New Friend

1.3K 119 24
                                    

BAB 1

Shahran berdiri di hadapan cermin bilik tidurnya. Memandang dirinya yang kini kelihatan amat segak dan tampan. Rambut hitamnya di belah tepi. Bibir nipisnya tidak bergerak menunjukkan ketegangan pada wajahnya. Dia kini memakai baju kemeja berwarna merah lembayung bersedia untuk pergi ke kampus pada semester yang baru. Jam tangan berwarna putih kesayangannya dipakai di sebelah kiri. Matanya kini berwarna coklat tua seperti selalunya.

"Shahran..."

Shahran segera menoleh. Ibunya, Maria melangkah masuk ke dalam bilik itu dengan wajah yang bersinar-sinar.

"Dah bersedia masuk semester baru.?"

Shahran menarik nafas panjang kemudian mengangkat bahunya. Tidak tahu apa yang dia rasa mengenai perkara itu.

"Kenapa ni.??" Maria mengerutkan dahinya. "Awak macam tak gembira je.? Tak rindu jumpa kawan-kawan.?"

"Kali terakhir saya masuk ke semester baru saya hampir patahkan tangan seseorang." Shahran mendengus kuat sambil mengurut-urut pergelangan tangannya yang masih nampak elok.

Maria tersengih sedikit. "Tapi bukan awak yang salah kan.??"

Shahran kelihatan langsung tidak gembira mendengar perkara itu. "Tapi dia tak lah kenakan saya teruk sangat."

Maria mengukir senyuman manis. "Mungkin kali ni baik-baik je. Cuba elakkan diri dari bergaduh. Pedulikan je mereka."

Shahran mendengus lagi. Kadangkala dia dia sendiri tidak faham apa yang berlaku pada dirinya. Dia selalu melakukan sesuatu perkara tanpa dia sedari. Setiap kali ianya berlaku, rasa serba salahnya hanya datang kemudian. Seolah-olah dia seronok pada mulanya tanpa dia sedari.

"Ayah nak jumpa awak tadi."

Shahran memandang ibunya sambil mengangkat sebelah keningnya agak bingung. "Mana dia.?"

"Di pejabatnya." Maria memberitahu. "Awak pergi lah jumpa dia. Ada benda dia nak cakap katanya."

Shahran mengangguk lalu mendengus perlahan sebelum berjalan keluar dari bilik itu. Dia merentasi setiap koridor rumah itu sehingga ke bahagian belakang di mana terletaknya pejabat ayahnya. Dia mengetuk pintu itu sebelum membukanya. Kelihatan Masran, ayahnya kini sedang membaca sesuatu di meja dengan kacamatanya yang hampir melert ke bawah. Dahi lelaki itu kelihatan berkerut.

"Ayah nak jumpa saya ke.?"

Masran segera mengangkat mukanya. Kacamatanya ditanggalkan apabila dia melihat anak lelakinya itu.

"Masuk."

Shahran segera melangkah masuk selepas menutup pintu itu dengan rapat sekali. Dia kelihatan seperti sedang berhadapan dengan pengetua sekolah. Masran bukan orang yang ditakutinya. Tetapi orang yang dihormatinya. Lelaki itu mesti akan membincangkan perkara yang serius jika dia diminta untuk ke pejabat.

"Dah masuk semester baru..."

Shahran mendengus perlahan. Tidak mahu mendengar ceramah mengenai penjagaan etika dan perangai atau sebagainya.

"Jangan cederakan sesiapa."

"Ayah masih belum beritahu saya apa-apa pasal hal ni." Shahran memandang Masran. "Kita masih perlu berbincang."

"Kita akan berbincang, Shahran." Masran menarik nafaas panjang.

"Bila.??" Shahran mengangkat keningnya. "Saya tak faham apa yang susah sangat dengan perkara ni."

Masran mengeluh lagi.

"Saya hanya nak kan jawapan, ayah." Shahran cuba bersuara tenang. "Saya rasa ada banyak perkara yang tak kena pada saya."

Humanoids ✔Where stories live. Discover now