7. Nasihat

7.4K 304 3
                                    

"Keupayaan seseorang untuk menerima hakikat kehidupan berbeza antara satu sama lain. Kadang-kadang, ada yang senang menerima hakikat hidup dan ada pula yang payah untuk menerimanya sehinggakan menjadikannya trauma untuk menghadapi hidup yang mencabar."

" Look what we have here, today. Tengku Hakimi, the crown prince," ucap satu suara daripada arah belakang Tengku Hakimi.

Tengku Hakimi segera berpaling. Dia memandang ke arah orang yang menegurnya. Dia tersenyum. Dia segera berjalan ke arah 2 orang pemuda yang sedang mendekatinya itu.

Mereka bersalaman sesama mereka.

" Bila kau sampai ke sini, Kimi?" soal Amir Safwan.

" Semalam," jawab Tengku Hakimi.

" So, kau tinggal kat mana? Kat hotel tempat biasa?" soal Akif Sufiyyan.

Tengku Hakimi menganggukkan kepalanya. Dia tersenyum.

" Apa khabar korang huh? Dah lama tak dengar cerita daripada korang," kata Tengku Hakimi.

Akif dan Amir berpandangan. Mereka ketawa apabila mendengar soalan daripada Tengku Hakimi.

" Kau tu yang sibuk sangat. Sampai takde masa nak contact. Iskandar rajin je contact aku, beri khabar kau dan yang lain-lain kat Amanputra tu," beritahu Akif.

Tengku Hakimi tersenyum.

" Macam mana kau sekarang ni? Okay?" soal Amir.

Tengku Hakimi tersenyum hambar. " Macam nilah aku, Amir. Kau sendiri tahu tentang keadaan aku kan, daripada Dr Mashitah," ujar Tengku Hakimi.

Amir mengeluh. " Kau tu degil, taknak ikut kata doktor," ucap Amir.

Tengku Hakimi hanya tersenyum. Dia seboleh-boleh tidak mahu perkara itu dibangkitkan oleh Amir, salah seorang doktor peribadinya.

" So, apa kau buat kat sini?" soal Akif, sengaja menukar topik. Dia tahu Tengku Hakimi tidak suka membangkitkan tentang penyakitnya.

" Pasal projek Tg Besar. Alang-alang aku ada kat sini, aku terus call korang. Korang kan tinggal kat area sini kan?" ucap Tengku Hakimi.

" So, macam mana dengan hospital and Madrasah? Okay? Nak aku tambah apa-apa lagi ke?" soal Tengku Hakimi.

Amir dan Akif segera menggelengkan kepalanya.

" Buat masa ini, semuanya cukup. Semua orang di madrasah berterima kasih dengan kau sebab berikan dana pada madrasah," kata Akif.

Tengku Hakimi hanya tersenyum. " That's the only thing that I can do. Kau tak beritahu siapa aku pada mereka kan?" soal Tengku Hakimi.

Akif mengangggukkan kepalanya. " Yup. Aku tak bagitau pun pada mereka seperti yang kau suruh. Diorang pun tak banyak tanya. So, kerja aku bertambah senang," kata Akif.

" Kau pula macam mana, Amir? Hospital Tg Besar tidak mengalami apa-apa masalah kan?" soal Tengku Hakimi.

Amir tersenyum. " Jangan risau, Kimi. Everything dapat kitorang control. Tak perlu kau risaukan."

" Kau datang sini bukan sebab ni kan?" soal Akif, tidak berselindung.

Tengku Hakimi ketawa apabila mendengar kata-kata daripada Akif itu.

" You are really sharp, Kif," ucap Tengku Hakimi.

Akif hanya tersenyum. " Aku tahu. Kau kan kawan kami berdua. Kita dah kenal lama. Dan aku dah tahu kalau kau telefon kitorang kata nak jumpa tu, mesti something happen and you want to let us know. Am I right, Tengku Hakimi?" soal Akif.

Bahagia Untuk AwakWhere stories live. Discover now