The Past

556 80 31
                                    

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Adrian's cast. Brooklyn Beckham.


Bab 7


Shahran membuka pintu depan itu sebelum keluar dari rumah. Dia menyeluk kocek seluarnya untuk mengeluarkan kunci kereta. Encik Masran dan Puan Maria turut keluar sebelum mengunci pintu. Cuaca pagi itu amat menyenangkan untuk memulakan pekerjaan dan sebagainya.

"Awak lambat balik ke hari ni, Ran.?"

Shahran memasukkan beg sandangnya ke dalam kereta sebelum menutup pintu dan beralih memandang ibunya. "Tak pasti lagi. Kenapa.?"

Puan Maria menggelengkan kepalanya. "Tak ada apa-apa. Nanti ibu masak banyak lagi. Tak ada siapa nak makan."

Shahran segera tergelak kecil. "Kalau macam tu saya akan balik sebelum makan malam. Jadi ibu tak payah risau."

Puan Maria hanya menggelengkan kepala kemudian tersenyum. "Baiklah. Nanti ibu masak lah."

Shahran hanya melebarkan senyumannya. Tidak tahu bagaimana hendak menyatakan rasa terima kasih dan bersyukur kerana mendapat dua ibu bapa yang penyayang seperti itu. Dia tahu dia bukan anak kandung mereka. Perkara itu sudah dijelaskan padanya semasa dia masih berada di sekolah menengah lagi. Tapi itu tidak menghentikan dirinya daripada terus menyayangi kedua-dua ibu bapanya itu.

"Masak sedap-sedap ya." Shahran melemparkan senyuman manja.

Puan Maria hanya menjeling lembut sambil tersenyum. "Yalah. Nanti ibu masak makanan kegemaran awak."

"Boleh pula..."

Serentak kedua-dua mereka menoleh. Encik Masran berdiri sambil berpeluk tubuh berdekatan kereta.

"Masakan kegemaran ayah tak pula ibu kamu masakkan." Encik Masran menggolekkan bebola matanya.

Shahran tergelak serta-merta melihat gaya kebudak-budakan ayahnya itu kerana cemburu.

"Makanan kegemaran awak sama je kot dengan Shahran." Puan Maria menggerutu sambil mengelipkan matanya.

"Eh, yakah.?" Encik Masran berfikir seketika.

Puan Maria mendengus kuat. Tidak tahu kenapa suaminya itu tiba-tiba berperangai seperti itu.

"Tak mengapa lah." Shahran bersuara lembut. "Boleh kita makan sama-sama nanti. Kan.?"

Encik Masran hanya mengangkat bahunya sebelum bunyi sesuatu yang jatuh kedengaran entah dari mana. Encik Masran yang sepertinya dapat melihat sesuatu yang jatuh dari atas.

"Apa tu.?" Tanya Puan Maria sambil memandang ke arah jalan raya di luar pagar rumah mereka.

Encik Masran dan Shahran turut melihat ke arah berkenaan. Sesuatu berwarna hitam agak kecil kelihatan bergerak-gerak di atas jalan raya besar itu. Shahran membesarkan matanya kemudian keluar dari pagar sebelum mendekati benda itu.

Ianya adalah seekor burung. Atau lebih tepat lagi ianya adalah burung gagak. Ia bergerak mengerekot seolah-olah tidak mampu bergerak bebas kerana sesuatu yang menahan. Sepertinya ia cedera entah dari sisi yang mana.

Shahran mengangkat burung itu menggunakan tangannya secara perlahan-lahan. Dia cuba mencari di mana punca kecederaan burung tersebut. Dahinya kini berkerut dengan mata yang dikecilkan.

Humanoids ✔Where stories live. Discover now