Helper

365 44 7
                                    

BAB 32


Shahran membunyikan loceng pintu di salah satu rumah di apartment itu. Hadha, Anas dan Adrian hanya berdiri di belakangnya tidak bersuara. Mereka kelihatan langsung tidak bermaya. Kejadian baru-baru ini membuatkan keadaan menjadi kucar-kacir. Mereka hidup dalam ketakutan. Tidak tahu siapa yang akan menjadi mangsa seterusnya. Apa yang pasti, mereka sememangnya tersenarai.

Kedengaran kunci pintu itu dibuka dari dalam sebelum ia dikuak perlahan. Kepala Rizal muncul memandang mereka. Memastikan tiada apa-apa yang bahaya sebelum membuka pintu seluas-luasnya.

"Masuk."

Keempat-empat mereka tidak membantah. Mereka terus sahaja melangkah masuk dan disambut dengan Jyra yang kini sedang duduk di sofa sambil bermain telefon bimbitnya. Seorang gadis yang asing bagi mereka pula turut berada di situ.

"Hai." Sapa Jyra selamba sebelum kembali memandang telefon bimbitnya tanpa mengambil peduli jika sapaan itu dibalas.

Shahran mengerutkan dahinya memandang Rizal. Meminta penjelasan siapa gadis asing yang hanya memandang mereka sambil tersenyum. Doktor muda itu tidak menjawab sebaliknya berdiri di suatu sudut.

"Hah... Mereka dah sampai."

Serentak keempat-empat mereka menoleh pantas. Agak terkejut mendengar suara yang entah datang dari mana.

"Wuoh..." seorang lelaki hanya tergelak kecil sambil mengangkat keningnya kini berdiri di belakang mereka. "Bawa bertenang. Saya tak akan apa-apakan kamu. Saya tak berbahaya."

Mereka menjadi semakin bingung. Bertambah satu lagi orang asing membuatkan mereka memandang Rizal lagi yang sedang memandang lelaki tadi yang berjalan ke arahnya saat ini.

"Semua dah ada ke?" ujar lelaki itu.

Rizal hanya mengangguk-angguk. "Mereka semua dah ada. Hanya mereka sahaja yang terlibat."

"Apa semua ni?" Anas mengecilkan matanya merenung Rizal. "Siapa pula mereka ni?"

Lelaki asing itu kelihatannya geli hati. Dia tergelak sedikit yang mana ketiga-tiga lelaki itu hanya mengangkat kening memandangnya. Hadha pula tidak mengalihkan pandangannya. Dia fokus memandang sesuatu yang ada pada lelaki itu. Matanya. Mata biru bersinarnya benar-benar menarik perhatian dengan wajah tampannnya. Sepertinya dia terpaku seketika.

Shahran pula tertarik pada sesuatu yang lain pada sisi lelaki itu. Parut. Parut yang sama dimiliki Jyra dan Rizal. Parut jelas berbentuk Huruf I pada lengan kanan lelaki itu. Ia mudah dilihat dengan lengan baju yang ditarik hingga ke paras siku. Dia beralih memandang gadis yang duduk berhadapan dengan Jyra. Malangnya, gadis itu memakai jaket lengan panjang menyebabkan sukar untuk dia memastikan.

"Apa kata kamu semua duduk dulu." Ujar Rizal cuba untuk tidak menegangkan keadaan.

Mereka semua tidak membantah. Adrian segera duduk dengan wajah selamba diikuti dengan Anas yang masih mempunyai kerutan di dahi. Jelas tidak begitu senang dengan perkara yang masih belum terjawab. Shahran pula membatalkan niatnya untuk terus menyiasat lalu duduk teragak-agak di sebelah Jyra, disusuli oleh Hadha yang kelihatannya masih merenung lelaki asing tadi.

"Okay..." lelaki asing bermata biru bersinar itu mula bersuara memandang mereka satu-persatu. "Biar saya perkenalkan diri dulu... Nama saya Izzudin. Dan yang tu..." dia menuding ke arah gadis asing itu. "Adalah Miezza."

Humanoids ✔Where stories live. Discover now