Should I?

388 50 8
                                    

Bab 18


"Shahran.?"

Shahran yang baru sahaja meletakkan sudu dan garpunya setelah selesai makan segera mendongak. Matanya segera bertemu dengan sepasang mata cantik yang sentiasa mencairkan hatinya. Akan tetapi, riak wajah gadis itu menceritakan sesuatu disebaliknya. Sesuatu yang membuatkan hatinya tidak senang.

"Oh, Mikha..."

Mikha tidak menunggu lelaki itu menghabiskan kata-katanya. Dia terus sahaja melabuhkan punggung betul-betul di sebelah lelaki itu.

"Awak tak makan ke.?" Tanya Shahran acuh tak acuh. Tidak begitu selesa dengan keadaan mereka.

"Awak dari mana, Ran.?" Gadis itu langsung tidak berminat menjawab soalan Shahran.

"Dari kelas.?" Lelaki itu lebih memberikan kenyataan berbanding menjawab.

"Awak ke mana selama ni.?" Tanya Mikha lagi. Nada suaranya kedengaran semakin meninggi.

"Apa maksud awak.?" Shahran mengerutkan dahinya. "Saya ke kampus macam biasa kan."

"Kenapa jarang sangat saya nampak awak.?" Gadis itu sudah mula berkerut.

Shahran tidak segera menjawab. Dia cuba memikirkan jawapan yang sesuai. Dia ingin berterus-terang. Tetapi jika dia berbuat demikian, dia akan memecahkan rahsia mereka. Kerana mereka saat ini sedang sibuk mencari maklumat dan mengintai semua orang yang mencurigakan.

"Shahran!"

Shahran tersentak kembali ke dunia nyata. Dia cuba mengelak dari bertentang mata dengan gadis itu. "Saya ada je kat sini."

"Kenapa jarang saya nampak.?" Mikha mengangkat keningnya.

"Saya sibuk buat assignment." Shahran tidak menipu seratus-peratus. Dia sememangnya membuat tugasan. Cuma dia tidak mendedahkan tugasan jenis apa yang sedang dia lakukan.

Mikha memejamkan matanya seketika. Cuba menenangkan apa sahaja emosi yang ada dalam dirinya. "Kenapa awak tak jawab call dan balas mesej saya.?"

Shahran menelan air liurnya. Ini adalah perkara yang amat sukar diberi alasan dalam setiap perhubungan. Mikha hanya menanti dengan tenang. Seperti sudah menjangka apa sahaja jawapan lelaki itu.

"Saya sibuk kan.?" Shahran mencuba dengan nada tidak yakin.

"Takkan tak ada masa nak call balik kot." Mikha menggerutu. "Ataupun balas mesej saya."

Shahran mendengus perlahan. "Saya terlupa. Maaf."

Mikha menarik nafas panjang. "Apa masalah awak, Ran.?"

Shahran segera memandang gadis itu sambil mengerutkan dahinya. "Apa maksud awak.?"

"Awak dah tak mencintai saya lagi ke.?"

Shahran mengelipkan matanya tidak percaya dengan apa yang Mikha katakan. Seperti gadis itu sedang bergurau. "Apa yang awak merepek ni.?"

"Awak langsung dah tak ada masa dengan saya!" Mikha membentak dengan nada perlahan. "Awak tak ada masa untuk call. Dan mesej pun tak. Saya tak tahu kalau awak ingat saya atau pun tidak."

Shahran hanya terdiam di tempat duduknya. Entah kenapa, kenyataan gadis itu membuatkan dia sedar.

"Awak dengan gadis pendiam tu ke, Ran.?"

Humanoids ✔Where stories live. Discover now