46. Pergi

6.1K 239 1
                                    


"AINA!"

"Aina!"

Semua orang kelam kabut apabila melihat tubuh Aina hampir-hampir terjatuh ke lantai hospital itu. Nasib baik Tengku Juliana sempat menyambut Aina daripada jatuh ke lantai.

"Doktor!!" panggil Tengku Hafizi.

Beberapa doctor yang sedang berjalan di koridor itu segera mendekati kelompok mereka. Mereka terkejut apabila melihat keluarga diraja yang berada di situ.

"Apa yang terjadi, tuanku?" soal salah doctor itu.

Tengku Juliana yang memangku Aina segera menggelengkan kepalanya.

"Aina tiba-tiba pengsan," beritahu Tengku Juliana.

Doktor itu segera memeriksa nadi Aina. Kemudian, dia memeriksa Aina dengan menggunakan stetoskopnya.

"Let's bring her to emergency ward," kata doctor itu.

"Beta mahukan menantu beta dirawat di wad VVIP. Di situ, lebih selamat and perkara ini boleh dirahsiakan daripada semua orang," pinta Sultan Ismail.

Doktor itu menganggukkan kepalanya. "Baik, tuanku."

Adam yang ada di kawasan itu segera mengangkat Aina lalu membawanya ke wad VVIP yang sememangnya mereka tahu kedudukannya memandangkan Tengku Hakimi selalu dirawat di situ.

"Sarah, can you watch Aina for the time being?" arah Sultan Ismail.

Tengku Juliana mengangguk. Dia terus mengikut langkah doctor dan Adam ke wad VVIP itu.

Tiba-tiba, Aizat datang mendekati Sultan Ismail.

"Maaf tuanku. There is something that you need to know," kata Aizat setelah menundukkan kepalanya tanda hormat terhadap pemerintah negara itu.

Sultan Ismail mengangguk. Dia melangkah, menjauhi isterinya yang sedang duduk di kerusi hospital itu.

Tengku Hafizi turut mengikut langkah ayahandanya.

"Tuanku, pihak media dapat maklumat bahawa Tengku Hakimi dimasukkan ke hospital ni. Malah, mereka sedang menunggu tuanku di luar hospital ni untuk mendapatkan berita daripada tuanku," beritahu Aizat.

Sultan Ismail memegang dahinya. Dia mengeluh.

"Mereka sudah mengetahui mengenai penyakit Tengku Hakimi?"soal Sultan Ismail.

Aizat mengangguk. "Unfortunately, yes, tuanku. Mereka dapat tahu bahawa Tengku Hakimi mempunyai penyakit jantung seperti almarhum Sultan Harun," kata Aizat.

Tengku Hafizi memegang bahu ayahandanya. "Apa yang patut kita lakukan?"

"Mereka pasti mahukan kebenaran. Lagipun, esok YM Hamdan akan ditangkap. Itu pasti akan menggemparkan negara ini. Kita perlukan masa untuk melindungi maruah keluarga diraja selain membiarkan YM Hamdan merasakan dirinya sudah menang. Dia pasti tidak akan mengagak bahawa dia akan dibawa ke muka pengadilan tidak lama lagi," kata Sultan Ismail.

"Kalau macam tu, biar Fizi yang uruskan pihak media. Kita perlukan mereka untuk bersurai daripada hospital ini supaya tidak mengganggu pesakit-pesakit," ujar Tengku Hafizi.

Sultan Ismail mengangguk. "Yes, kita perlu utamakan pesakit-pesakit hospital ini. Media are ruthless, they don't care if they hurt anyone in process to get the news. That's why we need to protect everyone."

"So, you will let me handle them?" soal Tengku Hafizi.

Sultan Ismail mengangguk. "Ayahanda percayakan kamu, Fizi. Anakanda boleh uruskan semua ni bukan?" soal Sultan Ismail.

Bahagia Untuk AwakWhere stories live. Discover now