Heart

335 49 6
                                    

Bab 37


Shahran kini terduduk kaku di sebalik dinding bangunan yang entah siapa tahu apa tempat itu. Seolah-olah masih tidak percaya apa yang baru sahaja berlaku. Hadha berada di sebelahnya. Keadaan gadis itu benar-benar lemah. Dia sepertinya sudah hampir berputus asa. Tenaganya semakin berkurangan. Anas hanya berdiri bagaimanapun tetap keletihan. Otaknya diasah untuk memikirkan tindakan seterusnya.

"Saya minta maaf, Ran."

Serentak mereka semua menoleh. Asyraf berdiri tidak jauh dari situ dengan pakaian seragam yang masih dipakainya. Wajahnya penuh dengan rasa bersalah. Tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.

"Saya tak tahu semua ni akan ber..."

Belum sempat lelaki itu menghabiskan kata-katanya, Anas merentap kuat kolar bajunya sebelum dia dihempas ke dinding.

"Awak tahu tak tindakan awak boleh menyebabkan kami semua terbunuh?!!" anas memekik kuat.

"Sa... Argh... Tak..." Asyraf kelihatan meronta-ronta cuba mendapatkan udara yang sudah tersekat di kerongkongnya.

"Anas..."

Anas tidak membalas sebaliknya beralih memandang Shahran dengan wajah yang bengang.

"Lepaskan dia." Ucap Shahran perlahan.

"Lepaskan?! Awak tahu tak..."

"Lepaskan dia." Pintas Shahran langsung tidak membiarkan lelaki itu selesai bercakap ketika dia bangun perlahan-lahan.

Anas mendengus kuat sebelum melepaskan cengkamannya menyebabkan Asyraf terjatuh bagaimanapun mampu bertahan. Dia seperti terpinga-pinga. Berharap semua itu tidak pernah berlaku.

"Mikha cakap kami perlu bantu kamu..."

Serentak Anas dan Hadha memandang lelaki itu, manakala Shahran sudah sedia memandangnya.

"Kami mengekori setiap pergerakan kamu dan tahu..." Asyraf memandang Shahran. "Yang kamu berdepan dengan sesuatu yang membahayakan."

"Jadi kononnya kamu nak membantu?" Anas mengangkat keningnya.

"Itu yang Mikha janjikan." Balas Asyraf. "Saya tak boleh nak mengesyaki apa-apa. Tiada perkara mencurigakan."

"Tapi awak..."

BOOM!!

Belum sempat Shahran menghabiskan kata-katanya, satu letupan jelas kedengaran berdekatan mereka. Pintu bangunan itu sudah dihancurkan. Makhluk bengis itu muncul dengan wajah yang tersenyum sinis.

"Gembira jumpa kamu di sini."

Hadha menggigir bibirnya memandang Lordblood. Dia terus sahaja berdiri menyusul Anas yang sudah berdiri berhadapan dengan penjahat itu.

Shahran turut bangun. "Pergi dari sini, Asyraf."

"Apa??" lelaki itu kelihatan tercengang.

"Pergi!" arah Shahran. "Ini bukan pertarungan awak. Tolong pergi selamatkan diri awak."

"Tapi..."

"Pergi je lah!" Anas membentak apabila menyalurkan kuasa elektrik kembali ke tangannya.

Hadha turut berbuat demikian. Shahran mengangguk kepada Asyraf yang semakin berundur kemudian menghidupkan kuasanya.

Humanoids ✔Where stories live. Discover now