2. Pertemuan Pertama

9.9K 374 19
                                    


"Pertemuan pertama memberi kesan yang mendalam pada orang lain sama ada kita boleh dibuat kawan mahupun tidak."


Tok! Tok!

Aina mengetuk pintu bilik lecturer itu. Di pintu itu tertulis nama Dr Megat Iskandar Megat Tajuddin.

Dia membuka pintu bilik itu apabila mendengar arahannya untuk masuk. Dia melangkah masuk ke dalam bilik itu.

" I'm sorry sebab lewat, Dr. Saya dari Fakulti bisnes tadi. So, lewat sikit," ujar Aina.

Iskandar ketawa apabila mendengar kata-kata Aina itu. " It's okay Aina. Lagipun, appointment kita waktu lunch hour. So, saya tahu awak mesti pergi makan dulu baru jumpa saya," ujar Iskandar.

Aina mengangkat kepalanya. Dia terkejut apabila menyedari ada seorang jejaka lewat 20-an di dalam bilik itu.

Lelaki yang berkulit cerah itu mengangkat wajahnya daripada dokumen yang sedang dibacanya. Aina terpegun melihat anak mata pemuda itu yang berwarna coklat jernih itu. Wajahnya bukan seperti wajah kebanyakan orang di Impianputra itu.

" Maaf, Dr. Saya tak tahu pulak yang Dr ada tetamu penting. Saya boleh datang balik sekiranya saya ganggu Dr," ujar Aina.

Iskandar segera mengangkat tangannya. " Nope. It's okay. Dia ni bukannya tetamu penting pun. Kitorang takde perkara penting pun untuk dibincangkan," ujar Iskandar.

" Apa yang kau cakap ni, Iskandar? I'm not important? Really?" soal pemuda itu.

Iskandar hanya ketawa.

" Yeah. You are just my friend who just appeared in front of my eyes without any warning. Of course, I think that you are not important," ujar Iskandar.

Pemuda turut ketawa apabila mendengar kata-kata Iskandar itu. Dia segera bangun daripada kerusi itu lalu menghadap Aina.

Dia menghulurkan tangannya. " I'm Tengku Haris Hakimi. His friend when we further study in UK," ucap Tengku Hakimi.

Aina mengangkat tangannya. " I'm sorry. Tapi, saya tak boleh sambut salam tuanku tu. Haram," ucap Aina.

Tengku Hakimi menggenggam tangannya lalu menarik tangannya yang dihulurkan kepada Aina. Dia memandang Aina sambil ketawa kecil. " You are unique," ujar Tengku Hakimi.

Aina hanya tersenyum nipis. " Ini pegangan saya, tuanku. Dan saya rasa tuanku pun tahu pasal halal haram kan," ucap Aina.

Tengku Hakimi ketawa apabila mendengar kata-kata Aina itu. Iskandar yang mendengar kata-kata Aina itu turut ketawa.

" Tuanku, Dr. Kalau takde apa-apa yang boleh kita discuss, boleh saya minta diri dulu? I have a class at 3," ucap Aina.

" No, no. Take a seat, Aina. Sorry, my friend baru balik dari UK, so dia dah terbiasa dengan budaya sana," ujar Iskandar.

Aina memandang Tengku Hakimi. " If you are muslim, you should know your adab, Yang Mulia," ujar Aina, agak pedas.

" And Dr. I think I will come tomorrow to dicuss about the things that we discuss this morning," ujar Aina.

" Saya minta diri dulu, Dr, tuanku," ujar Aina. Dia segera melangkah keluar daripada bilik itu tanpa memandang ke arah Tengku Hakimi dan Iskandar.

" Who is that girl? Berani jugak dia tegur aku macam tu," soal Tengku Hakimi sambil kembali mengambil tempat di hadapan Iskandar.

Iskandar ketawa. " That girl is your sister's friend. Aina Natasya Kawan baik adinda dengan cousin kau tu. Dia memang famous kat universiti ni.

Pelajar top and also kawan baik adinda dan cousin kau. Maklumlah, kau tahu je lah kan perangai Ju macam mana. Susah nak rapat dengan outsider," beritahu Iskandar.

Bahagia Untuk AwakHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin