Bab-4: Academy

7K 445 14
                                    

"Memandangkan esok kita orang dah start kena pergi Academy... Jadi, Luna sanggup ke nak duduk kat rumah seorang diri? Lagipun kau tak tahu lagi tempat ni. Mana tahu ada perompak culik kau," ujar miya prihatin.

"Hurmm, kalau nak diikutkan. Takut jugak nak duduk sorang-sorang. Kalau aku ikut sama boleh ke?"

"Boleh! Nanti aku sediakan kelengkapan kau."

"Yay! terima kasih!"

"Sama sama!"

♚♚♚

"Wei! cepatlah! nanti lambat kena denda kau nak ke!" jerit Redza kuat dari luar rumah.

"Ya! sabarlah!" jawab lizz penuh geram.

"Woi! kasut aku kat mana!" jerit Ray dengan pakej rungutan.

"Ada lah kat situ!" jerit Miya kuat dari dalam rumah.

"Diam boleh tak!" jerit Khai dengan kuat.

'Lain macam diorang. Aku nak pergi sekolah dulu pun sempat lagi termenung atas bangku.' monolog hati kecil Luna.

"Wei Luna, kau satu kelas dengan kitorang. Jadi jangan risau lah."

Luna angguk. Memang itu yang sepatutnya berlaku.

Selepas kekalutan yang menimpa mereka tadi akhirnya sampai juga ke Academy.

"Apa salah aku sampai mereka tenung macam nak terkam aku ni?" bisik Luna perlahan.

"Sebabnya, kau tengah berjalan dengan kumpulan yang paling kuat dan popular la tu," jawab lizz dengan yakin.

"So, jangan risau lah kalau ada orang buli kau Luna. Kalau ada cakap je nama Ray. Mesti diorang lari tak cukup tanah," ujar ray selamba.

"Ceh perasan." Khai menyampuk

"Hmm. Dah lah. Kelas ada kat depan dah tu."

♚♚♚

"Okey, hari ni kita ada murid baru. Baiklah. Sila perkenalkan diri," kata Miss Ria sambil tersenyum misteri.

"Hai? Nama saya Luna Elina. You can call me Luna. And I dont have Power like you alls. "

Sejurus itu, semuanya berbisik sesama sendiri. Luna rasa seperti hidup dalam cerita Harry Potter. Rambut merah yang dilepas dan mata yang berwarna oren itu menarik perhatian pelajar. Sungguh menawan.

"Eh, jangan tengok saya macam itu." Sempat Luna berkata sedemikian.

"Lah aku lupa nak cakap. Keturunan yang diburu itu berambut merah. Take care, sweety." Ray berbisik lalu mengenyitkan sedikit matanya. Jantung Luna berdegup laju. Bukan sebab kenyitan geli Ray, akan tetapi sebab perkataan 'diburu' membuatnya seram.

Luna mengambil tempatnya di sebelah Khai memandangkan tempat itu kosong dan kata Miss Ria Khai tidak suka menerima orang di kawasan tempat dudukmya.

"Baiklah, perhatian semua. Seperti yang anda tahu, Academy kita akan mengadakan perlawanan untuk menguji kekuatan kamu setiap tahun. Jadi, bersedialah," kata Miss Ria.

"Hah? Habis itu aku macam mana ni? Takkanlah aku nak redah macam tu aje?" bisik Luna sendirian.

"Kau buat jelah apa pun," celah Khai yang mendengar bebelan halus Luna.

"Eh, cakap memang senang." Luna membidas kata-kata Khai.

"Bagi aku bercakap ni susah."

"Kau memang."

"Luna! Khai! diam!"

Terdiam terus mereka. Luna mengembungkan pipinya sambil menjeling Khai disebelah. Khai buat 'derk' sahaja.

Luna turut mengerling seseorang yang asyik memerhatikannya di bucu dinding belakang. Dengan hoodie hitam di atas kepalanya. Misteri betul.

♚♚♚

To Be Continued...


[Edited]

(S1) Phoenix: The Legend Power✔Where stories live. Discover now