11. Sakit pt2

6.6K 267 13
                                    


"Semua penyakit ada ubatnya. Usaha, doa dan tawakkal kepada Allah yang Maha Penyembuh."


" Kau okay ke tak ni?" soal Tengku Juliana apabila melihat wajah pucat Aina itu.

Aimi memegang dahi Aina. " Kau demam ni, Aina. Jom kita ke klinik," ajak Aimi.

Tengku Juliana turut memegang dahi Aina. " A'ah lah. Kau demam ni. Jom pergi klinik," ucap Tengku Juliana.

Aina segera menolak tangan Tengku Juliana dan Aimi. " Aku tak apa-apa lah. Demam sikit je ni. Nanti makan panadol, kebahlah demam ni," ujar Aina.

" Tapi, badan kau ni panas sangat ni," kata Tengku Juliana.

Aina tersenyum paksa. " Aku ok. Aku tak boleh ponteng kelas petang ni. Ada benda yang aku kena discuss dengan lecturer aku," kata Aina.

Tengku Juliana mengeluh. Dia memandang ke arah Aimi. Aimi hanya menjungkitkan bahunya.

" Okay. Kalau kau cakap macam, takpe lah. Tapi, lepas je abis kelas kau, kau kena tunggu kitorang. Kitorang antar kau pergi klinik," ucap Tengku Juliana.

Aina menganggukkan kepalanya. " Baik, Yang Mulia," ucap Aina, sambil tersenyum hambar.

Dia mula berjalan memasuki fakulti architecture itu. Tengku Julianda dan dan Aimi hanya memerhati sahaja perlakuan Aina itu. Masing-masing risau dengan keadaan Aina itu.

" Faizal," panggil Tengku Juliana. Seorang lelaki datang mendekati Tengku Juliana.

" Tolong tengokkan kawan saya tu. Dia tak sihat tu," arah Tengku Juliana kepada bodyguardnya itu.

" Baik, tuanku," ucap Faizal. Dia menundukkan badannya lalu mula mengekori Aina ke dalam fakulti architecture itu.

" Aku risau lah bila tengok Aina macam tu. Stress lah tu sampai boleh sakit-sakit macam tu," ujar Aimi.

" Betullah tu. Maybe dia stress sebab project kanda kot. Kan dah sebulan dia uruskan project tu? Nasib baik dia tak payah turun site," ucap Tengku Juliana.

Aimi menganggukkan kepalanya. " Doa jelah yang dia dapat bertahan untuk hari ni," ujar Aimi.

Tengku Juliana memandang ke arah pintu masuk fakulti architecture tu untuk kali terakhir sebelum dia melangkah ke arah fakulti business and adminstration di sebelah fakulti architecture tu.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aina keluar daripada dewan kuliah itu setelah berbincang dengan lecturernya mengenai assignmentnya. Dia memicit-micit kepalanya perlahan. Dia berjalan sambil memegang dinding bangunan itu.

Aina berasa sangat letih. Seseorang memanggil namanya. Dia memusingkan kepalanya ke arah suara yang memanggilnya. Dia mengecilkan matanya ingin melihat lebih jelas wajah lelaki yang memanggilnya.

" Tu..tuanku," ucap Aina, lemah.

Tengku Hakimi memandang Aina. " Are you okay?" soal Tengku Hakimi.

Aina menganggukkan kepalanya, lemah. " Kenapa tuanku ada kat sini?" soal Aina. Suaranya agak serak.

Tengku Hakimi risau apabila mendengar suara Aina itu. " Serius? Kamu okay? Nak kami bawakan kamu ke klinik?" soal Tengku Hakimi.

Aina segera menggelengkan kepalanya. " Tak, tak perlu, tuanku. Saya dah janji deng...," belum sempat Aina menghabiskan kata-katanya, dia jatuh rebah ke tanah. Namun, sempat ditangkap oleh Tengku Hakimi.

Bahagia Untuk AwakWhere stories live. Discover now