34. Pak Hamid

4.9K 218 3
                                    


"Ignore everything that people said about you. They don't know all about you."


" Awak, nanti singgah sekejap kat warung depan itu. Saya nak belikan sesuatu untuk family saya lah," ucap Aina sambil menunjukkan ke arah warung yang ada di tepi jalan itu.

" Ok," jawab Tengku Hakimi sambil membelokkan keretanya ke arah warung di hadapan jalan kampung itu. Kereta Tengku Hafizi dan van hitam yang mengikut kereta Tengku Hakimi turut berhenti di bahu jalan itu.

" Awak tunggu je dalam kereta ni. Nanti diorang nampak awak, apa kata diorang?" usul Aina.

Tengku Hakimi segera menggelengkan kepalanya. " No, I'll follow you," ucap Tengku Hakimi.

Aina mengeluh. Dia mencapai topi dan cermin mata hitam Tengku Hakimi yang ada di atas dashboard kereta itu.

" Boleh awak pakai ni? Tolong jangan dedahkan identiti awak kat orang kampung saya," pinta Aina.

Tengku Hakimi tersenyum Dia mengambil topi dan cermin mata hitam itu. " Baik, my princess," ucap Tengku Hakimi sambil memakai topi dan cermin mata hitam itu.

" So, shall we go, my princess?" ucap Tengku Hakimi dengan nada bergurau.

Aina hanya tersenyum. " Awak dah janji dengan saya kan yang awak takkan buat apa-apa kalau something happen at my kampung, right?" soal Aina.

Tengku Hakimi menganggukkan kepalanya. " Relax, Aina. Lagipun, saya kan dah pernah datang sini. Waktu saya datang hari tu, takde apa-apa pun yang berlaku," ucap Tengku Hakimi.

" Tu sebab orang kampung tak tahu saya balik," ucap Aina perlahan. Namun, tidak didengari oleh Tengku Hakimi yang sudah melangkah keluar daripada kereta mewahnya itu.

Tengku Hakimi memberi isyarat kepada Tengku Hafizi dan juga ke arah van hitam yang ada di belakang kereta Tengku Hafizi supaya tinggal di dalam kereta. Tengku Hakimi mengisyaratkan supaya mereka tidak keluar daripada kereta itu. Hanya Adam dan Aizat sahaja yang keluar daripada van tersebut.

Aina turut melangkah keluar daripada kereta itu.

" Awak, jom," ajak Aina.

Tengku Hakimi menganggukkan kepalanya. " Jom," kata Tengku Hakimi sambil berjalan beriringan dengan Aina ke arah warung itu.

Semua mata yang ada dalam warung itu hanya memandang sahaja Aina dan Tengku Hakimi. Mereka berbisik sesama mereka. Tengku Hakimi perasan bahawa Aina tidak menyenangi mata-mata yang sedang memandang mereka berdua. Malah, telinga Tengku Hakimi dapat menangkap kata-kata yang tidak menyenangkan keluar daripada mulut orang-orang yang ada di situ.

" Makcik Ani, bagi pisang goreng ni $5, keropok lekor tu $5. Pastu, boleh tak bungkuskan laksa tu 5 bungkus?" pinta Aina, lembut.

" Awak nak apa-apa ke lagi? Tambahan untuk orang-orang awak tu? Saya hanya beli untuk orang kat rumah saya je. Dan saya tahu yang Jue dengan Aimi tak suka laksa," soal Aina.

Tengku Hakimi segera menggelengkan kepalanya. " Tak perlulah. Kalau diorang nak, diorang boleh pergi cari sendiri makanan diorang," kata Tengku Hakimi, lembut.

Tengku Hakimi dan Aina mengambil tempat di meja sementara menunggu pesanan mereka siap.

" Awak tahu tak, mak memang suka makan laksa warung ni. Sebab tu saya suruh awak singgah kat sini sekejap," kata Aina.

" Owh, ye ke? Pastu, kenapa beli sikit sangat laksa tu? Belilah lebih," kata Tengku Hakimi.

Aina segera menggelengkan kepalanya. " Tak payahlah. Mak saya hanya boleh makan sikit je laksa. Dia tak boleh..,"

Bahagia Untuk AwakHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin