Be careful

487 62 31
                                    

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> The picture of Harry Styles as Rizal. Salah sorang member Huruf. Huruf R. Hehehe


Bab 17


Shahran membuka matanya secara mengejut. Tiada apa yang dapat dipastikan kerana semuanya gelap. Tiada satu pun yang boleh dia lihat. Dia cuba menggerakkan badannya yang terasa sakit. Dia kini agak menggeletar.

Apabila dia cuba menggerakkan dirinya,barulah dia sedar bahawa tangan dan kakinya diikat. Dia mula membesarkan matanya walaupun keadaan masih gelap. Membuka mulutnya untuk menjerit bagaimanapun sedar bahawa ia juga ditutup menggunakan gam tap yang sangat kuat.

"Nghhhh!!!" Shahran mula menggerakkan badannya. Dia cuba menghentakkan dirinya.

Cemas mula menguasai dirinya. Dia tidak tahu apa yang sedang berlaku. Tiada apa yang dapat dipastikan. Dia tidak tahu bagaimana dirinya boleh berada dalam situasi itu. Dia langsung tidak dapat ingat akan apa-apa.

"Nghhh!!!"

Dia cuba untuk menghasilkan jeritan bagaimanapun semuanya sia-sia. Nafasnya mula tercungap-cungap. Dia sepertinya sukar untuk bernafas. Tidak tahu apa penyebabnya kerana ia sepertinya bukan hanya disebabkan mulutnya ditutup. Dia memejamkan matanya kembali. Berharap semuanya adalah mimpi ngeri semata-mata.

Segala-galanya masuk ke dalam ingatannya semula. Bagaimana dia hendak berjalan pulang ke rumah pada hari yang hujan itu. Akan tetapi, keretanya rosak secara tiba-tiba tanpa diketahui apa puncanya. Dia masih ingat lagi dengan jelas. Dirinya mula dibasahi hujan kerana ingin membetulkan kereta itu walaupun mustahil.

Dia cuba mencari telefon bimbitnya. Dan selama sehari dia berada di kolej itu, barulah dia perasan benda penting itu tidak ada padanya. Dia mula menyumpah seranah di dalam hati. Mendongak ke langit yang sudah semakin gelap. Dia masuk semua ke dalam kampus. Cuba mencari bantuan. Akan tetapi, semuanya sia-sia. Tiada satu manusia pun yang dia temui. Semua telefon awam tidak boleh digunakan.

Sekali lagi dia menyumpah seranah. Dalam keadaan itu semuanya tidak berfungsi. Pada saat itulah, dia terdengar bunyi aneh. Bunyi yang tidak dapat dipastikan. Bunyi seperti orang sedang mengerjakan kerja-kerja berat di suatu sudut bangunan itu. Rasa ingin tahu tidak dapat ditahan menyebabkan dia mengekori bunyi itu.

Dan belum sempat dia melihat apa-apa, sesuatu yang dipukul kuat di belakangnya membuatkan segala-galanya terhenti. Jantungnya seperti mengeras serta-merta sebelum dia rebah ke lantai tidak sedarkan diri.

Dan kini, dia bangun di satu tempat yang dia sendiri tidak dapat pastikan. Segala-galanya gelap. Dia juga tidak dapat merasai apa-apa selain badannya yang kebas dan masih dirasakan sakit. Dia tidak tahu jika ada luka pada dirinya. Nafasnya semakin sesak. Dan tenaganya semakin hilang.

Kedengaran derapan pintu terbuka perlahan-lahan. Bunyi yang agak menakutkan itu membuatkan Shahran mengeras di tempat dia berada. Dia dapat melihat ada sedikit cahaya mula masuk. Barulah dia sedar bahawa dia sedang berada di satu tempat atau pun ruangan bilik.

Bunyi tapak kaki berjalan menuju ke arahnya dapat didengar dengan jelas walaupun hanya sayup-sayup. Seperti mengiringi degupan jantungnya sendiri. Satu tangan yang sejuk mengangkat kepalanya sebelum sesuatu ditanggalkan. Sesuatu yang menutup penglihatannya. Yang membungkus kepalanya. Matanya bergerak-gerak sedikit cuba menyesuaikan dengan keadaan semasa.

Humanoids ✔Where stories live. Discover now