5. Istana

7.2K 300 5
                                    


"Curiosity killed the cat. Don't be too curious because one day, you can get killed."


Aina melangkah masuk ke dalam kediaman itu. Dia kagum dengan hiasan dalaman kediaman itu. Matanya meliar memerhati suasana dalam kediaman itu.

" Do you like it?" soal Aimi.

Aina menganggukkan kepalanya. " Yup. It is so exclusive. Aku suka dengan rekaan dalaman istana ni," jawab Aina.

Aimi dan Tengku Juliana tersenyum. " This is not really a palace, Aina. Kediaman ni hanya untuk kanda-kanda aku tinggal ketika berada di Amanputra. Kalau kau datang ke Amanjaya kau akan lagi terpegun daripada kat sini. Kat sana, rekaan dia sangat-sangat cantik," ujar Aimi.

Tengku Juliana menganggukkan kepalanya. " Yes. Nanti bila-bila aku bawa kau ke istana," ujar Tengku Juliana.

Aina hanya tersenyum apabila mendengar kata-kata Tengku Juliana itu.

" Tuanku," tegur salah seorang lelaki berpakaian formal itu.

Tengku Juliana mengangguk. " Di mana kanda Kimi, Adam?" soal Tengku Juliana.

" Tengku Hakimi sekarang ni berada di pejabat peribadinya. Tengku mengarahkan supaya tuanku pergi ke ruangan makan. Minum petang sudah disediakan," ucap Adam.

Tengku Juliana menganggukkan kepalanya. " Okay. Tapi, Adam, can we have our tea at the park? Saya tak suka lah minum kat dalam," ucap Tengku Juliana.

Adam menganggukkan kepalanya. " Baik, tuanku. I will ask the maids to bring the tea at the park," ucap Adam. Dia menundukkan badannya sedikit kemudian segera meminta diri daripada situ.

Tengku Juliana berkalih pada Aina dan Aimi. " Jom, kita pergi taman. Kat situ lagi lawa," ajak Tengku Juliana. Dia mula melangkah ke arah pintu yang terletak di sebelah kanan ruangan menunggu itu.

Aina yang selama ini memerhati perlakuan Tengku Juliana baru mula menyedari dia berkawan bukan dengan calang-calang orang juga. Puteri negara ini.

" Kau nampak berbeza bila bercakap dengan laki tadi," ucap Aina.

Tengku Juliana hanya tersenyum. " Well, aku terpaksa ikut protokol bila ada kat sini. Maklumlah, kediaman rasmi diraja. So, semuanya ada protokolnya sendiri. Sebab tu aku tak suka balik sini," ujar Tengku Juliana.

Aina memandang Aimi. " Pastu, kau pula macam mana Aimi?" soal Aina.

Aimi mengangkat keningnya. " Apa maksud kau?" soal Aimi

Aina hanya tersengih. " Orang lain kena bertuanku jugak ke dengan kau?" soal Aina.

Tengku Juliana dan Aimi tergelak apabila mendengar kata-kata Aina itu. " Ada-ada je kau kan?" ucap Tengku Juliana.

" Takde lah. Aku just curious je. Sebab dengan aku je yang korang tak gunakan bahasa formal," ucap Aina.

" Kitorang hanya gunakan bahasa yang orang istana cakap, bahasa rakyat dengan orang yang kitorang rapat sahaja. Kalau orang lain, aku pasti, aku dengan Jue akan pakai bahasa istana. Tapi, diorang tak panggil aku tuanku la. Just Yang Mulia je," ucap Aimi.

Aina menganggukkan kepalanya. " Owh. Kalau macam tu, aku pun akan panggil korang berdua dengan panggilan Yang Mulia lah," ujar Aina, sengaja mengusik rakan-rakannya itu. Dia tahu rakan-rakannya tidak menyukai dia berbahasa formal dengan mereka.

" Jangan nak mengada ye, Aina. Kau patut rasa bangga tau sebab hanya dengan kau je yang kitorang guna bahasa rakyat. Tak formal macam dengan semua orang," kata Tengku Juliana, agak tinggi.

Bahagia Untuk AwakWhere stories live. Discover now