Attack

479 61 22
                                    

Bab 14


Hadha duduk sendirian di bahagian hujung bangunan kampus itu. Cuaca kini agak gelap dengan hujan yang turun dengan lebat sekali. Dia ingin duduk di bawah pokok tempat biasanya dia akan menghabiskan masa sendirian. Bagaimanapun, cuaca itu tidak mengizinkannya.

Dia mendongak memandang langit yang sepertinya tidak akan cerah pada bila-bila masa. Mengeluh kerana apa yang dirancangnya untuk dilakukan saat itu tidak dapat dilaksanakan. Asyraf dan Shahran sedang melakukan hal masing-masing. Mereka juga perlu fokus dengan hidup sendiri. Merehatkan diri daripada memikirkan hal yang akan membuat mereka keliru.

KRAK!

Hadha menoleh pantas apabila mendengar bunyi itu. Ia seperti bunyi sesuatu yang patah dipijak.

KRAK!

Hadha segera menegakkan badannya. Matanya mula terbuka luas. Dia sememangnya hidup seperti itu sejak dahulu lagi berbeza dengan Shahran. Dia sentiasa hidup dalam ketakutan sejak mengetahui keanehan dalam dirinya. Sudah banyak kali dia berhadapan dengan situasi yang menakutkan.

Rumahnya sudah tidak asing lagi sering dipecah masuk. Walaupun tiada tanda yang membuktikannya, tapi dia tahu kedudukan setiap benda yang ada di dalam rumahnya. Dan mustahil untuk ia tergerak tanpa sebab yang munasabah.

Bila dia berada di kawasan luar rumah, itu lah masa yang dia sedar dirinya dalam bahaya. Sudah banyak kali dia diekori oleh lembaga yang tidak diketahui menyebabkan dia terpaksa berhati-hati.

Kampus adalah tempat yang sedikit selamat. Sifat mencurigakan yang ada pada Puan Shanty, doktor sebelum ini tidak begitu membahayakan. Tapi sejak Shahran mula perasan keanehan itu, pelbagai orang mencurigakan mula kelihatan.

KRAK!

Hadha mula berundur. Dia tahu ada orang berdekatan. Dia tidak sepatutnya takut. Tapi mengetahui hakikat bahawa tiada siapa akan datang ke tempat itu terutama pada waktu-waktu sedemikian.

Hadha masih lagi berundur. Bunyi itu semakin kuat kedengaran. Ketakutan mula menyelubungi dirinya. Dia mengeras di tempat dia berdiri apabila satu kelibat muncul dari arah bertentangan. Kelibat itu memakai jaket kulit hitam yang berzip, sarung tangan dan mukanya dibalut dengan pembalut luka menyebabkan langsung tidak dapat dilihat.

Mereka bertentangan seketika. Berdiri secara berhadapan dengan jarak beberapa meter tidak bergerak. Mata Hadha semakin terbuka luas. Tidak tahu apa yang perlu dibuat. Ini adalah kali pertama kelibat muncul di hadapannya.

Apabila gadis itu perasan bahawa kelibat itu mula membuka langkah untuk mendekatinya, dia segera berpaling untuk lari bagaimanapun terhenti lagi. Ternyata ada dua lagi kelibat dengan pakaian yang sama dengan kelibat di hadapannya tadi sudah berdiri sedia di belakangnya.

"Tak guna..." Hadha menggumam sebelum mulutnya mula dicekup dari belakang. Dia mula meronta-ronta.

Kelibat itu sepertinya tidak panik. Tiada suara yang keluar dari mulut mereka menyebabkan Hadha curiga jika mereka manusia atau bukan. Gadis itu mula bertindak liar apabila dia merasakan dirinya semakin lemah.

Dia menendang dan menumbuk secara rawak menyebabkan dia terlepas. Dengan pantas dia melarikan diri meredah hujan. Dia sudah tidak peduli mengenai apa-apa lagi. Malangnya, kelibat tadi lebih pantas. Dia ditangkap sekali lagi.

"Lepas lah!!" Hadha memekik kuat hampir menangis.

Tidak pernah lagi dalam hidupnya dia berhadapan dengan keadaan seperti itu. Dia tidak tahu hendak berbuat apa.

Humanoids ✔Where stories live. Discover now