Bab-13: Dragon

6.1K 448 12
                                    


Sudah sebulan Luna berada di Querna Land. Dan selama itu jugalah dia berlatih cara mengawal kuasa apinya untuk mengendalikan Phoenix. Hanya tinggal kuasa cahayanya sahaja yang masih belum dikuasai. Ini kerana hanya dia yang mampu melatih dirinya sendiri. Kuasa cahaya amat penting untuk melawan kuasa kegelapan dan harapan terakhir untuk menyelamatkan Wonderland dari ditawan Karnos. Seperti yang diramalkan sejak beribu abad dahulu.

Luna sedang membaca buku yang bertajuk 'A Legend of dragon and Phoenix' menarik bukan? Dia terjumpa di dalam rak semasa mengemas. Jadi di ambil dan baca.

"Buat apa tu!" Sergah Miya. Luna yang membaca terhenti seketika dan menjeling.

"Tengah basuh baju ni. Tak nampak ke?" perli Luna. Miya tersengih.

"Ohh. Mana bajunya?" tanya Miya. Aku hempuk nak?

"Tu.. dah sidai dah tu." Kata Luna sambil menunjukkan kearah dinding kosong.

"Dah la. Malas aku layan kau ni." Kata Luna sebelum menyambung bacaan. Miya mengambil tempat disebelah luna dan melihat kulit buku.

"Mana kau jumpa buku ni?" Tanya Miya hairan.

"Tadi. Atas rak."

"Ohh." Miya menjenguk untuk melihat isi buku itu.

"Hebat kan siapa yang dapat jadi lagenda ni. Mesti kuasa dia paling kuat. Aku teringin nak jumpa dia. Nasib tu ramalan je." Kata Miya sambil menongkat dagu dengan tangannya.

"Alaah. Nanti mesti kai dapat jumpa punya." 'Dan orang itu adalah aku.' Luna tersenyum.

"Haraplah. Kalau ramalan itu betul, mungkin dunia ni betul-betul akan aman."

"Kau kena percaya. Dia akan datang." Luna menyambung bacaannya sekali lagi.

"Kuasa cahaya memerlukan kekuatan Naga. Pewaris Naga sahaja yang dapat mengawal kuasa cahaya." Gumam Luna perlahan sebelum..

"BINGO!!" 'Macam mana aku boleh lupa perkara penting begini? Aku kan pewaris Naga juga?' Luna menutup buku dan berlari keluar. Miya terkejut dengan jeritan Luna yang kuat tadi. Haih semangat..

♚♚♚

Luna tiba di tasik yang menjadi tempat rahsia latihannya. Dia cuba menghubungi Luke untuk berjumpa. Yes!

"Elan. Kau ada Naga tu kan?" Tanya Luna kepada Luke. Luke menepuk dahi terlupa sesuatu.

"Aduhh. Macam mana kau boleh lupa ni?" Gumam Luke perlahan.

"Haah. Aku ada. Tapi aku bukan pewaris sebenarnya. Aku hanya menjaganya sebelum kau bersedia. Lagipun aku tiada kuasa cahaya. Kau sudah bersedia?" Tanya Luke diakhir ayat.

"Sudah." Kata luna sepatah.

Luke memunculkan satu medan magik dan muncul satu simbol Naga di tengahnya.

"The legends will come. The heirs is coming for you. To take As her guardians to the light. Show yourself!" Kata luke untuk menyeru Naga. Medan magik itu bercahaya dan muncul satu gergasi yang bersayap. Hanya Luna dan luke sahaja boleh melihatnya.

"Kenapa kau panggil aku? Aku masih berehat dan kau telah kacau rehatku." Naga itu mengeluarkan asap di hidungnya.

"Aku mahu kau melihat ini." Kata luke sambil memberikan luna laluan.

"I'm your heirs." Kata luna.

"Huh. Tidak mungkin budak mentah seperti kau layak. Buktikan." Kata Naga itu kelihatan seperti sedikit geram.

"Baiklah jika itu yang kau pinta." Kata luna sambil berjalan mendekati Naga itu. Dia mengangkat kedua tangannya ke sisi dan tangan kanannya mengeluarkan api manakala tangan kirinya mengeluarkan cahaya. Dia mengenggam kedua tangannya dan kuasa itu hilang.

