8. Hati

6.7K 287 7
                                    

"Kita tak boleh halang hati dan perasaan untuk jatuh cinta pada seseorang."

Aina memerhati sahaja telatah orang yang berada di luar bilik itu. Dia dan Iskandar telah pergi ke syarikat Iskandar untuk berjumpa dengan Tengku Hakimi.

Iskandar sedang menunggu Tengku Hakimi di luar bilik itu. Manakala, dia menunggu mereka di bilik mesyuarat syarikat Iskandar itu.

Aina berasa nervous untuk berhadapan dengan Tengku Hakimi. Sudah seminggu dia tidak bercakap or berbual-bual dengan Tengku Hakimi. Paling last sekali dia bersembang dengan Tengku Hakimi adalah pada lewat malam hari tu.

Aina tersenyum apabila mengingat kembali perbualan mereka itu.

Tiba-tiba pintu bilik itu dibuka dari luar. Aina segera berdiri menyambut Tengku Hakimi. Jantung Aina berdegup kencang melihat Tengku Hakimi yang berpakaian casual. Tidak seperti selalu, berpakaian formal.

Tengku Hakimi tersenyum apabila melihat Aina yang berbaju kurung berwarna pink itu. Nampak manis sekali. Di belakangnya kelihatan Iskandar dan Tengku Hafizi.

" Still formal lagi dengan kami?" soal Tengku Hakimi.

Aina hanya tersenyum. Iskandar dan Tengku Hafizi berpandangan. Mereka terkejut apabila mendengar panggilan Tengku Hakimi dengan Aina itu.

" Kanda?" panggil Tengku Hafizi sambil mengangkat keningnya menyoal Tengku Hakimi.

Tengku Hakimi hanya tersenyum tanpa menjawab pertanyaan Tengku Hafizi tu.

" Jemput duduk, tuanku," ucap Aina, perlahan.

Tengku Hakimi mengambil tempat di hadapan Aina. Manakala, Tengku Hafizi duduk di sebelah Tengku Hakimi berhadapan dengan Iskandar.

" How are you, Aina?" soal Tengku Hafizi.

Aina menganggukkan kepalanya. " Fine. Thanks for asking," ucap Aina.

Tengku Hafizi hanya tersenyum.

" Maaf, lewat. Kami berdua daripada airport. Baru je sampai daripada UK," ucap Tengku Hakimi.

Aina segera menggelengkan kepalanya. " Owh. Kenapa still nak jumpa juga if tuanku baru je balik daripada UK? Tuanku mesti penat," ucap Aina.

Tengku Hakimi tersenyum nakal. " Kami nak jumpa Aina. Dah lama tak dengar suara Aina," ucap Tengku Hakimi, mengusik Aina.

Aina membulatkan matanya sambil memberi isyarat supaya Tengku Hakimi tidak membangkitkan perkara yang dibincangkan seminggu yang lalu itu.

Tengku Hakimi ketawa apabila melihat telatah Aina yang kalut itu. Manakala, Tengku Hafizi dan Iskandar terpinga-pinga melihat Aina dengan Tengku Hakimi itu.

" Ada something ke yang kitorang tak tahu?" soal Iskandar.

" I don't know," jawab Tengku Hakimi memandang ke arah Aina tanpa memandang ke arah Iskandar yang bertanya.

" Ni yang buatkan kami nak tahu ni. Tell me kanda," soal Tengku Hafizi.

Tengku Hakimi hanya tersenyum. " Nanti kamu tahu lah, Fizi, Is. Kami amik masa sikit untuk berterus-terang," ucap Tengku Hakimi.

Aina memandang ke arah Tengku Hakimi. Dia memberi amaran supaya Tengku Hakimi tidak membocorkan tentang lamarannya.

" Let's get to work, hmm," ucap Tengku Hakimi, kembali serius.

Tengku Hafizi mengeluh. " Ala, kanda ni. Apa ni? Buat kami curious lagi," ucap Tengku Hafizi.

Tengku Hakimi memandang ke arah Tengku Hafizi. " When the time comes, I'll tell you. And not only you but also kepada ayahanda, bonda and our people," ucap Tengku Hakimi, tersenyum penuh makna.

Bahagia Untuk AwakNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