He's Not The Same

458 62 16
                                    

Bab 15


Hadha berjalan sendirian merentasi koridor itu. Tidak pasti sama ada dia harus berpatah balik, mengubah fikiran atau sebaliknya. Pelbagai perasaan mula masuk ke dalam dirinya. Dia sebenarnya tidak bersetuju dengan perkara itu dari mula lagi. Dan sehingga kini, dia masih ingin membatalkannya. Asyraf dan Shahran tidak berhenti menggesa menyebabkan dia terpaksa bersetuju. Mereka kata ini satu-satunya cara yang ada.

Dia masih lagi berdebat dengan dirinya sendiri. Keputusan yang ada di dalam fikirannya bertukar setiap sepuluh saat. Dia menggumam sendirian di koridor itu. Jika ada sesiapa melihat, pasti orang menyangka dia gila. Tapi jika dia berpatah balik, rancangan dan usaha mereka akan sia-sia. Mereka tidak akan menjumpai jawapan sampai bila-bila mengenai semua ini.

Hadha kini tiba di koridor terakhir. Koridor paling hujung bangunan kampus itu. Dia memandang jalan yang lengang itu sebelum membaca papan tanda tergantung bertulis 'klinik'. Dia menarik nafas panjang. Sama ada sekarang atau tidak. Dia perlu lakukan ini sekarang.

"Saya boleh."

Bisik gadis comel itu sendirian. Dia mula membuka langkah semula. Degupan jantung mengiringi perjalanannya. Melihat pintu bilik klinik itu terbuka luas menambah lagi kegelisahan yang sudah menguasai. Dari anak matanya, dia dapat melihat kelibat doktor baru itu sedang melakukan sesuatu di dalam.

Oleh kerana masih dalam dilema, dia tidak singgah ke dalam klinik itu seperti yang mereka rancang. Dia terus sahaja berjalan melintasinya dan ke hujung bangunan. Dia semakin takut dan risau. Mula merasakan rancangan itu tidak sepatutnya ada sejak dari mula lagi. Tidak tahu kenapa dia bersetuju.

Langkahnya terhenti apabila tiba di kawasan hujung itu. Kawasan yang selalu menjadi tempat 'lepak' baginya. Akan tetapi, dia merasa sedikit takut dan fobia kerana di situ juga tempat di mana dia tiba-tiba diserang. Dia tidak tahu sama ada keadaan sudah selamat atau belum. Risau jika lembaga aneh itu muncul.

Bunyi derapan tapak kaki sayup-sayup di belakangnya membuatkan gadis itu membesarkan matanya. Tidak pasti sama ada itu mala petaka atau sebaliknya. Dia mula mengeluar sesuatu. Sesuatu yang disembunyikan melalu buku yang berada dalam pelukannya. Sebilah pisau. Pisau yang sentiasa di bawanya ke mana sahaja.

Dengan pantas dia melibaskan tangannya dengan kuat ke belakang apabila bunyi derapan tapak kaki itu berhenti betul-betul di belakangnya. Dia mula melibas bertubi-tubi tidak berhenti dengan perasaan takut.

"Argh!!"

Hadha berhenti melakukan apa yang sedang dia lakukan apabila mendengar orang itu mengerang. Dia berundur seketika bagaimanapun tergamam serta-merta. Matanya mula di besarkan. Tangannya menggigil ketakutan. Ternyata tuan punya bunyi tapak kaki itu bukan orang yang dia sangka. Ianya doktor itu. Doktor baru itu. Dan lebih teruk lagi, darah mula mengalir perlahan-lahan dari pipinya yang putih.

"Apa...." Hadha semakin membesarkan matanya.

Tujuan rancangan mereka berjaya. Tapi bukan seperti apa yang dirancangkan. Dan kini bukti ada di hadapannya. Darah mengalir keluar dari pipi lelaki tampan itu. Tidak seperti yang mereka syak. Doktor itu bukan dari spesis aneh seperti mereka.

"Ma... Maafkan saya!" Hadha mula menekup mulutnya tanpa melepaskan pisau yang masih ada di tangannya.

"Ouch." Doktor itu memegang pipinya yang kini sudah luka sambil matanya memandang Hadha.

"Saya minta maaf!" Hadha masih bergegar. Dan kali ini lebih kuat. "Saya benar-benar minta maaf."

Doktor tampan itu tidak membalas. Dia masih merenung gadis comel itu dengan dahi yang berkerut.

Humanoids ✔Where stories live. Discover now