Prologue

1.6K 132 23
                                    


"Tuan!!"

Lelaki tua berkacamata tebal itu segera menoleh. Tangannya kini basah dengan peluh yang melekit.

"Macam mana.?"

Lelaki yang baru masuk itu memandangnya dengan cemas. "Kita kena bawa 'benda' tu keluar dari sini. Mereka dalam perjalanan."

Lelaki tua itu menyeringai sambil menggelengkan kepalanya tidak percaya. "Saya tak boleh biarkan 'ia' jatuh ke tangan mereka."

"Sebab itu kita perlu bawa 'mereka' pergi." Ujar lelaki berbaju selekeh itu. Dia kelihatan sudah tidak sabar lagi.

"Bawa van keluar!" arah lelaki tua itu. "Panggil Shanty! Kita perlu pergi. Jumpa kami di belakang!"

"Baik." Lelaki itu tidak membantah dan terus sahaja berlalu pergi dari situ untuk melakukan apa yang diarahkan.

"Ayah!!"

Lelaki tua itu menoleh. Memandang anak gadisnya yang kini sudah cemas sama sepertinya. "Shanty... Kita kena pergi."

"Ayah nak saya bawa 'benda' tu keluar ke.??" Tanya gadis bernama Shanty itu. Rambut ikalnya kelihatan bersinar.

"Ya." Lelaki tua itu mengangguk.

"Tapi...."

"Kita tak ada jalan lain, Shanty." Lelaki tua itu segera memintas. "Mereka benar-benar nak kan 'benda' tu."

"Jadi..." Shanty memandang wajah ayahnya. "Apa yang kita perlu buat sekarang ni.??"

"Keluarkan mereka."

Shanty tidak membantah. Serentak mereka berlari menuju ke sebuah bilik yang lengkap dengan alat-alat canggih yang tidak semua orang tahu apa fungsinya. Lebih sepuluh komputer terpasang menunjukkan sistem aneh yang berada di dalamnya. Semuanya masih tersedia dan sedang memproses sesuatu.

"Process complete!!"

Suara perempuan dengan nada komputer kedengaran menyebabkan lelaki tua itu menoleh. Dia segera memandang Shanty.

"Ambil mereka dari dalam bilik besi tu."

Shanti tidak membantah. Dia segera berlari menuju ke arah pintu besi di sudut paling hujung bilik itu. Terdapat dua peti panjang yang dibaringkan seperti sebuah keranda di tengah-tengahnya. Ia sudah siap terletak di atas troli dan sangat mudah untuk diheret ataupun disorong.

Gadis itu tidak membuang masa. Dia segera menarik hujung troli itu untuk di bawa keluar. Dia tersentak seketika apabila melihat ayahnya sedang merosakkan semua sistem yang ada di tempat itu seperti orang gila. Tempat itu sudah berselerak. Wayar semua putus terbakar. Komputer semua sudah pecah.

"Ayah..."

"Kita kena hapuskan sistem ni." Lelaki tua itu kelihatan tercungap-cungap. "Saya tak nak mereka salah gunakan lagi."

"Kita kena pergi."

Lelaki tua itu segera mengangguk setelah berpuas hati dengan apa yang dia lakukan. Mereka terus sahaja pergi ke bahagian belakang tempat tu di mana lelaki selekeh tadi sudah sedia dengan van. Kedua-dua peti itu di masukkan dan Shanty segera naik ke van bersama ayahnya.

Lelaki selekeh itu mula memandu dalam keadaan hujan lebat lewat tengah malam itu. Mereka hanya mampu berserah dengan apa sahaja yang berlaku. Berharap semuanya belum terlambat.

"Ayah!!" Shanty memekik. "Mereka ada di belakang kita!!"

Lelaki tua itu segera menoleh. Kelihatan dua buah kereta besar berwarna hitam memandu laju mengejar mereka.

"Habis lah!" pekik lelaki tua itu. "Zaki!! Pandu laju lagi!!"

Lelaki selekeh yang sedang memandu itu tidak membantah. Dia hanya meneruskan pemanduannya yang semakin laju. Shanty hampir mengeluarkan air matanya. Tidak tahu apa yang bakal terjadi. Ini adalah perkara yang paling ditakutinya. Setelah berbincang lama dengan ayahnya sebelum ini. Sebelum berpaling dari landasan yang mereka ikuti sebelum ini. Ini yang mereka risaukan.

BANG!!"

Kedengaran bunyi tembakan dilepaskan menyebabkan van itu hampir hilang kawalan. Lelaki tua itu semakin risau. Memandang dua peti yang kini berada di hadapannya. Hasil kerjanya selama ini. Hasil kerjanya selama bertahun-tahun. Hasil kerja yang dia sendiri belum pasti sama ada berjaya atau tidak.

BANG!!!

Sekali lagi tembakan dilepaskan dan kena tepat pada tayar belakang van itu menyebabkan ianya benar-benar hilang kawalan. Pemandu tidak dapat berbuat apa-apa. Semuanya berlaku terlalu pantas menyebabkan ia terlanggar pada tiang jambatan. Segala apa yang ada di dalamnya terhumban keluar jatuh ke dalam gaung yang mempunyai air yang amat deras.


A/n: So, ini hanya prolog sahaja. Saya harap kamu dapat gambaran awal sikit-sikit tentang macam mana perjalanan watak utama nanti. Jangan risau. Saya akan buka setiap misteri dan rahsia perlahan-lahan. Cerita Huruf II dah nak habis. Saya nak fokus pada cerita ni nanti. Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Humanoids ✔Where stories live. Discover now