12. Perbualan

5.8K 248 2
                                    


"Kadang-kadang perbualan ringkas boleh menggambarkan hati dan perasaan seseorang."


Aina membuka matanya perlahan-lahan. Dia memandang sekelilingnya. Dia hanya nampak warna putih dengan bau ubat yang kuat. Dia segera duduk namun terhenti. Kepalanya berpusing-pusing.

Tangan kanannya bersambung dengan IV. Dia memandang ke sekeliling wad itu. Wad itu seperti wad VVIP. Matanya jatuh pada Tengku Juliana dan Aimi yang tertidur di sofa yang disediakan di dalam wad itu.

Tiba-tiba pintu wad itu dibuka dari luar. Dia terkejut apabila Tengku Hakimi melangkah masuk ke dalam wad itu. Dia segera mencapai tudungnya yang ada di sebelahnya.

" Sorry," ucap Tengku Hakimi apabil menyedari Aina tidak memakai tudung. Dia mengalihkan pandangannya daripada Aina.

" Tuanku boleh pandang sini," ucap Aina.

Tengku Hakimi tersenyum. Dia berjalan mendekati Aina lalu duduk di kerusi yang ada di sebelah katil itu.

" Are you okay now?" soal Tengku Hakimi.

Aina hanya tersenyum. Dia menganggukkan kepalanya. " Apa yang berlaku, tuanku?" soal Aina.

" Tahu tak kamu dah buatkan kami takut tau. Bila tengok muka kamu yang pucat. Pulak tu jatuh pengsan depan kami," kata Tengku Hakimi.

Aina tersenyum lebar apabila mendengar kata-kata Tengku Hakimi itu.

" I'm sorry. Saya penat sangat kot," ucap Aina.

" Penat?" soal Tengku Hakimi.

" Dah berapa malam kamu tak tidur ni? Sebab siapkan project kami?" soal Tengku Hakimi.

Aina hanya ketawa. " Risau ye tuanku pada saya," ujar Aina.

" Mestilah. Kamu tak tahu betapa risaunya kami bila tengok kamu pengsan. Dahlah, Sara mengamuk marahkan kami sebab bebankan kamu dengan project kami," kata Tengku Hakimi.

" Sekarang ni pukul berapa ye, tuanku?" soal Aina.

" 4.30 pagi," jawab Tengku Hakimi.

Aina terkejut apabila mendengar jawapan Tengku Hakimi tu. " Pastu, kenapa tuanku ada kat sini? Dah lewat ni. Tuanku kena balik. Berehat. Esok mesti penuh jadual tuanku kan?" ucap Aina.

Tengku Hakimi tersenyum. " Risau?" soal Tengku Hakimi.

" Tuanku tu putera negara ni. Saya ni hanya rakyat biasa je. Kalau tuanku jatuh sakit, mestilah semua orang risau," jawab Aina, tenang.

" Kami akan balik bila kamu dah sedar. Nasib baiklah kamu dah sedar. Kalau tak, memang semua doktor kat hospital ni, kami pecat," ucap Tengku Hakimi.

Aina ketawa. " Tak perlulah buat macam tu sekali, Tuanku. Saya bukan siapa-siapa," ucap Aina.

Tengku Hakimi merenung tepat ke dalam mata Aina. " Sebab kamu akan menjadi permaisuri hati kami dan juga princess Impianputra," jawab Tengku Hakimi, lembut.

Aina terkedu apabila mendengar kata-kata Tengku Hakimi itu. Tambah-tambah lagi dengan suara Tengku Hakimi yang lembut itu.

" Kami nak tanya sesuatu. Kamu ada masalah ke?" soal Tengku Hakimi, tanpa berselindung.

Aina segera menggelengkan kepalanya. " Kenapa tuanku cakap macam tu?" soal Aina.

" Yelah. Doktor cakap kamu stress plus dengan tak cukup tidur. Kami rasa project yang kami suruh Aina uruskan sudah selesai. Kami tak suruh pun Aina uruskan project tu seratus peratus. Kami hanya mahukan design Aina sahaja. Pastu, yang selebihnya diuruskan oleh pihak kami," kata Tengku Hakimi.