"Bagaimana? Kau masih tidak percaya?" Tanya luna sambil memeluk tubuh.

"Baiklah. Aku percaya. Tapi kau belum cukup kuat untuk kuasa cahaya."

"Sebab itu aku perlukan kau draggy."

"Apa kau cakap!" Marah Si Naga. Pantang orang panggil nama itu.

"I said you're draggy." Kata luna. Luke yang berada disitu dihiraukan. Dia sedang duduk bersila di tepi tasik dan bermain batu api seremban. The heck?

"Perengus juga kau kan?" Tanya Luna.

"Dah la tu.. dua dua aku tengok sama je perangai. Perengus." Kata luke yang sedang bangun dari duduknya.

"Apa kau cakap!?" Jerit luna dan Dragon serentak sambil mengeluarkan api.

"Eh! Tak! Aku tak cakap apa apa!"

"Kau selamat kali ini luke." Kata luna. Sudah tidak digunakan lagi nama Elan sekarang ni. Marah! Luke dah gelabah.

"Err.. haa sekarang kau dah boleh guna kuasa cahaya lah kan?" Luke cuba berdalih.

"Betul. Dan dia sudah boleh menggunakan kesemua kuasanya tetapi masih ditahap terendah." Kata Naga.

"Aku akan berlatih mengawal itu. Kemudian aku akan berlatih untuk mengawal si Perengus ini." Kata luna dan tergelak sedikit dihujung.

"Huh. Jaga kau nanti aku kerjakan. Aku pergi dulu. " kata Naga itu sebelum menghilangkan diri.

"Macamlah aku takut dengan kau. Ini luna la!" Kata luna selepas dragon menghilangkan diri.

"Ceh. Balik dulu lah budak." Luke meninggalkan luna seorang diri.

"Ya ya..shuhh." kat luna sambil menggerakkan tangannya kedepan dan kebelakang persis membuang habuk.

"Menghalau betul." Gumam luke seorang diri.

♚♚♚

Luna berjalan disekitar tasik sambil menyanyi kecil dan berhenti selepas terdengar bunyi tapak kaki.

"Kau buat apa di sini?" tanya luna tanpa berpaling ke belakang.

"Aku bosan. Kau pula?" Tanya si 'dia' balik.

"Aku bosan. Cari ketenangan sedikit." Padahal jumpa dragon ceh..

"Khai. Aku nak tanya kau sesuatu boleh?" Tanya luna. Dia berpaling ke arah Khai.

"Tak boleh." Kata Khai.

"Ceh. "

"Tanya jelah." Khai melihat luna.

"Kenapa aku tengok kau tak pernah senyum?" Luna berkerut dahi. Soalan apa kau tanya ni? Aku ingat apalah tadi.

"Aku tak suka."

"Kenapa?" Pelik budak ni. Senyum tu sedekah, kan?

"Adalah." Khai berlalu pergi.

"Ceh. Tak sporting betul." Luna memuncungkan bibir. Dari jauh terlihat khai tersenyum nipis. Dia dengar apa yang Luna cakap tadi.

"Hmm.. baliklah dulu. Esok aku nak berlatih kawal benda alah tu." Luna berjalan pulang.

♚♚♚

"Kau sudah jumpa dia?" Tanya Phoenix.

"Sudah. Menyampah aku dengan budak tu." Dragon membalas.

"Alahai.. Aku tengok sama je perangai kau berdua. Perengus. "

"Kau!"

"Kenapa Draggy?" Phoenix ketawa kecil.

"Serious lah. Sekarang aku memang benci panggilan itu." Dragon mengeluh kasar sehingga terlihat asap keluar dari hidungnya.

"Aku percaya suatu hari nanti kau dan dia boleh berkerjasama dengan baik." Kata Phoenix.

Suka hati kaulah. Phoenix yang kuat membebel."

"Haih..Naga Perengus." Kedua dua menghilangkan diri.

♚♚♚

To Be Continued...

Lets vote.

[Edited]










(S1) Phoenix: The Legend Power✔Where stories live. Discover now