"Boleh beritahu saya kenapa saya ada di sini?" lelaki yang bersama Jyra itu mengelipkan matanya agak kebingungan.
Anas, Shahran dan Hadha hanya mampu memandang mereka. Tidak tahu di mana hendak mencelah.
"Saya perlukan kuasa awak..."
Serentak ketiga-tiga mereka memandang Rizal. Perkataan 'kuasa' itu adalah satu perkataan yang menimbulkan banyak persoalan pada mereka walaupun ia berkemungkinan membawa pelbagai maksud.
"Untuk?" lelaki berambut terpacak itu mengangkat keningnya.
Rizal tidak menjawab sebaliknya hanya menuding ke arah Adrian yang masih terbujur kaku.
"Hoi!!" lelaki itu kelihatan terkejut. "Apa hal ni?? Dia cedera... Kenapa tak bawa dia ke hospital??"
"Kalau lah boleh saya tak bawa awak ke sini." Rizal menggolekkan bebola matanya. "Dia bukan pesakit yang boleh disembuhkan di hospital biasa."
"Kalau macam tu awak kena panggil Sheron..."
"Baek..." Jyra segera memintas. "Perubatan Sheron berbeza dengan kali ni. Dia tak boleh membantu."
Lelaki itu kelihatan bingung.
"Ia memerlukan tenaga elektrik."
Kenyataan Rizal membuatkan Shahran, Anas dan Hadha tersentak kemudian berpandangan seketika. Agak terkejut kerana doktor muda itu tahu sampai ke tahap itu. Mereka hanya mampu menahan sabar sebelum cuba untuk melemparkan pelbagai soalan yang diinginkan.
"Kenapa pula macam tu?" lelaki itu berkerut.
"Badan dia perlukan kuasa elektrik. Dan cuma awak yang boleh buat." Ujar Rizal. "Nak guna voltan biasa tak boleh. Masih belum cukup kuat memandangkan kecederaannya dah terlalu teruk."
Lelaki itu mengangguk sebelum duduk melutut di sebelah jasad Adrian yang sepertinya sudah tidak sedarkan diri. Dia meletakkan tapak tangannya di dada jasad itu sebelum cahaya perak keputihan memancar keluar dari tangannya. Serentak Anas, Hadha dan Shahran membesarkan mata.
Perlahan-lahan urat-urat elektrik mengalir keluar dan menyelaputi Adrian sebelum masuk ke dalam telinga dan hidungnya. Yang lain hanya mampu memandang tanpa sebarang suara.
*
Adrian membuka matanya perlahan-lahan. Dia dapat merasakan satu kuasa mengalir dalam badannnya tanpa dikawal oleh kemampuannya sendiri. Bagaimanapun ia tidak menyakitkan. Ia lebih kepada menyenangkan. Seolah-olah kuasa itu menghidupkan sel-sel badannya.
Dia membuka mata seluas-luasnya sebelum bergerak memandang sekeliling. Kelihatan Hadha duduk di sebelahnya sambil merenung lelaki itu agak risau. Shahran pula berada di sebelah gadis itu. Anas hanya duduk di sofa bertentangan sambil berpeluk tubuh. Jyra duduk sedikit jauh bersama kawannya. Manakala Rizal duduk di sofa bertentangan dengan Hadha dan Shahran.
Adrian bingkas bangun. "Apa... Dah jadi?"
Entah kenapa, tiada siapa mampu menjawab soalan itu. Masing-masing hanya berpandangan tidak bersuara.
"Macam mana?" Rizal memandang lelaki itu. "Apa yang awak rasa sekarang?"
Adrian mengelipkan matanya cuba untuk merasa keadaannya sendiri. "Saya tak pernah rasa sebaik ini."
Jyra memandang lelaki yang duduk di sebelahnya itu. "Boleh tahan bergunanya kuasa awak."
Lelaki itu hanya tersenyum sinis sambil mengenyitkan matanya yang dibalas dengan golekkan bebola mata daripada Jyra.
YOU ARE READING
Humanoids ✔
Science Fiction"Buku ke-2 dalam TRIPLE H THE SERIES" Humanoids Adalah robot yang boleh bertindak atau berkelakuan sama seperti manusia. Bezanya... Ia hanya satu robot. Cerita ni bermula dengan Shahran yang cuba mencari identiti dirinya sendiri. WARNING...
Adrian's Story
Start from the beginning