Aina mengeluh. Dia tidak mempunyai jawapan terhadap persoalan itu.

" Aina Natasya. Please answer me. Do you have problems?" soal Tengku Hakimi, lembut.

Aina memandang Tengku Hakimi, mencari keikhlasan di mata Tengku Hakimi itu.

" We are friends, right?" soal Tengku Hakimi, perlahan.

Aina tersenyum. " Tuanku, sedangkan Jue dengan Aimi pun saya tak bagitau problem saya, apatah lagi dengan tuanku," ucap Aina.

" Tapi, kami risau. Kalau tiba-tiba perkara macam ni jadi lagi. Macam mana? Kami tak sanggup lihat wajah tak bermaya kamu tu," kata Tengku Hakimi.

" Kenapa tuanku baik sangat dengan saya?" soal Aina, sengaja tidak menjawab persoalan Tengku Hakimi itu.

Tengku Hakimi hanya tersenyum. " Sebab kamu adalah istimewa bagi kami," ucap Tengku Hakimi, lembut.

Aina mengeluh. " Perkara tu lagi ke?" soal Aina.

Tengku Hakimi menganggukkan kepalanya. " Kami takkan lepaskan kamu sekiranya alasan kamu hanyalah kita tidak sekufu," ucap Tengku Hakimi.

Aina tersenyum. " Baiklah, tuanku. Tuanku nak tahu kenapa saya menolak tuanku kan?" soal Aina.

Tengku Hakimi segera menganggukkan kepalanya.

" Bila tuanku akan ke Tanjung Batu untuk project di sana?" soal Aina.

Dahi Tengku Hakimi berkerut. Dia hairan dengan pertanyaan Aina itu.

" Kenapa?" soal Tengku Hakimi.

" Saya nak ikut. Kampung saya kat sana. Saya nak tuanku tahu serba sedikit pasal saya. Dan saya pasti selepas tuanku tahu mengenai saya, tuanku pasti akan menyesal dengan keputusan tuanku untuk memperisterikan saya," ucap Aina, perlahan.

" Kami akan ke sana dalam masa sebulan lagi. Boleh?" soal Tengku Hakimi.

Aina tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. " Tuanku cakap bila dan pukul berapa kita akan bertolak. Saya akan bersedia," ucap Aina.

Tengku Hakimi memandang Aina. " Tapi, Aina Natasya. Kami tidak pernah menyesal dengan keputusan kami untuk peristerikan kamu. Kamu ada wanita yang baik yang pernah kami kenal," ucap Tengku Hakimi.

Aina menggelengkan kepalanya. " Tuanku, tuanku jangan cakap macam tu. Ramai lagi wanita yang lebih baik daripada saya kat luar sana tu," kata Aina.

" Tapi, hati kami tetap memilih kamu untuk menjadi permaisurinya," ucap Tengku Hakimi, lembut.

Aina hanya tersenyum hambar.

" Tuanku, tuanku boleh lah balik. Dah lewat sangat ni. Saya pun nak sambung balik tidur saya," ucap Aina.

Tengku Hakimi menganggukkan kepalanya. Dia segera bangun daripada kerusi itu.

" Selamat malam and assalamualaikum, my princess," ucap Tengku Hakimi, lembut.

Aina hanya menganggukkan kepalanya. " Waalaikumussalam, Yang Mulia," jawab Aina, perlahan.

Tengku Hakimi tersenyum. Dia segera keluar daripada bilik itu.

Aina hanya memerhati sahaja kelibat Tengku Hakimi yang menghilang di sebalik pintu wad itu. Kemudian, dia menundukkan kepalanya.

" Kalaulah tuanku tahu rahsia saya, agak-agak tuanku akan terima lagi ke tak saya, hmm?" soal Aina, perlahan.

Dia mengangkat kepalanya. Dia terkedu apabila melihat Tengku Juliana sedang memandang tajam ke arahnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Author's note:

Apa rahsia Aina? Kenapa dia rahsiakan daripada rakan-rakan dia? Teruk sangat ke rahsia dia?

Leave comments and votes.

Bahagia Untuk AwakWhere stories live. Discover now