Bab-30: Legend.

4.5K 313 26
                                    

Suasana medan perang kini dipenuhi darah. Karnos dari jauh senyum sinis melihat mayat yang bergelimpangan. Mossie, orang kanan Karnos setia berdiri disebelah. Dia juga melihat pemandangan tersebut.

"Cantik." Senyuman Karnos menjadi semakin seram.

Di tempat Luna dan rakan-rakan pula, mereka menghembuskan nafas lega. Tetapi tidak bagi Luna. Raut wajahnya masih risau. Pelik. Dia tinggalkan mereka begitu sahaja? Luna mendongak melihat langit yang masih gelap.

"Ini bukan pengakhiran lagi." Gumam Luna perlahan. Khai melihat Luna dari jauh dan mendekatinya. Bahu Luna dipeluk dari tepi.

"Hey. Kau fikir apa lagi?" Luna melihat Khai dari tepi.

"Ini baru permulaan." Gumam Luna sekali lagi. Khai mengerutkan dahinya. Apa?

"Kau tunggu sini. Aku nak periksa sesuatu." Luna menurunkan tangan Khai dibahunya perlahan. Dia berlari kecil menuju ke suatu tempat. Khai hanya mengangkat bahunya.

Setibanya Luna di suatu tempat yang sunyi, dia berhenti. Luna mengerutkan dahinya. Tiada orang?

"Hello?" Dia berjalan perlahan-lahan sambil tangan menepis dahan dan daun pokok. Bunyi air sungai mengalir kedengaran.

"Hello?" Sekali lagi Luna bertanya. Dia berhenti di tepi sungai.

"Puteriku." Suara asing bergema seperti gema di dalam gua.

Luna menoleh kiri kanan dengan cemas. "Siapa tu?"

"Puteriku." Suara itu bergema lagi tetapi kedengaran seperi rintihan.

Cahaya terang menyilaukan pandangan Luna. Dia menutup matanya dengan lengan dan dialihkan perlahan-lahan. Dapat dilihat seorang wanita yang anggun sedang menilik bunga-bunga dia ladang. Kabus putih memenuhi ruangan itu.

"Belum masanya kau tiba kesini puteriku." Wanita itu berhenti dari menilik bunga dan memetiknya. Luna cuba melihat wajah wanita itu. Tetapi cahaya matahari menutup wajahnya.

"Siapa...awak?" Tanya Luna berhati-hati. Wanita itu kelihatan seperti sedang tersenyum.

"Cari Lily..kamu akan tahu nanti." Wanita berambut merah meletak kembali bunga yang dipetiknya ke tempat asal dan dahannya bersambung kembali seperti asal.

"Pulanglah puteriku. Mereka perlukan kamu." Suara itu bergema namun semakin perlahan. Dengan pantas keadaan berubah sepeti sedia kala. Hutan.

Luna memerhati sekeliling. "Apa tadi tu?"

"Mereka...mereka perlukan aku!" Luna berlari meninggalkan kawasan itu. Sesampai di tempat kesemuanya berada, ada satu demons besar yang menghancurkan kawasan itu.

Mata Luna membulat.

"Luna!" Jerit Khai dari jauh. Dengan pantas Luna mencari arah suara itu.

"Khai!" Luna berlari ke arah Khai yang bertahan dengan demons yang kecil.

Tetapi terlambat.

Khai ditikam demons yang berada dibelakangnya. Mata Luna membulat. "Khai!!!"

Luna Mendapatkan Khai selepas menyerang demons itu dengan kuasa api. Dia memangku kepala Khai. "Kejap aku rawatkan." Belum sempat kuasa heal digunakan, Khai menahan. Luna menggelengkan kepalanya.

"Jangan tisaukan aku. A-aku okay. K-kau pergi l-lawan dia." Khai senyum. Senyuman yang hanya untuk Luna. "Jaga hati kau, untuk aku." Khai memejamkan matanya.

"Aku tak sepatutnya tinggalkan tempat ni tadi." Gumam Luna perlahan. Dia menggengam tangannya. Bara api semakin panas.

Dia berdiri. Melihat gelombang kedua yang dihantar Karnos.

Medan magik merah terhasil. Awan di langit berputar laju di atas medan magik tersebut. Dengan perlahan penjaga lagenda muncul. Sang Phoenix muncul dari celahan awan. Semua askar yang berlawan menghentikan serangan melihat keajaiban tersebut. Raja-raja juga terpegun.

"Phoenix..." Prof. Ordey menyaksikan ketibaan Phoenix.

Angin yang kuat dari kibasan sayap Phoenix terhasil.

"I'm here, your majesty." Phoenix itu menunduk kepala tanda hormat.

"I need your help

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"I need your help." Luna menaiki Phoenix.

"The legend is true," Kata mereka yang hampir tidak percaya dengan kehadiran sang Phoenix atau diberi nama Lily.

Mereka terbang menuju suatu tempat. Luna melihat Khai yang diusung dari atas langit.

"Aku akan kembali." Bisik dia perlahan.

"Selepas aku selesaikannya."

"Lets end this war..."

♚♚♚

To Be Continued...

[Edited]


(S1) Phoenix: The Legend Power✔Where stories live. Discover now