22. Marah

5.8K 235 2
                                    


"Bila orang marahkan kita, itu bermaksud dia kisah tentang kita, sayang pada kita."


" Kanda! Apa yang kanda dah buat? Kenapa Aina tiba-tiba je balik ke kampung tanpa bagitau kitorang," soal Tengku Juliana, agak marah.

Dia terus ke Kediaman Rasmi apabila mendapat mesej daripada Aina bahawa dia sudah berada di kampung halamannya. Semalam, sewaktu Aina memberitahunya tentang kedatangan abangnya di Amanputra, dia sudah mengagak pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan Aina.

Tengku Hakimi yang sedang menyemak sesuatu di dalam dokumen itu segera mengangkat kepalanya.

" Kenapa ni? Kami tak faham apa yang Sarah cakapkan ni," soal Tengku Hakimi, tenang.

Tengku Juliana memeluk tubuhnya sambil memandang tepat ke arah Tengku Hakimi.

" Tak faham? Ke saja-saja buat tak faham" soal Tengku Juliana, sinis.

Tengku Hakimi menutup dokumen yang ada di hadapannya lalu berdiri. Dia berjalan ke arah sofa yang ada di dalam pejabat peribadinya itu.

" Yalah. Cuba explain supaya kami faham. Ini tak main terjah je. Manalah kami nak faham," ucap Tengku Hakimi sambil mengambil tempat di salah satu sofa di situ.

Tengku Juliana segera berjalan ke arah Tengku Hakimi. Dia menghempas punggungnya dengan kasar di sofa hadapan Tengku Hakimi.

" Aina balik ke kampung. Dia kata dia akan duduk di sana selama seminggu," kata Tengku Juliana.

Tengku Hakimi memandang pelik ke arah Tengku Juliana.

" Dah tu, apa kena mengena dengan kami?" soal Tengku Hakimi.

Tengku Juliana mengeluh. " Kanda, jangan buat tak faham dengan apa yang kami cakapkan ni. Macamlah kami tak tahu yang kanda menjauhkan diri dengan Aina," ujar Tengku Juliana.

" So, what? She's not my wife or even my girlfriend," kata Tengku Hakimi.

" Ni mesti pasal apa yang kami beritahu kan? Pasal asal usul Aina dan juga sejarah silam dia?" soal Tengku Juliana.

Tengku Hakimi terdiam. Dia mengalihkan pandangannya ke arah luar tingkap. Selepas kejadian itu, Tengku Hakimi telah meminta supaya Tengku Juliana untuk memberitahu kepadanya apa yang terjadi pada Aina. Dan dia terkedu dengan pernyataan Tengku Juliana itu. Dia sendiri tidak menyangka Aina menghadapi kesukaran.

" Kanda, kami kenal kanda. Kami tahu apa yang ada dalam hati kanda. Tapi, please jangan judge Aina based on her background," pinta Tengku Juliana.

" You know, she had been through so much in her life. And I don't want her to be unhappy because of you. She's my friend, kanda. And I don't like it when you do like that toward her," ucap Tengku Juliana, perlahan.

Tengku Hakimi mengeluh. " So, Sarah nak kami buat apa?" soal Tengku Hakimi.

" Kami tahu kanda dengan Aina tiada hubungan langsung. Tapi, please don't treat her like that. Aina mesti bingung bila tiba-tiba kanda menjauhkan diri daripada dia," kata Tengku Juliana.

" Kenapa dia balik kampung?" soal Tengku Hakimi, sengaja mengalih topik.

Tengku Juliana mengeluh. Dia memandang Tengku Hakimi. " Kanda memang kan, suka menyakitkan hati orang. Suka melarikan diri bila something terjadi dan tak mengikut perancangan kanda kan?" soal Tengku Juliana.

" This is me, Sarah. And you can't change me," ucap Tengku Hakimi.

" Changed?" soal Tengku Juliana sambil tersenyum sinis.

Bahagia Untuk AwakOnde as histórias ganham vida. Descobre agora