Bab-6: Bayangan

6.6K 454 15
                                    


Ada seorang budak lelaki berambut merah bersinar berlari kearahnya dan menembusi badan luna.Budak lelaki itu berlari menuju kearah sesuatu dengan pantas diikuti dengan gelak tawa.Luna terkejut pada mulanya dan akhirnya dia mula faham yang itu hanyalah sesuatu yang dipanggil ilusi baginya.

"Hahaha! Kejarlah! kejarlah!" jerit budak lelaki itu sambil kepalanya ditoleh untuk melihat kearah belakang.

"Ala! tunggulah Elin!"

Kelihatan seorang budak perempuan yang berambut merah berlari kearah budak lelaki itu dengan muka yang masam dan terus menembusi badan Luna yang masih kaku disitu.

"Yay! Elan sampai dulu!"

Budak lelaki itu ataupun Elan berhenti dari berlari selepas sampai ke tempat yang ingin dituju oleh mereka berdua.

Luna masih melihat adegan itu dan kelihatan seorang wanita muncul menuju kearah budak lelaki itu.

"Alaaaa! ini tidak adil! Elan lari laju," mogok Elin dengan muka tidak puas hati.

"Elan, Elin. Sudah la tu. Dua-dua anak Bonda, menang. Mari sini dekat Bonda," tegur seorang wanita.

Wanita itu cuba untuk menghentikan pergaduhan antara mereka.

"Baik bonda," kata mereka serentak.

"Kembar Bonda, dengar sini. Walau apa pun yang terjadi antara kamu berdua,jangan salahkan sesiapa pun. Cuba berusaha untuk cari jalan untuk selesaikannya. Faham?" soal wanita itu diakhir ayatnya sambil mengusap kepala kedua anaknya.

Elin di sebelah kanan dan Elan di sebelah kiri.

"Faham Bonda!" jawap kedua kembar itu dengan tersenyum.

"Dah. Pergilah sambung berlatih." Walaupun Bonda mereka tahu bahawa mereka akan melencong dan bermain. Masih ditekankan juga ayat berlatih.

Kedua kembar yang masih kecil itu bangun dan berlari keriangan.Wanita itu tersenyum kecil melihat telatah anak kecil itu.

Luna dapat merasakan hatinya tenang melihat wajah wanita itu.Tebit rasa rindu dan sayang seolah olah sudah kenal wanita anggun itu.

Suasana tadi mula berubah ke suatu tempat. Luna melihat kearah belakang apabila terdengar suara seorang lelaki dewasa cuba memujuk wanita itu tadi.

"Usah lah dinda bersedih. Kanda pasti 'dia' boleh melakukannya," katanya sambil mengusap bahu wanita itu

"Bagaimana dinda tidak sedih. 'Dia' yang ditakdirkan untuk melakukannya."

"Kanda pasti 'dia' dapat menghentikannya dan kita ada Elan untuk menolongnya bukan?" Dia menyedaokan hati seorang wanita bergelar Isteri.

"Tapi mereka harus berpisah dengan jangka masa yang lama. Mustahil mereka dapat bertemu semula."

"Tiada yang mustahil jika kita percaya."

"Nothing impossible if you believe," kata si isteri sambil memandang anak perempuan nya yang seronok bermain.

Luna melihat pemergian suami isteri itu dengan ekor mata. Dan lagi sekali suasana berubah kepada peperangan yang dasyat.

"Bawa puteri Elin dan putera Elan jauh dari sini!" arah lelaki tadi yang kelihatan memakai baju perisai diraja.

"Baik tuanku!" sahut seorang lelaki.

Luna memandang sayu kearah wanita tadi yang lemah di pangkuan suaminya. Hatinya berasa sebak.

Suasana yang dasyat tadi bertukar kepada satu bilik yang bercahaya. Kelihatan pemuda itu meletakkan Puteri Elin ke dalam satu cahaya yang dipanggil portal.

"Tuan puteri ingat pesan saya.Walau apapun terjadi cuba untuk percaya. Kerana tiada apapun yang mustahil," pesan pemuda itu sebelum melepaskannya.

"Can I meet her again?" Tanya Elan sambil mengesat air matanya.

"Yes,of course you can meet her again little prince." kata pemuda itu sambil tersenyum.

'You just need to believe '

Tanpa disedari luna sudah menitiskan air mata perlahan-lahan.

Luna berjalan kearah lain dan melihat pertempuran yang sudah meragut banyak nyawa itu.

"Andrew. Tolong jaga dan latih putera Elan untuk beta? Boleh kamu lakukannya?" Raja itu bersuara menarik perhatian luna.

"Baiklah jika tuanku berkata demikian. Patik menurut perintah. Patik akan sentiasa memastikan putera Elan kenal asal usulnya dan mencari tuan puteri."

"Terima kasih."

Luna yang masih berdiri itu berasa sedih dan perlahan lahan suasana menjadi putih di sekelilingnya.

"Kau sudah melihatnya?"

"Ya, tapi apa kaitan semua itu dengan aku? Kenapa kau tunjukkan semua ini padaku?siapa kau sebenarnya?" tanya luna masih tidak mengerti.

"Ini adalah salah satu daripada cebisan memori kau."

Kali ini suara yang muncul bukanlah garau seperti yang tadi mahupun sewaktu di bumi. Akan tetapi, suara kali ini sangat lunak dan merdu.

"Mustahil. Bagaimana boleh.."

"Nothing impossible if you believe."

"Jadi... aku ada adik kembar?" Luna mula percayakannya.

"Ya... mungkin kau tidak ingat kerana ketika itu kau masih kecil dan terpisah pada jangka masa yang lama. Tapi ketahuilah adikmu sentiasa menunggumu pulang"

"Siapa kau?"

"Kau akan tahu suatu hari nanti. Oh satu lagi... kuasa kau akan muncul apabila kau bertemu dengan adikmu"

"Kau tidak tipu aku?" Luna mula berhati-hati.

"Hahaha buat apa aku mahu tipu kau? Kuasa kau kuat malah lebih hebat dari yang kau bayangkan... Sekarang buka mata hati kau. Ingat satu perkara tiada yang mustahil dalam dunia ini jika kau percaya "

Suara itu menghilang dan perlahan-lahan luna membuka matanya.

"Eh? Kau dah sedar, Luna?"

"Ermm berapa jam aku pengsan?"

"Berapa jam kau cakap? Kau pengsan seminggu!" jerit Miya tidak percaya.

"Seronok tak tidur?" tanya Ray dengan senyuman.

"Boleh la..." Luna menjulingkan mata ke atas.

"Dahlah. Jangan kacau dia. Nanti aku siapkan bubur untuk kau." Lizz tersenyum segaris.

"Terima kasih... Atas segalanya."

♚♚♚

To Be Continued...

[Edited]

(S1) Phoenix: The Legend Power✔Where stories live. Discover now