23. Pendapat

5.4K 229 4
                                    


"Jangan buat sesuatu yang menyebabkan kita menyesal satu hari nanti."


Aina merenung jauh ke arah bintang yang sedang berkelipan itu. Dia memikirkan kembali semua yang terjadi dalam hidupnya. Tentang pertemuannya dengan Tengku Hakimi dan juga Tengku Juliana. Bagaimana mereka berkenalan.

Aina mengeluh. Dia kembali memandang ke tanah.

" Argh!!" jerit Aina sambil memegang dadanya.

Dia terkejut apabila melihat Akif yang selamba sedang duduk di sebelahnya itu.

Dia mengurut-urut dadanya yang berdegup kencang kerana terkejut dengan kehadiran Akif itu.

" Abang ni. Kalau ya pun, bagi lah salam. Terkejut Asya tau tak," ucap Aina, agak kuat.

Akif hanya tersengih. " Yelah, jauh mengelamun. Manalah nak sedar orang duduk sebelah dia."

Aina mencebik bibirnya.

" Dah abis kerja abang?" soal Aina.

Akif menganggukkan kepalanya. " Yup," jawab Akif, pendek.

" Apa yang Asya buat kat luar ni? Mana Amir?" soal Akif.

Aina hanya tersengih. " Abang Amir keluar kejap. Dia on-call malam ni. Hospital tak cukup doktor malam ni," jawab Aina. Soalan Akif tentang dirinya tidak dijawabnya.

Akif hanya tergeleng-geleng.

" Pastu, kenapa Asya duduk kat luar ni? Kalau orang lain nampak, kan tak manis," ucap Akif.

Aina hanya tersenyum hambar. " Takde apa-apa lah. Kenapa? Asya tak boleh duduk kat luar ni ke?" soal Aina.

Akif segera menggeleng-gelengkan kepalanya. " Abang just tak mahu orang datang and.."

" STOP! Don't say anything, abang. Abang sendiri tahu kan Asya tak kisah tentang semua tu," pintas Aina sambil mengangkat tangannya.

Akif mengeluh. Dia memandang ke arah Aina. " Do you really mean it?" soal Akif.

Aina segera menganggukkan kepalanya.

" So, kenapa Asya dah lama tak balik kampung? Kenapa Asya selalu balik sekejap je? Tak sampai seminggu, Asya dah nak balik ke Amanputra," soal Akif.

Aina mengeluh. Dia memandang ke arah bintang yang berkerlipan itu.

Akif memandang Aina, menunggu jawapan daripada Aina itu. Dia tahu adiknya berjauh hati dengannya. Namun, dia tetap mahukan yang terbaik untuk Aina. Dia tahu keputusannya itu hanya akan merenggangkan hubungannya dengan Aina.

" Abang rasa apa sebab Asya tak balik, hmm," soal Aina, kembali ke arah Akif.

Akif mengeluh. " I know, Asya. I'm wrong. Tapi, janganlah sampai taknak balik ke sini. Semua orang risaukan Asya tau," kata Akif, perlahan.

Aina hanya tersenyum hambar. Dia tidak membalas kata-kata Akif itu.

" Kalau pasal perkara tu, abang tarik balik. Abang takkan suruh Asya kahwin dengan kawan abang tu. Abang just mahu kebahagiaan adik abang je. Abang tak sangka yang Asya akan merajuk sampai macam tu sekali," ucap Akif lagi apabila tidak mendapat respons daripada Aina.

Aina segera berkalih memandang Akif. Dia memandang tajam ke arah Akif.

" Kebahagiaan Asya? By arranging my life? Macam tu?" soal Aina.

Aina menggelengkan kepalanya. " You are wrong abang. That's not bring me happiness at all. It just burden for me. You know right, that I would never receive happiness at all after what happens to our family."

Bahagia Untuk AwakΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα