48. Permintaan Sultan Ismail

6.3K 216 1
                                    


"Kenapa ayahanda panggil kita semua ke sini?" soal Tengku Juliana pada bondanya, Permaisuri Hafizah.

Permaisuri Hafizah hanya senyum.

Sultan Ismail telah memanggil Tengku Juliana dan Tengku Hafizi untuk membincangkan sesuatu pada awal pagi itu. Aina dan keluarganya turut dipanggil oleh Sultan Ismail.

"Kenapa kami turut berada di sini, tuanku?" soal Pak Hamid kepada Permaisuri Hafizah.

"Baginda Sultan ada perkara penting yang perlu dimaklumkan kepada kamu semua," kata Permaisuri Hafizah.

Aina memandang ibu mentuanya. "Adakah ini tentang identiti anakanda?" soal Aina.

Permaisuri Hafizah mencapai tangan Aina lalu mengusap lembut.

"Sudah tiba masanya semua orang tahu tentang identiti anakanda," kata Permaisuri Hafizah.

Mak Aini memandang Permaisuri Hafizah dan Aina silih berganti. Mesti ada sesuatu yang disorokkan oleh mereka, fikir Mak Aini.

Mak Aini ingin bertanya dengan lebih lanjut namun tidak sempat apabila tiba-tiba Sultan Ismail melangkah masuk ke dalam bilik yang disediakan oleh pihak hospital itu.

Mereka ingin bangun namun sempat ditahan oleh Sultan Ismail.

"We are family. Tak perlu terlalu formal," kata Sultan Ismail sambil tersenyum.

Dia mengambil tempat di sebelah isteri kesayangannya. Kemudian, dia memandang wajah-wajah yang ada di hadapannya itu.

"Kenapa ayahanda panggil kami ke sini?" soal Tengku Juliana tanpa berselindung.

"Sarah," tegur Permaisuri Hafizah.

Sultan Ismail senyum tawar.

"Perkara yang akan beta akan sampaikan kepada semua yang ada di sini mungkin akan mengejutkan banyak pihak. Namun, ketahuilah, semua yang berlaku ini ada sebabnya," ucap Sultan Ismail.

Semua orang terdiam. Mereka menunggu kata-kata daripada Sultan Ismail.

Sultan Ismail menarik nafas panjang sebelum melepaskannya. Dia memandang Tengku Hafizi.

"Fizi akan gantikan Kimi as Putera Mahkota. Ayahanda akan umumkan perkara ini pada sidang media petang nanti," titah Sultan Ismail, tegas.

Tengku Hafizi ingin membantah namun Sultan Ismail mengangkat tangannya.

"Ini permintaan Hakimi sendiri. Sebelum dia tak sedarkan diri, Kimi ada hubungi ayahanda. Dia minta supaya jawatannya sebagai Putera Mahkota dilucutkan dan diberikan kepada Fizi," kata Sultan Ismail.

Tengku Hafizi menggeleng. "But, ayahanda, kanda Kimi macam mana?"

Sultan Ismail senyum hambar. "Kita akan selesaikan perkara ni selepas Kimi sedar, Fizi," kata Sultan Ismail sambil memandang Tengku Hafizi, memintanya untuk menerima keputusannya.

Tengku Hafizi mengeluh. Dia mengangguk lemah. Dia sememangnya tidak dapat mengelak perkara ini. Sudah lama kandanya meminta supaya dia menggantikannya sebagai Putera Mahkota, namun dia tidak pernah menerimanya. Mungkin kerana dia tidak menerimanya, keadaan Tengku Hakimi bertambah teruk. Dia mengeluh sekali lagi.

"Bonda yakin anakanda akan jalankan tanggungjawab anakanda dengan baik, Fizi," pujuk Permaisuri Hafizah lembut.

Tengku Hafizi senyum sambil mengangguk.

Kemudian, Sultan Ismail memandang Aina dan keluarganya.

"Aina, adakah anakanda mahukan ayahanda terangkan segala-galanya pada ibu dan ayah anakanda?" soal Sultan Ismail.

Bahagia Untuk AwakWhere stories live. Discover now