Who's The Enemy?

362 44 9
                                    

Bab 23


Shahran berjalan masuk bersama Hadha ke dalam restoran yang amat biasa mereka kunjungi itu. Ia seperti sudah menjadi tempat tetap untuk mereka membincangkan segala kerunsingan yang ada. Seperti biasa mereka akan duduk di sudut paling hujung meja itu bagi mendapat keselesaan. Asyraf menyusul selepas itu memandang dia memandu keretanya sendiri. Mereka membuat pesanan sebelum memulakan semuanya.

"Jadi..." Asyraf memandang kedua-dua kawannya itu. "Ada apa-apa perkara baru yang kamu jumpa?"

Hadha mengangkat bahunya. "Selain daripada doktor pelik tu... Saya tak rasa ada apa-apa lagi."

Asyraf mengukir senyuman sinis di bibirnya. "Kenapa asal cakap pasal dia muka awak jadi merah?"

Hadha melemparkan renungan tajam ke arah lelaki itu. "Awak jangan nak macam-macam."

"Awak ni, Raf..." Shahran turut mengukir senyuman sinis. "Mesti lah dia akan rasa tergerak hati kalau doktor tu asyik mengurat dia."

Hadha memukul bahu lelaki itu pantas dengan wajah merah padam. "Jangan nak mengada-ngada lah!"

Serentak kedua-dua lelaki itu ketawa.

"Tapi kan, Hadha..." Asyraf memandang gadis itu cuba menahan ketawa. "Kalau dah memang terbukti dia tu tak ada kena-mengena dengan semua ni. Maksud saya... Dia memang orang yang baik. Terima je lah. Tak payah nak jual mahal sangat."

Shahran mengangguk bersetuju. "Dia pun kacak bukan main. Kerja pun dah okey. Dah kira pakej tu."

Hadha mengetap giginya kegeraman memandang kedua-dua lelaki itu. "Kamu berdua ni melampau betul."

Serentak mereka ketawa.

"Tapi kan..." Hadha baru teringat sesuatu. "Dia ada cakap sesuatu yang pelik dengan saya."

Asyraf dan Shahran berpandangan seketika kemudian memandang gadis itu dengan dahi yang berkerut.

"Apa yang dia cakap?" tanya Shahran serta-merta.

"Dia cakap dia tak normal."

Kedua-dua lelaki itu hanya berpandangan bingung. Berusaha sedaya-upaya untuk memproses ayat itu.

"Kenapa pula dia cakap macam tu?" Shahran memandang gadis kecil-molek itu lagi masih berkerut.

Hadha hanya mengangkat bahunya. "Kami berbual kejap. Tapi dia mengakui perkara tu pada saya."

"Apa maksudnya?" Asyraf masih lagi berfikir. "Atau pun dia nak cakap dia pun sama macam kamu?"

"Ada darah pun kan?" Hadha mengangkat keningnya. "Masa saya lukakan tangan dia hari tu."

"Habis tu apa pula dia maksudkan dengan perkara ni?" Shahran mengecilkan matanya memandang gadis itu.

"Kalau lah saya tahu." Hadha mendengus perlahan.

Mereka kembali meneguk minuman yang dipesan. Masing-masing masih cuba untuk memikirkan jawapan. Berusaha membuat pelbagai kesimpulan mengenai perkara itu. Apa yang tersirat disebaliknya.

"Tapi hari tu... Saya ada jumpa dengan Jyra lagi."

Serentak Hadha dan Asyraf memandang lelaki itu.

"Jyra??" ulang Asyraf. "Perempuan yang kita jumpa tu? Maksud saya yang ada dengan Rizal tu??"

Shahran mengangguk. "Hari tu dia tunggu Rizal kat tempat kereta. Nak minta hantar balik katanya."

Humanoids ✔Where stories live. Discover now