The Question

636 80 50
                                    

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> New cast of Shahran. Caspar Lee.

IMPORTANT

Guys, sorry. Saya terpaksa ubah cast untuk watak utama cerita ni (Shahran). Sebab Nick Robinson tu nampak kecik sangat. Susah nak sesuaikan dengan watak Shahran. Saya terpaksa ubah. Dan bila saya buat cerita ni, saya cuba bayangkan dan kerap terubah kepada Caspar Lee. So, hope korang boleh ubah dalam imaginasi.


BAB 6


Shahran meletakkan beg sandangnya di atas meja ketika menyertai Asyraf di meja makan di kafeteria itu. Entah kenapa, dia merasa letih tanpa sebab. Dia tidak dapat tidur dengan nyenyak semalaman. Segala parut yang berada di lengan dan kakinya sudah tiada. Seolah-olah sembuh dengan magik.

"Awak okey tak ni.?" Tanya Asyraf sambil mengerutkan dahinya kerana dia memerhati setiap gerak geri lelaki itu.

Shahran mendengus perlahan. Tidak tahu hendak menjawab apa. "Saya okey. Tak ada apa-apa."

Asyraf mengecilkan matanya bagaimanapun memutuskan untuk tidak bertanya lagi dan hanya meneruskan makan.

"Hari ni kita tak ada latihan."

Asyraf kembali memandang Shahran.

"Saya penat sangat." Ujar Shahran dengan wajah yang lemah. "Kita tunda esok je. Batalkan hari ni."

Asyraf segera melepaskan sudu yang dipegangnya."Awak okey tak ni.?? Serius saya cakap! Awak semakin menakutkan."

Shahran mengangkat keningnya. "Menakutkan apa pula ni. Saya cuma penat je lah. Tak ada apa-apa pun."

"Dan kenapa pula awak penat.?" Asyraf mengerutkan dahinya lagi. "Apa yang awak buat.?"

Shahran hanya mampu menarik nafas. Tidak mampu menjawab soalan itu. Dia tidak tahu sama ada dia boleh memberitahu perkara sebenar dengan lelaki itu. Mengenai kes dia ditolak di tangga dan mengalami kecederaan yang agak teruk bagaimanapun pulih dengan ajaibnya.

"Shahran..."

Shahran memandang lelaki itu. Wajah Asyraf kini seperti ingin membahamnya kerana tidak menjawab soalan yang memuaskan.

"Ikutkan hati nak je saya belasah awak kat sini." Asyraf menggerutu.

"Serius, Raf..." Shahran mendengus. "Saya okey. Saya tak dapat tidur semalaman. Itu je."

Asyraf hanya menggolekkan bebola matanya langsung tidak percaya bagaimanapun mengambil keputusan untuk tidak bertanya lagi.

"Saya rasa nak berehat hari ni." Shahran menggumam sambil memandang sekeliling. Matanya terhenti memandang seseorang. Gadis itu. Gadis itu sedang duduk sendirian di satu meja.

Shahran berkerut tanpa dia sedari sambil merenung gadis itu. Dia masih tidak tahu identitinya. Dia juga tiada peluang untuk membincangkan apa yang berlaku. Kenapa gadis itu tidak terkejut dengan keanehan yang ada pada dirinya.

"Hoi!!"

Shahran tersentak apabila Asyraf memetik jari di hadapan mukanya.

"Awak dah kenapa pandang dia macam tu.?" Asyraf memandang gadis itu sekali imbas sebelum kembali memandang Shahran dengan sinis. "Ingat sikit yang awak tu dah ada teman wanita..."

Humanoids ✔Where stories live. Discover now