35. Niat

4.9K 208 1
                                    


"Pernikahan yang mendapat restu daripada ibu bapa akan bertahan sehingga ke anak cucu." 


" Betul ke apa yang kami dengar daripada Akif dengan Amir tentang niat Hakimi untuk memperisterikan Aina, anak pakcik?" soal Pak Ramli setelah mereka duduk di ruang tamu rumah itu.

Tengku Hakimi, Tengku Hafizi, Tengku Juliana dan Aimi berpandangan.

Tengku Hakimi segera menganggukkan kepalanya. " Betul pakcik. Kami ikhlas untuk memperisterikan Aina, menjadikan hubungan antara kami halal," kata Tengku Hakimi, lembut.

Pak Ramli dan Mak Aini berpandangan. Masing-masing tidak percaya dengan kata-kata Tengku Hakimi itu.

" Esok, ayahanda dan bonda kami akan datang ke mari, untuk bincangkan perkara ni dengan lebih lanjut, makcik, pakcik," kata Tengku Hakimi.

" Hakimi tahu pasal apa yang berlaku dalam keluarga kami? Pasal asal usul Aina?" soal Mak Aini , perlahan.

Tengku Hakimi tersenyum. " Kami tahu, makcik, pakcik. Akif dan Amir dah ceritakan segala-galanya. Mereka kawan kami sewaktu di UK dahulu. Mereka yang ceritakan segala-galanya pada kami."

Mak Aini dan Pak Pak Ramli memandang ke arah kembar mereka itu. Akif dan Amir hanya tersengih.

" Betul kata Kimi tu, mak, ayah. Kami dah kenal dengan Kimi ni dah hampir 10 tahun dah. Sejak kami berdua di UK lagi," kata Amir.

" Habis tu, kenapa ari tu Hakimi datang, korang buat- buat tak kenal?" soal Mak Aini.

Amir dan Akif tersengih.

" Mak jangan tanya pasal benda tu pada abang Amir dengan abang Akif tu. Buat sakit hati je. Diorang tu banyak sangat berahsia dengan kita semua," sampuk Aina apabila Amir dan Akif hanya tersengih, tidak menjawab pertanyaan ibunya itu.

Mak Aini mengeluh. Dia memandang ke arah Akif dan Amir. "Kenapa tak bagitau pada mak dengan ayah pasal benda ni?" soal Mak Aini .

" Kami just tak mahu ayah dengan mak risau. Yelah, kitorang kan berkawan dengan Tengku Mahkota. Banyak risikonya," ucap Akif, lembut.

" Asya ni pun satu. Kenapa tak bagitau pasal hubungan Asya dengan Hakimi, Juliana, Hafizi dan Aimi pada kitorang?" soal Mak Aini , memandang ke arah Aina.

Aina hanya tersengih.

" Dah lah tu, Aini. Tak payah tanya kat budak-budak ni. diorang kan dah besar. Sekarang ni, fikirkan tentang esok. Pasal Raja dan Permaisuri yang mahu mencemar duli berangkat ke rumah kita ni. apa yang patut kita buat?" pintas Pak Ramli apabila Mak Aini mahu menyambung kata-katanya itu.

Mak Aini menepuk dahinya. " A'ah. Ye tak ya juga. Apa yang patut kita lakukan, abang?" soal Mak Aini , agak kalut apabila mengingatkan kata-kata Tengku Hakimi tentang kedatangan ayahanda dan bondanya ke kampungnya pada keesokkan harinya.

Tengku Hakimi, Tengku Hafizi, Tengku Juliana, dan Aimi hanya tersenyum.

" Pakcik dengan makcik tak perlu buat apa-apa. Ayahanda dan bonda tidak kisahkan semua adat istiadat itu semua. Kedatangan ayahanda dan bonda tidak diketahui oleh ramai orang. Hanya beberapa orang penting sahaja yang mengetahui kedatangan mereka ke mari.

Tentang adat meminang tu, makcik dengan pakcik tak perlu sediakan apa-apa pun hantaran. Pihak kami telah sediakannya. Esok, hanya sekadar formal sahaja. Tentang Aina menjadi tunang kepada kanda Kimi," kata Tengku Juliana apabila melihata Mak Aini yang kalut itu.

" Owh, pastu kita nak kena panggil tuk penghulu la kalau macam tu," ucap Ramli.

" Kenapa pula?" soal Amir.

Bahagia Untuk Awakحيث تعيش القصص. اكتشف الآن