24. Kampung

5.1K 209 3
                                    


"Bila orang dah mula sayang pada kita, dia akan buat apa sahaja untuk membahagiakan kita."


Aina sedang memasak di dapur apabila kedengaran orang memberi salam. Dia berpandangan dengan ibunya yang juga ada di dapur.

" Asya tunggu kat sini. Biar mak yang bukakan pintu," ucap Mak Aini , ibu kepada Aina.

Aina segera menggelengkan kepalanya. " Tak payah lah mak. Biar Asya je bukakan pintu tu. Mungkin diorang dah balik kot dari kebun," ucap Aina, lembut.

" Kalau diorang, mesti diorang terus je masuk ke rumah tanpa tunggu kita bukakan pintu untuk diorang. Mak risau kalau-kalau orang kampung. Nanti diorang...,"

" Mak," potong Aina.

" Takpe, biar Asya je bukakan pintu. Ya, mak?" ucap Aina, lembut.

Mak Aini mengeluh. Dia menganggukkan kepalanya.

" Mak, tolong tengokkan gulai ni ya. Asya pergi ke depan kejap," ujar Aina sambil meletakkan senduk di atas pantry dapur itu.

Aina segera melangkah ke arah ruang tamu rumah itu. Dia membuka pintu rumahnya.

Dia terkedu. Mulutnya ternganga dengan kehadiran Tengku Hakimi yang sedang berdiri di hadapannya itu. Di belakangnya, kelihatan Adam dan Aizat sedang berdiri.

" What are you doing here, Tengku Hakimi?" soal Aina, agak kuat.

Tengku Hakimi tersengih. Dia mengangkat tangannya. " Assalamualaikum," ucap Tengku Hakimi.

" Apa tuanku buat kat sini? Sini kampung saya tau," kata Aina, terkejut dengan kehadiran Tengku Hakimi itu.

" Ya, kami tahu that fact. No need for you to state it again," usik Tengku Hakimi.

" Siapa tu, Asya? Ayah dengan abang-abang kamu ke?" soal Mak Aini . Dia muncul di ruang tamu rumah itu sambil menolak roda kerusi tolaknya.

Mak Aini tergamam apabila melihat putera Mahkota Impianputra berada di hadapannya.

" Apa khabar, Makcik?" soal Tengku Hakimi sambil menundukkan sedikit kepalanya.

Mak Aini kembali ke alam nyata. Dia segera menolak kerusi rodanya mendekati pintu rumahnya itu.

" Apa Asya buat tu? Ajak Tengku Mahkota masuk ke dalam. Panas ni," ucap Mak Aini .

Aina menelan air liurnya. " Kenapa pulak?" soal Aina.

" Kenapa Asya tanya macam tu? Takkan nak biarkan Tengku Mahkota duduk kat depan pintu tu je. Ajak orang yang kat belakang tu sekali," ucap Mak Aini .

Tengku Hakimi hanya tersenyum apabila mendengar soalan Aina itu.

" Boleh kami masuk, Aina or Asya?" usik Tengku Hakimi.

Aina menggigit bibirnya geram dengan tindakan Tengku Hakimi itu.

" Masuklah," ujar Aina, geram.

Tengku Hakimi tersenyum. Dia memandang ke arah Adam dan Aizat. " Kamu berdua boleh pulang ke hotel dahulu. Tinggalkan saya di sini. Saya akan hubungi kamu bila kamu boleh jemput saya," kata Tengku Hakimi.

" Tapi, tuanku,"

" No buts, Aizat. Saya akan contact kamu. Saya rasa saya tak perlukan bodyguards di kampung ini. Lagipun, tiada sesiapapun yang tahu mengenai kehadiran saya di sini. Saya selamat berada di sini. Bawa balik semua bodyguards yang ada di luar tu," ucap Tengku Hakimi.

" Tapi, tuanku. Kalau ikut protokol, kami perlu sentiasa berada di sisi tuanku sepanjang masa," ucap Adam.

Tengku Hakimi menggelengkan kepalanya. " This is what I want, Adam. Ini arahan saya. Saya datang ke sini sebagai Hakimi, not as prince. So, kamu semua boleh pulang dahulu," arah Tengku Hakimi, agak tegas.

Bahagia Untuk AwakWhere stories live. Discover now