6. Proposal

7.6K 322 7
                                    


"Jangan buat keputusan berdasarkan hati dan perasaan. Takut nanti menyesal di kemudian hari."


Aina berjalan-jalan di sekitar taman itu selepas minum petang. Dia kagum dengan taman itu. Taman itu menggambarkan kemegahan kerabat diraja negara itu.

Aina mengambil tempat di kerusi yang disediakan di situ. Dia memejamkan matanya sambil menikmati matahari petang itu.

" So, Is dah bagitau kamu pasal design tu?" soal Tengku Hakimi. Dia mengambil tempat di sebelah Aina.

Aina membuka matanya. Dia nampak Tengku Hakimi sedang memerhatikannya.

Aina tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.

" Good. Agak-agak bila kamu boleh siapkan?" soal Tengku Hakimi.

" I don't know. Saya dah ada lakaran yang saya tak pernah guna. If tuanku mahukan secepat mungkin, mungkin esok saya boleh bagi pada tuanku," jawab Aina.

Tengku Hakimi tersenyum. " It's okay. Take your time. Saya dah cakap pada Is yang saya bagi awak masa seminggu untuk siapkan. Awak boleh bawa seberapa banyak lakaran yang awak ada if awak rasa sesuai," kata Tengku Hakimi.

Aina hanya menganggukkan kepalanya.

" Kenapa tuanku ada kat sini? Saya rasa tuanku ada banyak kerja bila tuanku minta diri tadi," soal Aina.

Tengku Hakimi tersenyum. Dia memandang sekeliling taman itu.

" Cantik kan taman ni," kata Tengku Hakimi, tidak menjawab soalan Aina itu.

Aina kembali memandang ke sekeliling taman itu. Dia menganggukkan kepalanya.

" Yes. Cantik. Saya suka dengan rekaan dia. Kalau boleh, rumah saya nanti saya nak buat macam ni. Ada taman macam ni. Walaupun tak sebesar macam kat Kediaman ni, saya still rasa nak buat," kata Aina, lembut.

" Tapi, saya tak tahu lah tahun bila lah saya nak buat rumah sendiri yang ada taman macam ni," ucap Aina sambil ketawa.

" Kalau macam tu, apa kata awak kahwin je lah dengan saya. Awak dah tak perlu dah cari tempat lain. Kediaman ni akan jadi kepunyaan awak," ucap Tengku Hakimi sambil memandang ke arah Aina.

Aina terkedu. Matanya terbeliak terkejut dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh Tengku Hakimi itu.

" I'm serious, Aina Natasya. I propose you to be my wife, the crown princess of this country," ucap Tengku Hakimi lagi.

Aina segera berkalih memandang ke arah Tengku Hakimi. Jantungnya berdegup dengan lajunya apabila dia bertentangan mata dengan Tengku Hakimi. Dia segera mengalihkan pandangannya.

" Apa yang tuanku cakapkan ni?! Perkara ni bukan main-main tau," marah Aina.

Tengku Hakimi ketawa apabila mendengar kata-kata Aina itu. " Yes, I know. Perkara ni besar yang melibatkan our future," ucap Tengku Hakimi.

" Tuanku hanya mahu mempermainkan saya kan?" soal Aina.

Tengku Hakimi tidak menjawab.

Aina mengeluh. " Tuanku, if tuanku rasa saya merupakan perempuan yang tuanku boleh senang-senang dapat, tuanku dah silap. Saya sendiri ada maruah sendiri dan saya tak rasa yang saya layak untuk tuanku," ucap Aina, perlahan.

Tengku Hakimi hanya tersenyum. " I know that you are not that kind of woman. Saya serius bila saya cakap macam tu. Saya tak bergurau," ucap Tengku Hakimi, lembut.

" Maaf, tuanku. But, I cannot accept it, Yang Mulia," ucap Aina.

" Kamu ada banyak masa lagi, Aina Natasya. Saya taknak terima keputusan kamu sekarang ni memandangkan kamu tidak berfikir panjang," ucap Tengku Hakimi.

Bahagia Untuk AwakWhere stories live. Discover now