40. Tahu

6.2K 215 4
                                    


4 bulan kemudian..

Aina mengetuk pintu bilik pejabat Tengku Hakimi. Dia melangkah masuk ke dalam bilik itu apabila mendengar suara daripada Tengku Hakimi.

Aina tergeleng-geleng. Suaminya itu tekun membaca dokumen di hadapannya itu. Sesekali dia menulis sesuatu di atas kertas itu.

"Abang," panggil Aina.

Tengku Hakimi mengangkat kepalanya. Dia tersenyum apabila melihat isterinya itu.

"So, how's your work, Sya? Okay?" soal Tengku Hakimi. Dia bangun lalu mendekati Aina.

Aina senyum. Mereka mengambil tempat di sofa yang ada di bilik itu.

Aina meletakkan kepalanya di dada bidang Tengku Hakimi.

"Okay. Bertuah la kawan abang tu. Bagi kerja banyak sangat," rengek Aina.

Selepas Aina tamat belajar, Iskandar menawarkan jawatan arkitek di syarikatnya. Aina meminta kebenaran daripada Tengku Hakimi untuk bekerja. Tengku Hakimi tidak mempunyai masalah untuk Aina bekerja.

Tengku Hakimi mengusap-usap kepala Aina itu yang bertudung itu. Maklumlah, pejabat Tengku Hakimi itu sering dikunjungi oleh orang luar. Jadi, Aina haruslah menutup auratnya itu.

"Siapa? Is ke?"

Aina mengangguk.

Tengku Hakimi ketawa. "Biasa la. Dia kan memang macam tu. Macam la Sya tak kenal dia," kata Tengku Hakimi.

Aina memuncungkan mulutnya.

"Sya nak mengadu dengan abang je pun," kata Aina, separuh merajuk.

Tengku Hakimi senyum. Dia mencuit hidung Aina. "Abang tak kata Sya tak boleh mengadu pada abang."

Muka Aina memerah apabila Tengku Hakimi mencuit hidungnya. Dia mengigit bibirnya.

"Ya Allah, merahnya muka isteri abang ni," usik Tengku Hakimi.

Aina memukul lembut dada Tengku Hakimi. "Abang ni!"

Tengku Hakimi ketawa. "Sya cute la bila blushing macam ni. Buatkan abang nak usik Sya lagi."

Aina memuncungkan mulutnya. Dia geram dengan Tengku Hakimi yang mengusiknya itu.

"Aina Natasya, please jangan buat muka macam tu. Nanti ada juga yang kena kiss ni," kata Tengku Hakimi.

Aina segera menutup mulutnya.

Tengku Hakimi ketawa lagi.

Aina memukul bahu Tengku Hakimi. Kemudian, dia menjauhkan diri daripada suaminya itu. Sejak mereka berkahwin, Tengku Hakimi sering mengusiknya. Kadang-kadang, sampaikan dia merajuk beberapa hari dengan Tengku Hakimi.

Tengku Hakimi menarik tangan Aina. Dia mengucup lembut tangan Aina lalu dibawanya tangan Aina ke dadanya.

"Tahu tak, Sya? Abang rasa gembira sangat bila Aina Natasya yang ada di hadapan abang ni kahwin dengan abang. Abang tahu abang tak sempurna," kata Tengku Hakimi, lembut.

Aina menggelengkan kepalanya. "No, abang. Please don't talk like that. Sya terima abang seadanya. Sya bahagia sangat-sangat sekarang ni, abang," kata Aina.

"Abang dah janji dengan Akif, dengan Amir, dengan family kita yang abang akan bahagiakan Sya. Bahagia yang abang berikan kepada Sya ni memang only for you."

Aina senyum.

"Walau apapun yang jadi, Sya kena ingat yang abang sayangkan Sya. Abang bangga dapat isteri macam Sya," kata Tengku Hakimi, lembut.

Bahagia Untuk AwakTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang