Go

335 48 4
                                    

BAB 34


Anas kini sedang berdiri di hadapan pintu bilik rawatan itu. Sesekali dia akan memandang ibu angkatnya sekali imbas yang kelihatan masih teresak-esak cuba untuk dipujuk oleh setiausaha ayahnya. Encik Masran dan isterinya turut berada di situ. Shahran hanya merenung Anas. Tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Hadha memutuskan untuk tidak ikut serta kerana ia pasti pelik. Begitu juga dengan Adrian yang merasakan keadaan pasti menjadi lebih teruk jika dia memunculkan diri.

Mikha dan Asyraf turut berada di situ bersama keluarga mereka. Memandangkan kesemua ibu bapa mereka adalah rakan di dalam perniagaan. Tiada kata-kata yang dapat dikeluarkan. Melainkan hanya pandangan mata yang dilemparkan sesama sendiri. Hanya mereka yang memahaminya.

Menurut saksi, ayah Anas telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kenderaannya terbakar teruk menyebabkan badannya separuh terbakar sebelum orang ramai menyelamatkan. Mujur nyawanya tidak melayang serta-merta. Sebabnya adalah kenderaan itu tiba-tiba terbabas.

Setelah sejam dirawat doktor dan hampir tiga jam sebelum itu berada di unit kecemasan, akhirnya doktor yang sepatutnya ditugaskan untuk merawat Datuk Remy muncul menyebabkan semua mengerumuninya serta-merta.

"Macam mana keadaannya??" tanya ibu Anas.

"Dia dah sedar." Ujar doktor itu lembut. "Tapi masih dalam keadaan tidak bertenaga. Buat masa sekarang ni, kesakitan hanya pada bahagian kulitnya yang terbakar. Yang lain akan semakin membaik."

Kenyataan itu membuatkan semua orang menarik nafas lega. Agak gembira dengan berita itu.

"Siapa Anas?"

Anas mengelipkan matanya apabila semua mata memandang ke arahnya secara automatik.

"Datuk Remy cakap dia nak awak orang pertama yang masuk."

Anas memandang yang lain sekali imbas. Agak terkejut dengan kenyataan yang langsung tidak dijangka itu. Dia bagaimanapun mengangguk sekali imbas sebelum melangkah masuk ke dalam bilik rawatan itu. Tiada bunyi yang kedengaran melainkan mesin yang membantu rawatan di situ.

"Anas..."

Suara itu kedengaran serak. Anas tidak membuang masa dan terus sahaja mendekati Datuk Remy yang sedang terbaring di atas katil. Baru dia dapat melihat dengan jelas bagaimana teruknya keadaan ayah angkatnya itu.

"Apa yang terjadi?"

Datuk Remy tergelak kecil. "Saya yakin awak dah boleh teka walaupun sikit apa sebenarnya yang jadi."

"Mereka yang buat?" tanya Anas untuk kepastian.

Datuk Remy mengangguk.

"Apa sebenarnya yang dah jadi?" tanya Anas lagi. Dia perlu tahu semuanya. Kebenaran kepada persoalan yang berada di dalam mindanya selama ini. Apa yang dia ingin cari.

"Sebelum tu biar saya saya beritahu dulu..." Datuk Remy mula bercakap sambil memandang ke siling. "Saya dah tahu tentang kepelikan awak sejak dulu lagi, Anas. Masa saya mula-mula jumpa awak."

"Awak robot dengan jasad manusia."

Entah kenapa, kenyataan itu langsung tidak mengejutkannya. Seolah-olah dia sudah tahu mengenai itu.

"Dan saya tak jumpa awak..." ujar Datuk Remy. "Awak diberi pada saya."

Ini adalah kenyataan yang mengejutkannya buat masa ini. "Apa maksudnya? Siapa yang beri?"

Humanoids ✔Where stories live. Discover now