Lordblood

333 42 10
                                    

BAB 33


"Jadi..."

Shahran menjadi orang pertama yang memecahkan kesunyian setelah beberapa minit mereka berdiam diri dalam keadaan yang kekok. Tiada siapa yang mampu membuka mulut lagi.

"Kamu tahu siapa dalang sebenar?" Shahran memandang Miezza dan Shahran silih-berganti. Sesekali dia juga akan memandang Rizal dan Jyra tanpa tahu apa sebab dia berbuat demikian.

"Ya." Izzudin menjawab yakin.

"Siapa dia?" Hadha mencelah.

Izzudin menarik nafas panjang. "Ada satu rangka dalam buku tu. Bagaimana nak buat robot menggunakan badan manusia."

Anas memandang rakan-rakannya itu. "Macam kami kan? Robot yang berbadan manusia."

Izzudin mengangguk-angguk. Dia tidak tahu emosi atau reaksi apa yang perlu ditunjukkan pada mereka.

"Maksudnya..." Shahran berdehem sedikit tanpa sebab. "Dalang disebalik semua ini adalah... Robot macam kami?"

Izzudin memandang lelaki itu sekali imbas sebelum mengangguk perlahan. "Ya. Robot seperti kamu."

Kenyataan itu membuatkan keempat-empat mereka berpandangan. Tidak pasti apa yang mereka rasakan setakat ini.

"Kami dah kaji semuanya." Rizal yang berdiam diri sejak perbincangan itu bermula kini bersuara. Dia berjalan perlahan-lahan berdiri di belakang sofa itu memandang mereka semua. "Apa yang berlaku di Serbia selepas itu sememangnya gagal."

"Gagal??" ulang Hadha.

Rizal mengangguk perlahan. "Gagal. Sama macam apa yang berlaku di Jepun. Akan tetapi..."

Mereka hanya fokus pada doktor muda itu. Bersedia untuk menerima apa sahaja kebenaran walaupun sukar.

"Mereka berjaya menghasilkan robot tu." Ujar Rizal. "Itu satu-satunya benda yang mereka berjaya."

"Jadi awak cuba katakan..." Shahran mengecilkan matanya merenung lelaki itu. "Dalang di sebalik semua ni adalah seseorang macam kami?"

Rizal mengangguk-angguk. "Dan dia adalah ciptaan pertama yang berjaya. Kita tak tahu macam mana mereka cipta dia."

"Ya." Izzudin menyokong. "Dan sampai saat ini dia masih ada. Maksudnya dia dah faham apa yang dia perlukan."

"Apa yang dia perlukan?" Adrian mengangkat keningnya.

"Ketiga-tiga cip yang berada di leher kamu." Izzudin menuding ke arah Hadha, Shahran dan Anas. "Cip itu ditulis dalam buku. Hum, Ano dan juga Ids.Ia adalah cip yang bila disatukan... Akan membuatkan robot berkuasa. Lebih berkuasa."

Serentak ketiga-tiga mereka berpandangan seketika. Adrian hanya mampu memandang simpati ke arah mereka.

"Jadi buruan sebenarnya adalah kami." Hadha menggumam. Perasaan takutnya semakin memuncak.

"Saya harap kami boleh menafikan perkara tu." Ujar Rizal sambil memandang gadis itu sayu.

"Tapi mesti ada cara untuk bunuh dia kan?" Anas mengangkat keningnya. Baginya, tiada masa untuk mereka berasa takut.

Rizal memandang Izzudin sekali imbas. Dia tidak tahu kenapa dia berbuat demikian secara tiba-tiba.

Lelaki bermata biru itu segera menarik nafas panjang. "Sudah tentu. Setiap benda yang wujud pasti ada kelemahannya."

Humanoids ✔Where stories live. Discover now