38. Outing

5.5K 214 1
                                    


"Terima diri seadanya sebelum terima orang lain dalam hidup kamu."

....................

Berita terkini

Tengku Hakimi telah mengumumkan tarikh perkahwinannya dengan seorang perempuan daripada kalangan rakyat jelata. Pengumuman dibuat ketika sidang akhbar yang berlangsung pagi tadi.

Baginda telah meminta semua pihak agar merestui perkahwinan baginda yang akan berlangsung pada hujung minggu ini. Baginda...

TUPP!!

Tengku Hakimi menutup televisyen itu. Serta-merta suara pemberita hilang di pendengaran mereka.

Tengku Hakimi memandang ke arah Aina yang sedang duduk di sofa yang ada di pejabatnya itu. Dia berjalan mendekati Aina lalu mengambil tempat di hadapan Aina.

" Looks like you will be crowded with the press," ucap Tengku Hakimi sambil mengambil salah sebuah dokumen yang ada di atas meja di hadapannya itu.

Aina hanya tersenyum. " Takpe. It's okay. Saya tahu saya kena berhadapan dengan situasi ini sekiranya saya melangkah masuk ke dalam dunia awak, Kimi," ucap Aina, lembut.

Tengku Hakimi menganggukkan kepalanya.

" So, are you ready? Majlisnya tak sampai tiga hari lagi. Dah bersedia untuk jadi isteri kami merangkap kepada puteri mahkota Impianputra?" soal Tengku Hakimi sambil membaca kandungan dokumen itu.

" Awak rasa?"

Tengku Hakimi mengangkat wajahnya. Dia memandang Aina.

" Kami tahu kamu nervous dengan majlis itu. Jangan risau. Kami sentiasa di sisi kamu, Aina Natasya," kata Tengku Hakimi.

" Saya risau kalau-kalau saya ada buat salah masa majlis itu. Banyak protokol yang perlu saya ikut. Saya risau kalau saya buat silap. Malu awak nanti," kata Aina.

Tengku Hakimi tersenyum. " There is no need for you to worry. Lagipun, kamu sudah belajar segala tatatertib yang perlu ketika berada di istana," kata Tengku Hakimi.

Memang betul apa yang diperkatakan oleh Tengku Hakimi. Aina telah mempelajari segala tatatertib tersebut sebaik sahaja mereka pulang daripada Tanjung Besar. Dia sendiri mempunyai pengawal peribadi yang diketuai oleh Adam.

Segala-galanya telah dirancang dengan baik oleh Tengku Hakimi. Aina tidak perlu berbuat apa-apa kerana segala-galanya telah diuruskan oleh keluarga diraja itu.

Aina mengeluh.

Tengku Hakimi mengangkat keningnya apabila mendengar keluhan Aina itu.

" Kenapa mengeluh?" soal Tengku Hakimi.

Aina segera menggelengkan kepalanya.

Tengku Hakimi tersenyum. " You should tell me, Aina. Sekiranya ada perkara yang tidak memuaskan hati kamu. Kami akan betulkan," ujar Tengku Hakimi.

Aina tersenyum. " Awak takde buat salah pun, Kimi. It is just saya yang nervous."

" Boleh tak saya nak tanya satu soalan?" soal Aina, tiba-tiba.

Tengku Hakimi menganggukkan kepalanya.

" Bila kita dah kahwin nanti, saya kena panggil awak kanda juga ke?" soal Aina, perlahan.

Tengku Hakimi ketawa apabila mendengar kata-kata Aina itu. Dia segera meletakkan dokumen yang dipegangnya itu.

" Perkara itu yang kamu risaukan?" soal Tengku Hakimi.

Bahagia Untuk AwakKde žijí příběhy. Začni objevovat