.

"Kau memang berubah." Kata Ray sambil menggelengkan kepalanya.

"Cukup. Aku kata yang aku tak kenal korang. Muktamad." Luna bangun ingin menuju kearah suatu tempat.

Mereka kini diam memikirkan sesuatu.

"Aku syak lah kan. Luna tu hilang ingatan." Lizz mengetuk-ngetuk dagunnya.

"Kalau macam tu. Kita ingatkan dia balik." Ray berkata selamba.

Lizz menjeling Ray. Miya menggeleng kan kepalanya.

"Tak mungkin. Bagaimana dia boleh sampai ke istana pula?"

"Tak perlu sibuk sangat lah. Nampak sangat dia dah buang kita. Jom balik." Kata Khai sinis.

Yang lain hanya memerhati Khai yang meninggalkan meja.

Seorang lelaki yang berhoodie seperti Luna datang. "Kau semua boleh duduk dekat bilik di tingkat atas."

"Haa.. Ni lagi sorang. Memang orang dalam ni suka tutup muka ke apa? Hodoh sangat ke muka tu? Mari sini aku tengok." Kata Ray sambil menuju kearah lelaki itu ingin membuka hoodie nya.

Geram!

Lelaki itu sedaya upaya menahan tangan Ray yang lincah bergerak ingin membuka hoodie kepunyaannya. Akhirnya berjaya!

Hoodienya terbuka dan tersembul lah rambutnya yang berwarna merah persis Luna dan mata kuningnya.

"Rambut kau merah." Miya menutup mulutnya dengan mata yang terbuka luas. Lelaki itu berdiri kaku.

"Kejap. Aku rasa aku pernah tengok kau dekat academy." Redza melihat lelaki itu dengan serius. Matanya membulat.

"Kau! Kaulah budak misteri tu!"

Lelaki itu menggaru kepalanya. Alamak rahsia dah bocor.

"Nama kau Luke Elane. Betul?" Lizz bersoal siasat.

Perlahan-lahan lelaki itu ataupun Luke mengangguk.

"Ceit. Kat sini kau hilang rupanya." Ray mengecilkan matanya melihat Luke. Sama seperti seseorang.

"Hahaha. Bilik tu jangan lupa." Luke berkata janggal lalu meninggalkan mereka.

"They're full of mystery. "

♚♚♚

Seorang gadis yang bergaun berada di bangku melihat taman bunga di hadapan. Dari jauh seorang lelaki menghampiri dan duduk disebelah gadis itu.

"Kau buat apa disini?" Kata Luna tanpa melihat lelaki itu. Tahu dah siapa.

"Aku buat bodoh." Selamba Khai berkata.

"Ceh. Patutlah bodoh." Gumam Luna. Karakternya berubah dengan drastik. Tiada Luna yang dulu.

Suasana kini sepi. Luna menyilangkan kakinya sambil tangannya bermain dengan pisau belati yang diambil dari sarungnya yang diselit di bahagian kaki.

"Kau pernah tanya aku kenapa aku tak senyum. Jawapan dia, kau." Kata Khai lalu bangun meninggalkan Luna yang terpingga-pingga.

'Kerana ia hanya khas untuk kau seorang.'

"Aku?" Luna menunjukkan jari telunjuk kearah dirinya.

"Lantaklah."

♚♚♚

[Edited]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


[Edited]

(S1) Phoenix: The Legend Power✔Where stories live. Discover now