41. Kenangan lalu

5.7K 213 0
                                    


Aina keluar daripada kamar peraduannya. Dia mencari-cari kelibat Tengku Hakimi. Dia tidak berjumpa dengan suaminya itu sejak tengah hari tadi, selepas dia keluar daripada pejabat Tengku Hakimi.

Dia berjalan ke arah ruang makan. Namun, hampa apabila tiada kelibat Tengku Hakimi.

"Anis, awak ada nampak Tengku Hakimi tak?" soal Aina apabila dia ternampak salah seorang pembantu Kediaman Rasmi itu.

Gadis yang dipanggil Anis itu menundukkan kepalanya sebelum menjawab pertanyaan Aina.

"Maaf, Yang Mulia. Saya tak nampak pula Tengku Hakimi," kata Anis.

"Adam dengan Aizat?" soal Aina.

"Kalau Adam, rasanya dia ada di dapur. Tengah makan. Aizat pula, maybe dia bersama-sama dengan Tengku Hakimi," kata Anis.

Aina mengangguk. "Okay. Thanks, Anis."

Aina melangkah menuju ke dapur namun sempat di tahan oleh Anis.

"Tuanku mahu mencari Adam di dapur?" soal Anis.

Aina mengangguk. "Yeah. Kenapa? Tak boleh?"

Anis menggigit bibirnya. Dia serba salah apabila Puteri Mahkota itu ingin ke dapur. Selama ini, Tengku Hakimi, Tengku Hafizi, Tengku Juliana dan Aimi tidak pernah menjenguk ke dapur Kediaman itu.

"It's okay, Anis. Saya tahu saya tak patut ke dapur namun perkara ni penting. Saya perlu berjumpa dengan Adam," kata Aina, agak tegas.

Anis mengangguk. "Kalau macam tu, mari saya tunjukkan, tuanku," kata Anis.

Aina segera mengikut langkah Anis menuju ke dapur. Anis berhenti di satu pintu sambil menekan kata laluan pada skrin alat keselamatan yang ada di tepi pintu itu.

"Dapur ni perlu sentiasa dikawal supaya tiada orang luar dapat masuk ke dalam ruangan ni. Ruangan ni tempat penyediaan makanan untuk keluarga diraja. Takut-takut ada orang luar mahu meracuni makanan yang telah disediakan oleh cef diraja," terang Anis apabila melihat Aina yang terpinga-pinga melihat teknologi yang berada di hadapan pintu ruangan dapur itu.

Kepala Aina terangguk-angguk, tanda memahami kata-kata Anis itu.

"Nanti, boleh saya minta kata laluan untuk ke dapur ni? Senang la kalau-kalau tiba-tiba saya nak masak," kata Aina.

Anis terus memandang Aina. Dia pelik dengan Aina yang mahu memasak.

Aina ketawa apabila melihat wajah Anis itu.

"Kenapa? Pelik ke kalau saya nak masak? Saya nak juga masakkan untuk suami saya, Anis. Lagipun, tak salah sekali sekala saya memasak kan?" soal Aina.

Anis mengeluh. "Kalau tuanku mahu ke dapur, beritahu saya. Saya akan tolong tuanku," kata Anis.

Aina mengangguk. Dia gembira apabila mendapat kebenaran untuk menggunakan dapur itu.

Aina dan Anis melangkah masuk ke ruangan dapur itu. Semua orang kelihatan sedang sibuk menyediakan hidangan lewat malam untuk penghuni kediaman itu.

Anis membawa Aina ke ruangan makan untuk para pekerja kediaman itu. Kelihatan beberapa lelaki yang Aina dapat kenalpasti merupakan pegawai keselamatan kediaman itu sedang menikmati makan malam mereka sambil berbual-bual.

Manakala, di satu sudut kanan ruangan itu, ada beberapa orang gadis turut menikmati makan malam mereka. Cara pemakaian mereka menandakan mereka merupakan pembantu kediaman itu sama seperti Anis.

"Adam ada di situ, tuanku, bersama-sama dengan PA Tengku Hakimi, Karl," tunjuk Anis.

Kata-kata Anis menarik perhatian semua orang yang ada di situ. Masing-masing segera berdiri. Mereka menundukkan kepala mereka tanda menghormati Aina sebagai Puteri Mahkota mereka.

Bahagia Untuk AwakWhere stories live. Discover now