The Book

364 45 6
                                    

BAB 31


Shahran kini duduk kaku seperti mayat hidup di rumah yang kemas dan rapi itu. Dia sepertinya sudah tidak tahu hendak berbuat apa lagi. Anas hanya duduk termenung sambil berpeluk tubuh betul-betul di hadapan lelaki itu. Hadha yang matanya masih lagi berair hanya duduk risau sambil menggosok-gosok tangannya cuba menenangkan dirinya sendiri. Rizal hanya mampu memandang mereka. Doktor itu sudah tidak mampu untuk berkata apa lagi dalam keadaan seperti itu.

"Awak..." Hadha menelan air liurnya memandang Rizal. "Awak... Pasti ke itu..." gadis itu menarik nafas. "Itu... Puan Shanty?"

Rizal membalas pandangan gadis itu sambil mengangguk perlahan diiringi dengan dengusan lembut.

"Tapi..." gadis itu bersuara lagi yang mana sepertinya dia sedang bergelut dengan dirinya sendiri. "Tapi tak ada bukti kan? Maksud saya... Tak ada mayat. Atau apa-apa tanda langsung."

Rizal menarik nafas panjang. "Mereka ada di sini, Hadha. Dan Puan Shanty tak akan tinggalkan rumah dalam keadaan seperti itu."

"Ta... Tapi..." Hadha menggigit bibirnya. Berusaha sedaya-upaya untuk menenangkan diri.

"Macam mana awak boleh ada di tempat kejadian?" Anas mengecilkan matanya merenung lelaki itu.

"Puan Shanty memang ada beritahu saya..." Rizal berfikir seketika dengan wajah yang sugul. "Dia kadangkala akan mengalami masalah sukar tidur. Semalam dia ada mesej minta saya datang. Tapi..." Lelaki itu menarik nafas panjang. "Dia batalkan. Dia cakap dah lewat. Masa tu saya dalam perjalanan nak balik ke rumah dari markas. Saya call dia untuk kepastian. Tapi dia tak sambut."

"Lepas tu? Awak terus datang?" Anas mengangkat keningnya yang mana Rizal hanya membalas dengan anggukkan. "Kenapa awak hanya risau mengenai hal seperti itu? Bagi saya ia tidak mencurigakan."

Rizal mendengus perlahan. "Puan Shanty sentiasa membawa telefon bimbitnya ke mana-mana. Dengan tujuan untuk bersedia atas apa jua yang bakal berlaku. Dan dia seorang yang mudah terjaga. Kalau dia tidur sekalipun, dengan hanya getaran telefon bimbit dia boleh terjaga."

"Awak pelik kenapa dia tak sambut panggilan." Gumam Hadha cuba meneka juga sebagai kenyataan.

"Ya." Rizal mengangguk. "Saya terus patah balik ke sini untuk periksa. Dan bila saya datang..."

Lelaki itu tidak mampu meneruskan kata-katanya. Bagaimanapun mereka mampu memahaminya. Selepas kejadian itu, Rizal menghubungi mereka dan memberitahu mengenai hal itu. Mereka terpaksa membersihkan rumah itu walaupun tidak mampu mengembalikan kepada sedia kala. Mereka tidak boleh membuat laporan polis kerana tiada alasan untuk mereka memberitahu mereka tidak terlibat.

"Keadaan dah jadi semakin bahaya." Gumam Hadha lagi.

Shahran mengangguk bersetuju. "Saya benar-benar dah buntu. Mereka pasti dah tahu kita ada rancangan dengan Puan Shanty."

"Sudah pasti buruan seterusnya adalah kita." Anas melengkapkan ayat Shahran serta-merta.

Rizal hanya mampu memandang mereka. Cuba mencari idea yang lebih baik lagi untuk itu.

"Apa kita nak buat sekarang?" tanya Hadha.

Belum sempat sesiapa menjawab soalan itu, pintu depan direntap kuat membuatkan mereka semua terlompat agak terkejut. Cuba untuk bersedia untuk sebarang serangan yang bakal muncul. Akan tetapi, hanya Adrian yang sedang berdiri tercengang memandang mereka sambil mengangkat keningnya.

Humanoids ✔Where stories live. Discover now