Plan

489 59 28
                                    

Bab 12


Asyraf kini berjalan mundar mandir tidak tentu arah di gelanggang bola keranjang itu. Dia meramas-ramas rambutnya seperti orang gila dengan sebelah tangannya pula berada di pinggang. Shahran dan Hadha yang duduk di situ hanya mampu menyoroti langkahnya satu-persatu sambil berpandangan sesama sendiri.

"Raf..."

Asyraf hanya memandang lelaki itu sekali imbas tanpa berhenti melakukan apa yang dia lakukan.

"Sampai bila awak nak terus bergerak macam tu.?" Shahran bertanya selamba dengan suara yang lembut.

Asyraf segera memberhentikan langkahnya lalu memandang Shahran. "Apa awak cakap diri awak tadi.?"

Shahran mendengus perlahan. "Asyraf... Awak tanya soalan tu dah nak dekat dua puluh kali."

"Dan saya tak rasa saya dapat jawapan yang betul." Asyraf mengerutkan dahinya masih dengan wajah yang bingung.

Shahran menderam sambil memandang Hadha sekali imbas. Dia sudah tidak tahu apa yang hendak dijawab.

"Kami dah beritahu semuanya yang kami tahu." Hadha bersuara selamba agak tenang. "Terpulang pada awak nak percaya atau tidak."

"Apa yang awak harapkan.??" Asyraf merenung gadis itu tajam. "Awak nak saya percaya kamu berdua bukan manusia normal.?? Kalau luka macam mana pun tak rasa sakit.?? Kebal macam tu.??!"

Hadha menarik nafas panjang. Dia sendiri tidak tahu bagaimana lagi untuk meyakinkan lelaki itu. Buat seketika, dia rasa menyesal kerana memberitahu rahsia itu kepada Asyraf.

"Dalam dunia sekarang ni... Awak percaya yang saya akan...."

"Asyraf!!"

Asyraf berhenti bercakap apabila Shahran menjerit memanggil namanya tiba-tiba membuatkan dia memandang lelaki itu. Shahran kini sudah bersedia dengan pisau yang di halakan pada lengannya.

"Apa yang awak nak buat.?" Asyraf membesarkan matanya.

Shahran tidak menjawab sebaliknya terus sahaja mengelar lengannya menggunakan pisau itu.

"Awak dah gila!!" Asyraf memekik. "Awak tahu tak yang..."

Kata-kata lelaki itu terhenti lagi apabila Shahran menunjukkan kulitnya yang terkoyak. Tiada apa yang menggelikan. Darah tidak mengalir keluar langsung. Lelaki itu hanya menyambung kulitnya semula tanpa rasa sakit langsung.

"Apa..." Asyraf seperti kehilangan kata-kata. Dia beralih memandang Hadha yang kini duduk dengan wajah yang bosan. "Kamu tak tipu."

"Kami dah beritahu benda tu dari awal lagi." Shahran menggerutu. "Apa yang kami beritahu semuanya kenyataan."

"Tapi macam mana boleh jadi macam ni.?" Asyraf mengerutkan dahinya.

"Kalau kami ada jawapan tu kami tak akan macam ni." Hadha menggolekkan bebola matanya.

Asyraf hampir berkerut melihat perangai gadis itu. Bila mengenalinya dengan lebih dekat, ia tidak sama dengan apa yang digambarkan. Dia menyangka bahawa gadis itu pemalu dan agak pendiam. Tapi persepsinya mula berubah.

"Kami tak tahu apa yang jadi pada kami, Raf..."

Lelaki segak itu kembali memandang Shahran yang kini sedang mengusap lembut lengannya yang sudah kembali pada asal. Asyraf membesarkan matanya melihat keajaiban itu bagaimanapun tidak membuka mulut.

Humanoids ✔Where stories live. Discover now