That Girl

861 91 26
                                    

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Grant Gustin as Asyraf. :)

BAB 3


Shahran memberhentikan kereta miliknya yang dihadiahkan pada ulang tahunnya dua tahun lepas oleh ayahnya di hadapan rumah. Dia mematikan enjin sebelum mencapai beg untuk disandang. Dia mengambil telefon bimbitnya lalu keluar dari kereta itu. Dia segera masuk ke dalam rumah selepas mengunci kereta. Kelihatan semua ahli keluarganya berada di ruang tamu sedang berehat.

"Shahran..."

Shahran memandang ibunya sambil tersenyum manis.

"Lambat balik." Maria turut membalas senyuman anak lelakinya itu sambil mengelipkan mata.

"Asyraf bawa keluar makan lagi." Shahran mengangkat bahunya. "Tu yang lama sikit tu."

Maria hanya mengangguk-angguk. "Mikha macam mana.?"

Shahran memandang ibunya itu seketika. Hubungannya dengan Mikha sudah umum kepada keluarganya. Begitu juga dengan pergelutan antara dia dengan Anas. Dia tidak akan menyimpan rahsia daripada keluarganya itu.

"Dia okey je."

"Tak ada apa-apa masalah.?" Maria mengangkat keningnya untuk kepastian.

Shahran hampir berkerut bagaimanapun hanya mendengus perlahan kemudian mengangguk-angguk. "Ya. Tak ada masalah."

"Macam mana hari pertama di kampus.?"

Pertanyaan itu membuatkan Shahran beralih memandang ayahnya. Soalan itu akan ditanya setiap kali mula semester bukan kerana itu pertama kali dia datang ke kampus itu. Tapi sebab sentiasa ada perkara buruk yang berlaku. Jadi, soalan itu akan dikemukakan oleh Masran.

"Setakat ni okey."

"Okey.??" Masran mengecilkan matanya memandang anak lelakinya itu agak curiga dengan jawapan ringkas yang diberikan.

"Setakat ni saya belum patahkan tangan sesiapa." Shahran menggolekkan bebola matanya kemudian memandang tangannya. Parut luka yang sepatutnya ada di situ sudah tidak kelihatan lagi. Dia tiada idea bagaimana hendak menerangkan perkara itu. Itu menjadi tanda tanya padanya selama ini.

Masran mendengus perlahan. "Ran..."

"Serius, ayah." Shahran segera memintas. "Tak ada apa-apa yang berlaku. Saya tak bergaduh teruk dengan sesiapa tadi."

Masran merenung wajah lelaki itu kemudian mengangguk perlahan. "Bagus lah kalau macam tu. Cuba kawal marah awak tu."

Shahran hanya menderam. Bukan salahnya untuk marah. Sesiapa yang berada di posisinya pasti akan mengamuk.

"Anas masih macam tu ke.?" Tanya Maria sedikit sedih dengan perkara itu bagaimanapun riak wajahnya lebih menunjukkan rasa simpati.

Shahran hanya mengangkat bahunya. "Macam tu je lah. Tak ada apa-apa yang berubah pasal tu pun."

Serentak kedua-dua pasangan suami isteri itu mengeluh.

"Kenapa dia boleh jadi macam tu.?" Maria menggumam sendiri sambil mula mengimbas kembali bagaimana hubungan persahabatan mereka suatu masa dahulu sebelum semuanya berubah.

Shahran hanya tunduk. "Memang salah saya. Saya ambil semua yang dia ada. Jadi tak hairan lah."

"Kalau dia betul-betul kawan yang baik..." Masran bersuara serius. "Dia takkan buat awak macam tu hanya sebab perkara yang remeh."

Humanoids ✔Where stories live. Discover now