Warning

485 53 10
                                    

Bab 19


Memandu di jalan yang sunyi pada malam hari itu agak menyenangkan. Jam sudah menunjukkan pukul 12.24 a.m. Tidak begitu banyak kereta dan jalan raya agak lengang. Dia langsung tidak dapat melelapkan mata atas sebab yang dia sendiri tidak tahu. Oleh sebab itu, dia mengambil keputusan untuk keluar memandu sebentar.

Kereta miliknya membelok ke kiri apabila melihat sebuah kafe kecil berdekatan masih lagi buka. Dia sempat lagi membaca papan tanda yang menunjukkan '24 jam' berlampu warna merah jambu menandakan ia sememangnya buka. Dia memutuskan untuk menghabiskan masa di situ buat saat ini.

Shahran segera mencapai jaketnya yang diletakkan di kerusi penumpang sebelum keluar dari kereta selepas mematikan enjin. Dia mengunci kereta itu kemudian berjalan masuk ke kafe kecil yang sebenarnya buat pertama kali dikunjungi. Dia memandang sekeliling. Reka bentuk kafe itu sangat unik. Walaupun kecil, tetapi ia menenangkan.

Shahran segera berjalan menuju ke kaunter. Pekerjanya hanya ada beberapa orang sahaja.

"Selamat datang. Nak pesan apa.?" Ucap gadis bertopi di kaunter itu dengan sopan penuh mesra.

"Hmmm..." Shahran berikir seketika sambil membaca menu yang ada. "Beri saya coklat panas je."

"Okay." Gadis itu mengangguk sambil menekan sesuatu pada mesin tunai sebelum pergi ke belakang untuk membuat apa yang dipesan.

Shahran menunggu dengan tenang sambil memerhati setiap sudut kafe itu. Jika ada orang melihat dan tidak masuk ke dalam, mereka pasti menyangka bahawa ini adalah salah satu kafe seperti di England atau Amerika. Tapi hakikatnya ia berada di sini. Keadaannya amat baik dan mudah.

"Coklat panas."

Shahran segera mencapai gelas minuman yang dibalut dengan tisu itu. Dia membayar dan mengambil baki sebelum berjalan mencari meja yang kosong. Dia mengambil termpat di suatu sudut paling hujung berdekatan tingkap. Melihat keadaan di luar, baru lah dia perasan hujan sudah turun.

Dia kini bersyukur kerana memesan minuman yang panas. Melihat keadaan di luar dari sudut itu agak menenangkannya. Memikirkan terlalu banyak masalah yang mula menghantui dan membuatkan dirinya tidak senang pada kebelakangan ini. Dia memerlukan saat-saat seperti ini sekali-sekala.

Akan tetapi, dia tidak pernah akan dapat berhenti memikirkan semuanya walau sesaat pun. Dia agak kagum dengan Hadha. Walaupun gadis itu kini sudah hidup sendiri, dia agak berdikari dan tahu apa yang seharusnya dilakukan. Jika dia tidak bertemu dengan gadis itu, dia tidak tahu sama ada dia boleh teruskan semuanya seperti sekarang ini atau tidak. Sama ada dia sudah mula menyiasat atau tidak.

Asyraf benar-benar tidak mengkhianati kepercayaannya. Lelaki itu benar-benar membantu mereka dalam apa jua situasi. Menyimpan rahsia mereka dengan baik dan sentiasa berhati-hati. Dia tidak menyesal memberitahu lelaki itu segala-galanya. Walaupun dia tahu Asyraf adalah normal, tapi dia tidak merasa keseorangan.

Mikha menjadi satu hal kepadanya. Gadis itu sudah mula curiga dengan setiap pergerakannya. Gadis yang menyebabkan dia kehilangan kawan baiknya. Gadis yang dicintainya selama bertahun-tahun. Dia tidak mahu kehilangan gadis itu. Akan tetapi, jika dia berterusan menyimpan rahsia, gadis itu pasti akan semakin jauh.

Anas masih lagi tidak bertegur dengannya. Akan tetapi, kebelakangan ini lelaki itu sudah tidak mengganggunya lagi. Sebelum ini pasti ada sahaja yang Anas lakukan menyakitkan hatinya. Perkara ini agak merisaukan. Bukan dia tidak senang bahawa Anas sudah tidak mengganggunya. Tetapi dia takut. Sepertinya Anas sudah benar-benar putus asa dengan persahabatan mereka. Sepertinya lelaki itu sudah membuang Shahran dan Asyraf jauh-jauh dari hidupnya.

Humanoids ✔Where stories live. Discover now