51. Surat Terakhir

6.8K 241 3
                                    



Aina menangis teresak-esak di hadapan Adam yang terlantar itu. Tembakan itu terkena di bahu Adam apabila Adam menggunakan badannya untuk melindungi Aina.

"Ma...ma..afkan saya, Adam. Sebab saya, awak jadi macam ni," ucap Aina, teresak-esak.

Tengku Juliana yang menemani Aina berjumpa dengan Adam memegang bahu Aina.

Adam hanya ketawa apabila melihat telatah Aina yang sedang menangis itu. "Saya tak apa-apa, tuanku. Saya pengawal peribadi tuanku, benda ni dah jadi kerja saya," ucap Adam.

Aina menggeleng. "Tapi, sebab saya, awak kena macam ni."

"Keadaan saya tak teruk kan, tuanku? Jadi, jangan risaukan saya," kata Adam.

"Sanggup awak lindungi saya kan, walaupun awak terpaksa bahayakan nyawa awak," kata Aina.

Adam senyum. "Saya dah anggap tuanku macam adik saya sendiri. Saya yang jaga tuanku sejak pertama kali tuanku jumpa dengan Tengku Hakimi. So, saya tak kisah kalau-kalau saya terkorban demi melindungi tuanku," kata Adam, lembut memujuk Aina.

"Aina, Adam tak apa-apa. Dia okay. Kau sendiri dengar kan apa yang doctor cakap kan?" pujuk Tengku Juliana.

Aina memandang Tengku Juliana. Tengku Juliana senyum.

"Betul kata Tengku Juliana tu, tuanku," kata Aizat sambil melangkah masuk ke dalam bilik rawatan itu.

"Saya rasa better tuanku pergi ke CCU sekarang ni. Keadaan Tengku Hakimi agak kritikal," kata Aizat.

Aina yang tersedar bahawa Tengku Hakimi perlukannya segera berdiri.

"Aku kena ada dengan abang Kimi," kata Aina kepada Tengku Juliana.

Tengku Juliana mengangguk. Dia segera mengucapkan terima kasih pada Aizat kerana berjaya mengalihkan perhatian Aina.

Aina dan Tengku Juliana keluar daripada bilik itu.

Aizat memandang Adam. Dia memeluk tubuhnya sambil memandang partnernya itu.

"Macam mana lelaki tu boleh ada dalam press conference tu?" soal Adam kepada Aizat.

Aizat mengeluh. "There is a rat at our side," ucap Aizat.

"Dah dapat tangkap dah betrayer tu?"

Aizat mengangguk.

"Siapa?"

Aizat mengeluh. "Ketua kita," jawab Aizat.

Adam mengeluh. "Aku dah agak. Dia ada hubungan dengan YM Hamdan tu. Sebab tu, dia buat macam tu," kata Adam.

"So, sekarang ni, apa yang kita nak buat?" soal Adam.

"His majesty wants background check for all of our staff. Baginda tak mahu perkara ini berulang lagi."

Kepala Adam terangguk-angguk. Dia bersetuju dengan arahan yang keluar daripada Sultan Ismail. Mereka tidak tahu siapa kawan dan siapa musuh dalam selimut. Mereka perlu cepat mengambil tindakan agar perkara yang sama tidak berulang lagi.

"So, how's Tengku Hakimi?"

Aizat mengeluh. Dia tidak menjawab soalan Adam kerana dia tidak punyai jawapan untuk soalan itu.

---------------------------------------------------------------

Aina duduk di kerusi yang ada di taman hospital itu. Dia memerhati pesakit-pesakit yang sedang bersiar-siar di taman itu. Aina mengeluh. Keadaan Tengku Hakimi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk baik.

Bahagia Untuk AwakWhere stories live. Discover now