49. The truth

6.2K 206 0
                                    


Sultan Ismail dan Pak Ramli melangkah masuk ke bilik soal siasat itu. Keadaan bilik itu agak gelap. Hanya diterangi oleh sebiji lampu di tengah-tengah ruangan bilik itu. Terdapat sebuah meja dan beberapa kerusi di dalam bilik itu.

Seorang pegawai yang ada di situ segera berdiri lalu menunduk hormat pada Sultan Ismail. Sultan Ismail hanya mengangguk lalu mengambil tempat di hadapan YM Hamdan. YM Hamdan hanya tersenyum sinis apabila matanya bertemu dengan Sultan Ismail.

Pak Ramli pula lebih senang berdiri di hujung bilik itu. Dia hanya memerhati sahaja YM Hamdan dan Sultan Ismail itu.

"Look what we have here? Sultan Ismail, our beloved Sultan," ucap YM Hamdan, sinis.

"Hamdan sihat?" soal Sultan Ismail, berbahasa.

YM Hamdan ketawa sinis. "Sihat? Kenapa tuanku tanya macam tu? Dah tangkap saya and then boleh pula tanya khabar saya?"

Sultan Ismail memandang YM Hamdan. "Kenapa kamu lakukan semua ni?" soal Sultan Ismail melihatkan keadaan YM Hamdan yang ketawa itu.

"Lakukan apa? Saya tak buat apa-apa pun," kata YM Hamdan.

"Kamu jangan nak mengelak, Hamdan! I know what you did to royalty. You tried to destroy us," kata Sultan Ismail, agak tegak.

YM Hamdan tersenyum sinis.

"Kenapa kau lakukan semua ni?" soal Sultan Ismail, meninggalkan Bahasa formalnya. Dia marah dengan YM Hamdan itu.

"Macam mana keadaan Tengku Hakimi, tuanku?" soal YM Hamdan,

Sultan Ismail menghentak tangannya ke atas meja yang berada di hadapannya. Kuat sekali bunyinya.

"Hakimi tidak ada kaitan dalam hal ini!" kata Sultan Ismail, kuat.

YM Hamdan ketawa. "Hakimi tiada kaitan dalam semua ni? Huh?! Jangan nak mengarutlah tuanku. Sebab dia ada, aku tak boleh nak dapatkan kuasa yang aku nak," kata YM Hamdan. Dia sudah menggunakan kau-aku dengan Sultan Ismail.

"Kenapa? Keluarga aku tak pernah buat apa-apa pada kau," tanya Sultan Ismail.

"Tak buat apa-apa? Kau tuli ke apa?" hina YM Hamdan.

Sultan Ismail memandang YM Hamdan. Agak marah dengan hinaan YM Hamdan.

"Kau tak tahu apa yang ayahanda kau dah buat?! Apa yang Sultan Harun dah buat?! Pada aku! Memang patut dia hilang anak kesayangannya tu! Dia patut rasa apa yang aku rasa!" kata YM Hamdan penuh kebencian.

Sultan Ismail tergeleng-geleng melihat YM Hamdan itu.

"Kau berdendam dengan keluarga diraja?" soal Sultan Ismail, mulai mengendur.

"Sultan Harun keparat tu...,"

"Jangan sesekali hina ayahanda aku!!" tengking Sultan Ismail.

YM Hamdan ketawa. "Memang betul aku kata. Ayahanda kau dah hancurkan keluarga aku. Lepas dia pecat ayah aku daripada Menteri cabinet, ayah aku jadi kaki botol. Dia mula pukul aku, pukul mak aku dengan adik aku."

"Lepas tu, kau tahu apa yang ayah aku buat? Dia bunuh mak aku. Dia bunuh adik aku. Aku tengok dia buat depan-depan aku. Dia kata perempuan perlu ikut kata lelaki. So, dia pukul mak aku, adik aku sampai mati," kata YM Hamdan, sinis.

YM Hamdan menggelengkan kepalanya. "Tapi, polis tak percaya kata-kata aku. Mereka kata ayah aku tak bersalah. Ayah aku terlepas dari dakwaan tu. Sebab apa? Sebab dia rasuah semua yang terlibat dengan kes tu."

Bahagia Untuk AwakWhere stories live. Discover now