Special Chapter

7.6K 243 18
                                    

Tengku Hakimi pandang ke tangga yang menghubungkan tingkat atas villa sementara mereka di Malaysia itu.

"Sayang, dah siap ke?" tanya Tengku Hakimi yang sabar menunggu isterinya bersiap.

Anak-anak mereka, Aqil dan Aqila sedang bermain-main di ruang tamu itu. Apabila mendengar panggilan papa mereka terhadap mama mereka, mereka terus mendekati Tengku Hakimi.

"Papa, where are we going?" soal Aqil, fasih berbahasa Inggeris.

Tengku Hakimi tersenyum. Dia segera membetulkan bow tie yang dipakai oleh puteranya itu. Kemudian, dia membetulkan kedudukan gaun kembang yang dipakai oleh puterinya pula. Aqil segak berpakaian tuxedo berwarna hitam senada dengan Tengku Hakimi. Manakala, Aqila cantik berpakaian gaun kembang berwarna merah jambu.

"What do you think, hmm, my beloved children?" soal Tengku Hakimi sambil tersenyum nakal.

Aqil memuncungkan mulutnya tanda merajuk dengan Tengku Hakimi.

Tengku Hakimi ketawa sambil menarik mulut muncung Aqil.

"Apa muncung-muncung ni, Aqil? Dah tak handsome putera papa ni," usik Tengku Hakimi.

"Biarkan Aqil tu, papa. Dia kan suka merajuk," kata Aqila sambil menjuling matanya, menyampah dengan perangai abang kembarnya itu.

Sekali lagi Tengku Hakimi ketawa mendengar kata-kata puterinya.

"Aqila, you are too much," kata Aqil.

Aqila hanya mengangkat bahunya.

"Okay, okay. Kids, jangan gaduh please. Nanti kalau mama dengar dia mesti marah," kata Tengku Hakimi, menenangkan kedua-dua anak kembarnya itu yang berusia 6 tahun itu.

"So, papa. Boleh kami tahu kita hendak ke mana?" soal Aqila.

Aqil mencebik. "Kata kat orang, tapi, diri sendiri pun nak tahu juga," petah Aqil berkata-kata.

Aqila ingin membantah namun tidak jadi apabila melihat renungan papa mereka itu.

"My dear Aqil and Aqila. You are both my prince and princess. And also both of you are Prince and Princess of Impianputra. Kamu berdua harus behave sentiasa. Jangan selalu bergaduh macam ni. Tak elok sekiranya rakyat kita lihat," nasihat Tengku Hakimi, tegas.

Aqil dan Aqila segera menundukkan kepala mereka. "We're sorry, ayahanda," ucap Aqil dan Aqila serentak.

Apabila Tengku Hakimi memberi nasihat yang tegas dan membangkitkan identiti mereka, panggilan Aqil dan Aqila kepada Tengku Hakimi akan berubah. Tengku Hakimi dan Aina sengaja tidak membiarkan putera dan puteri mereka berbahasa formal apabila mereka berada di rumah.

Bagi Tengku Hakimi, panggilan ayahanda dan bonda terlalu formal dan menjarakkan hubungannya dengan anak-anak mereka. Oleh sebab itu, Aqil dan Aqila diajar memanggil mama dan papa kepada Aina dan Tengku Hakimi apabila berada di rumah atau dalam kalangan orang-orang yang rapat.

Sekiranya di khalayak ramai, Aqil dan Aqila secara automatik menukar panggilan mereka. Putera dan Puteri kecil Impianputra itu amat bijak. Mereka tahu etika ketika berada di khalayak ramai.

Tengku Hakimi senyum. "Faham kan apa yang papa cakapkan ni?" soal Tengku Hakimi.

Aqil dan Aqilah mengangguk.

"Kita nak pergi ke rumah uncle Syahran. Mereka ada buat kenduri sempena uncle Syahran balik ke Malaysia," beritahu Tengku Hakimi.

Mata Aqil dan Aqila bersinar-sinar. Uncle Syahran merupakan antara uncle yang paling mereka sukai selain Uncle Adam. Bagi mereka, kedua-dua uncle itu terlalu baik.

Bahagia Untuk Awakحيث تعيش القصص. اكتشف الآن