About The Game

501 56 20
                                    

Bab 13


Shahran duduk tenang di dalam sebuah restoran yang benar-benar lengang. Hadha pula duduk tidak sabar di hadapannya. Mereka sengaja memilih restoran itu kerana tahu akan membincangkan hal yang mustahak. Setiap kali mereka bersama atau bertembung, tiada benda lain yang akan dibincang melainkan situasi mereka sendiri.

Shahran memandang jam di tangannya. "Mana pula Asyraf ni."

Hadha hanya mampu menarik nafas panjang dengan wajah yang bosan. "Entah. Dah hampir setengah jam lambat."

"Janji melayu betul." Shahran menderam.

"Oh, ya..."

Shahran segera memandang gadis itu kerana tahu ada sesuatu yang hendak dia cakapkan.

"Saya dengar orang dah mula bercakap." Hadha mengangkat sedikit keningnya.

"Bercakap.??" Shahran mengerutkan dahinya seketika bagaimanapun dapat menangkap apa yang gadis itu maksudkan serta-merta. "Ah... Pasal tu."

"Maaf lah kalau saya jadi masalah pada awak pula." Hadha tunduk penuh rasa bersalah.

"Tak ada lah." Shahran mendengus perlahan. "Bukannya salah awak. Lagipun Mikha faham."

"Bagus lah." Hadha mengukir senyuman manis. "Nanti tak pasal-pasal saya rasa bersalah seumur hidup."

Shahran segera tergelak. "Tak ada lah."

"Siapa tahu." Hadha mengangkat bahunya dengan wajah yang suci.

"Oh..." Shahran baru teringat akan sesuatu kemudian membetulkan kedudukannya. "Saya nampak doktor baru tu bercakap dengan awak hari tu."

Mendengar perkara itu membuatkan Hadha mendengus kuat kemudian bersandar di kerusinya.

"Apa yang dia nak.??" Shahran mengangkat keningnya.

"Macam biasa lah..." Hadha bersuara malas. "Ada je yang dia nak tahu. Naik meluat juga saya mendengar sampai saya nak je tanya semua soalan kat dia."

"Apa yang dia nak sebenarnya.?" Shahran menggumam soalan itu lebih kepada dirinya sendiri.

"Saya pun tak tahu." Hadha mendengus kuat. "Dia nampak normal bila bercakap dengan saya."

Shahran mengangkat keningnya.

"Tak mencurigakan." Hadha mengangkat bahunya. "Nampak macam seseorang yang cuba nak berkawan."

"Itu yang menakutkan sebenarnya." Ujar Shahran.

"Hai, guys!"

Serentak kedua-dua mereka menoleh apabila mendengar sapaan itu. Asyraf terus sahaja menyertai mereka di meja makan itu dan terus memesan minuman tanpa dipelawa berbuat demikian.

"Kami ingatkan penerbangan awak delayed tadi." Shahran menyindir.

Asyraf hanya menggolekkan bebola matanya sambil cuba mengambil sesuatu dari dalam beg sandangnya. "Maaf lah. Saya terleka tadi."

"Terleka.??" Hadha mengangkat sebelah keningnya.

"Main permainan video tu."

"Permainan video.??" Serentak Shahran dan Hadha mengulang.

"Kan kita dah rancang nak siasat kalau ada apa-apa yang pelik pada permainan tu." Asyraf menderam.

Humanoids ✔Where stories live. Discover now