39. Kahwin

7.1K 240 3
                                    

"Kebahagiaan seseorang terletak kepada dirinya sendiri, bukan orang lain."

Majlis yang dirancang berjalan dengan lancar. Aina Natasya akhirnya telah menjadi halal untuk Tengku Hakimi.

Suasana majlis itu begitu meriah. Pihak istana telah mengadakan majlis keraian untuk rakyat jelata. Hampir kesemua rakyat jelata turun ke Amanjaya bagi melihat kemeriahan majlis itu.

Aina memandang ke arah Tengku Hakimi yang sedang bersalaman dengan beberapa orang kenamaan negara itu. Mereka sekarang ini sedang menerima kunjungan hormat daripada semua pemimpin negara itu bagi memperkenalkan Aina kepada orang penting negara itu.

Tengku Hakimi mengerling ke arah Aina yang cantik berbaju tradisional Impianputra itu.

" Bosan?" soal Tengku Hakimi, perlahan.

Aina menganggukkan kepalanya sambil memuncungkan bibirnya.

Tengku Hakimi ketawa apabila melihat telatah isterinya itu. Dia memegang tangan Aina lalu mengucupnya.

" Sekejap lagi majlis ni akan selesai. Sya boleh tunggu kan?" soal Tengku Hakimi.

Aina menganggukkan kepalanya.

" Sya boleh tunggu. Tapi, bosanlah tengok menteri-menteri yang suka mengampu tu. Abang tak boleh buat apa-apa ke?" soal Aina.

Sekali lagi ketawa Tengku Hakimi meletus. Semua kepala berpaling memandang ke arah Tengku Hakimi dan Aina itu. Masing-masing tersenyum apabila melihat senyuman di wajah pasangan pengantin baru itu.

Aina memukul lembut bahu Tengku Hakimi. " Apa lah abang ni? Sya cakap betul ni. Boleh pula dia bantai gelak kat kita," rungut Aina.

Tengku Hakimi tersenyum. Nampaknya Aina sudah merajuk. Dia perlu segera memujuk hati permaisurinya itu.

" Sorry okay. I'm just did not expect that you would said like that. Sekejap ya, sayang. Lepas selesai majlis ni, kita berehat sekejap," pujuk Tengku Hakimi, lembut.

Aina memeluk tubuhnya. Tengku Hakimi tersenyum apabila melihat telatah isterinya itu.

" Untuk isteri abang, abang sanggup buat apa sahaja. Jadi, janganlah merajuk, sayang," kata Tengku Hakimi lantas dia memegang tangan Aina lalu dia mencium tangan isterinya itu.

Tersipu-sipu malu Aina apabila diperlakukan sebegitu oleh Tengku Hakimi di hadapan semua orang itu.

Aina memukul lembut bahu Tengku Hakimi.

Tengku Hakimi ketawa bahagia.

Tiba-tiba ada satu suara menegur mereka berdua.

"Tahniah, Yang Mulia," ucap YM Hamdan sambil mendekati mereka berdua. Isterinya, Tengku Hasanah dan puterinya turut berada di sampingnya.

Tengku Hakimi menggenggam erat tangan Aina. Dia tersenyum.

"Terima kasih, Ayah Engku," ucap Tengku Hakimi.

"So, apa plan korang lepas ni?" soal Tengku Hasanah.

"Maksud Mak Engku?"

"Well, honeymoon ke? Tinggal kat mana lepas ni?" soal Tengku Hasanah.

Tengku Hakimi hanya senyum. "Kimi dan Aina akan honeymoon after Aina habis study dia hujung bulan depan. Setakat ni, kami berdua decided to live in Kediaman Rasmi di Amanputra dulu," jawab Tengku Hakimi.

YM Hamdan tersenyum sinis. "Ayah Engku dengar kamu tidak berapa sihat? Betul ke?"

Riak wajah Tengku Hakimi berubah sekejap. Kemudian, dia kembali menayangkan wajah selambanya. Aina memandang wajah suaminya itu. Dia memeluk lengan Tengku Hakimi.

Bahagia Untuk Awakحيث تعيش القصص. اكتشف الآن