Bab-16: Lucons

5.7K 399 13
                                    


"Semua sila bawa bertenang!" Kata prof Ordey cuba mengawal keadaan.

"Luna! Kau ok?" tanyaMiya dan yang lain setelah tiba di gelanggang perlawanan.

"Erghh. A-aku ok." Luna bangun sambil memegang perutnya.

"Kau! Tak guna kau!" Kata khai kepada Lucons setelah melihat keadaan luna.

"Jangan Khai!!" Luna cuba menghentikan Khai yang ingin menyerang Lucons.

"Kau kenapa!? Tak nampak ke raksaksa hodoh ni cederakan kau!" Marah khai.

"Kau.. kau tak akan mampu kalahkan dia. Dia pengiku Karnos yang ketiga paling kuat." Kata luna masih dalam keadaan menunduk. Kepala diangkat memandang Lucons yang masih menghancurkan stadium.

"Maksud kau?" Redza mengerutkan dahi.

"Lucons. Dia lucons. Dan dia mahukan aku." Kata luna yakin.

"T-tak mungkin."

"Kenapa dia mahu kau pulak?" Tanya Lizz.

"Kau akan tahu nanti." Luna memejamkan mata seketika sebelum mengambil nafas.

"Hoi!!" Luna menjerit. Lucons berpaling melihatnya.

"Ya! Kau!! Raksaksa hodoh!"

"Apa kau buat ni?!" Tengking khai. Luna melihat Khai seketika sebelum tersenyum nipis.

"Jaga hati kau. Untuk aku. Please?" Luna tersenyum lebar sebelum berlari kearah Lucons.

"Hish! Jom kita tolong luna. Keras kepala betul budak tu." Kata Ray. Kesemua mereka mengangguk sebelum mengeluarkan senjata maaing masing.

"Kamu semua! Pergi ke kawasan selamat! Jangan berada disini! Biar pegawai tertinggi uruskan!" Kata Prof Ordey. Emm mungkin lebih kepada menjerit. Haah yup.

"Tidak! Kawan kami ada berdekatan dengan Lucons itu!" Jerit Ray balik. Hmm..Ray sorang je dekat dengan Prof Ordey tu masalahnya. Dekat sebelah dia je. Biarlah dia.

"Shit!" Luke berdecit. Dia tahu luna berada dimana.

"Kau memang cari maut budak!" Kata luke geram.

"Hey Elan! Jangan risau. Nanti aku jumpa kau balik." Suara luna terdengar di minda luke.

"Kau jangan buat kerja gila sudah." Luke menggelengkan kepalanya.

"Haha. Yelah. Pergi ke tempat selamat dulu." Luna menamatkan telepati. Luke hanya menurut.

"Akhirnya! Aku jumpa kau my princess." Suara garau Lucons kedengaran.

"Kau tak guna Lucons." Kata luna perlahan sambil menggelengkan kepalanya perlahan.

"Aku akan bawa kau kepada Karnos!" Kata si Lucons dengan tawa jahat diakhir.

"Jangan harap!" Luna menarik pedangnya.

"Wind ball!" Satu bola angin melintasi kiri luna terus meghentam kearah Lucons. Luna berpaling kebelakang. Kelihatan khai bersama pedang merah petirnya tahap kedua terkuat, Redza dengan shuriken airnya, Ray dengan tangan yang dikelilingi tanah, Miya dengan bebola angin yang terapung disekelilingnya dan Lizz dengan cemeti akar berduri. Kesemua penuh bergaya.

"Kau ingat kita orang nak biar kau lawan sorang?" Kata Lizz.

"Yeah!! Its time for rock and roll!!!" Ray melaung kuat. Haih.

"Thanks." Luna senyum nipis. Luna berdiri seiring dengan yang lain bersama pedangnya.

"Hiyargh!" Ray memulakan dengan menghasilkan satu bola tanah besar dan mengurung Lucons didalamnya.

"Lighting storm!" Khai memunculkan satu ribut petir di dalam bebola itu. Lucons  menjerit keras dan menghancurkan tanah itu. Dah marah ler tuu..

"Kau semua tak guna!" Lucons menyerang Ray. Ray terpelanting jauh.

"Kau!" Lizz mengikat Lucons dengan akar berduri. Kalini dia tambah racun dah. Bagi mampos cepat. Malangnya tak berkesan.

"Muahahahah. Semuanya tak akan berkesan." Lucons melibas Lizz jauh.

"Lizz!" Jerit luna.

"Water bomb!" Redza menyerang. Tetapi akhirnya terpelanting jua di serang Lucons.

"Erghh." Redza cuba bangun tetapi tidak boleh.

"Sekarang giliran kau." Lucons memandang khai. Dia mengeluarkan satu tembakan hitam.

"Khai!!" Luna menolak khai. Akhirnya tembakan itu terkenan padanya. Mata Khai membulat.

"Kenapa kau halang!" Marah khai. Dia memegang luna yang jatuh kedakapannya.

"Saja." Luna tersengih lemah.

"Aku kata. Jagakan hati kau. Untuk aku. Sekali lagi. Selamat tinggal." Kata luna sebelum pengsan dan Khai ditolak jatuh. Dan asap memenuhi. Setelah asap hitam menghilang Lucons sudah tidak kelihatan serta luna.

"Argh!! Kenapa kau!!" Khai mengusutkan rambutnya. Ditoleh kebelakang kelihatan rakannya terbaring lemah.

"Aku..aku gagal. Gagal jadi ketua yang bertanggungjawab." Khai memejamkan matanya. Terdapat cecair jernih mengalir.

"Maafkan aku."

"Aku akan simpan hati aku untuk kau."

"Sampai bila-bila."

♚♚♚

To Be Continued...

Vote

[Edited]









(S1) Phoenix: The Legend Power✔Where stories live. Discover now