32. Lawatan ke hospital

5.4K 219 3
                                    


"Kalau kita sayangkan seseorang, kita pasti melakukan apa sahaja untuk orang tu."


Aina melangkah masuk ke dalam wad VVIP itu. Dia terkedu apabila melihat Tengku Hakimi yang sedang terbaring lemah di atas katil.

Tengku Juliana dan Tengku Hafizi hanya duduk di sudut bilik itu. Masing-masing menundukkan kepalanya.

Tengku Hakimi tersenyum hambar apabila melihat kedatangan Aina itu.

" You are here, Aina," ucap Tengku Hakimi, lemah. Dia mahu duduk menyambut kedatangan Aina. Namun, Aina segera menahannya.

" There is no need for you to sit and greet me, tuanku," ucap Aina.

Tengku Hakimi tersenyum. Dia menganggukkan kepalanya. Kemudian, dia memandang ke arah Tengku Juliana dan Tengku Hafizi.

" Boleh tinggalkan kami dengan Aina seketika? Kami mempunyai perkara yang ingin dibincangkan," ucap Tengku Hakimi, perlahan.

Tengku Juliana dan Tengku Hafizi hanya menganggukkan kepala mereka. Mereka segera keluar daripada wad VVIP itu.

Tengku Hakimi menunjukkan ke arah kerusi di sebelah katilnya. Aina segera mengambil tempat di kerusi tersebut. Dia meletakkan beg sandangnya di lantai.

" Your brothers are here yesterday," kata Tengku Hakimi.

Aina menganggukkan kepalanya. " Saya tahu. Diorang ada bagitau pada saya yang diorang nak pergi melawat kawan diorang."

Riak wajah Tengku Hakimi berubah.

" Kenapa? Terkejut?" soal Aina apabila melihat perubahan pada riak wajah Tengku Hakimi.

Tengku Hakimi segera menggelengkan kepalanya. " So, diorang dah bagitau pada kamu tentang hubungan kami bertiga?" soal Tengku Hakimi.

Aina hanya menganggukkan kepalanya. " Yup. And saya memang tak expect yang my brothers would knew you," ucap Aina.

Tengku Hakimi hanya tersenyum. " Well, kitorang dah kenal lama. Masa kat UK dulu, waktu kitorang study kat Cambridge."

Aina menganggukkan kepalanya. Abang-abangnya sempat lagi bercerita tentang kisah mereka berempat termasuk dengan Iskandar ketika mereka di UK dahulu.

" So, macam mana kamu tahu yang kami masuk ke hospital?" soal Tengku Hakimi.

Aina tersenyum hambar. " Why you didn't tell me about your condition?"

Sengaja Aina tidak menjawab pertanyaan daripada Tengku Hakimi itu.

Tengku Hakimi tersenyum. " Jangan jawab soalan kami dengan soalan, Aina Natasya. I don't like it," ucap Tengku Hakimi.

Aina ketawa. " This is me, tuanku," ucap Aina.

Tengku Hakimi hanya tersenyum. Dia hanya membiarkan Aina ketawa.

" So, care to tell me how you know about me in this ward?" soal Tengku Hakimi, sebaik sahaja Aina berhenti ketawa.

" What do you think, tuanku?" soal Aina.

Tengku Hakimi mengeluh. " Sarah told you about me admitted to this hospital, right?" soal Tengku Hakimi.

Aina menganggukkan kepalanya. " Yes, but, she didn't tell me much about your sickness. So, saya mahukan penjelasan daripada tuanku tentang penyakit tuanku," ucap Aina, perlahan.

Tengku Hakimi tersenyum hambar. " Kita tiada apa-apa hubungan, Aina. So, why do I need to tell you about my condition?"

Aina terkedu. Dia menggigit bibirnya.

Bahagia Untuk AwakWhere stories live. Discover now